mk

mk
Showing posts with label Khusus. Show all posts
Showing posts with label Khusus. Show all posts

Saturday, February 4, 2012

Khusus : Atuk bercerita 2 “IDOLA : NABI vs ARTIS”. Sempena Maulidur Rasul



“Lalala~ Atuk ooo atuk, Begitulah awan nano, Sering saja tak terduga hadir, Dan tak akan tercapai jejarimu. Menarik tak lagu nie?” kata Samad.

“Apa ke benda kamu menyanyi tu, mana salam? Jumpa-jumpa je terus menyanyi. Terpekik terlolong, atuk tengok mulut kamu tu lagi luas dari mata ikan lolong tahu tak?” Jawab atuk.

“Maaf tuk. Assalamu’alaikum atuk!”

“Wa’alaikumussalam. Haa kan bagus begitu.”

“Atuk, sedap tak lagu tadi?”

“Sedap? Boleh makan ke? Hehehe” Sinis atuk.

“Eh, ke situ pulak. Atuk tahu tak tu laa lagu awan nano, menang AJL lagi. Hafiz tu idola super Samad tahu. Idola melebihi segalanya”

“AJL atuk tak suka ambil tahu tapi kalau AJAL atuk mesti amik tahu!”

“Atuk ni mulalah nak bersyarah. Cer atuk ajuk Samad nyanyi, Begitulah awan nano, Sering saja tak terduga hadir, Dan tak akan tercapai jejarimu. Lalalala.”

“Begitulah ajal maut, sering saja tak terduga hadir, dan tak kan tertangguh olehmu. Macam tu kew?” Nyanyi atuk.

“Hahaha. Hebat atuk tukar lirik. Sedap jugak, mesti atuk minat Hafiz jugak kan?”

“Tak lah, atuk minat orang lain, dia jauh lebih hebat daripada Hafiz yang kamu katakan tu”

“Yeke? Tak cayelah. Hafiz da best!”

“Apa yang kamu dapat dengan meminati artis?”

“Sudah tentulah kepuasan. Manusia perlukan sesuatu yang meyenangkan”

“Itu je? Dengan meminati idola atuk, atuk dapat ganjaran”

“Hah? Biar betul. Dia ada fan club ke? Alaaa, mesti dia bagi t-shirt, hamper kan? Samad dapat lebih daripada itu lagi laa”

“Ganjaran kamu tu tak special langsung. Hehe” Beritahu atuk.

“Kalau begitu, apa pula ganjaran yang atuk dapat?” soal Samad.

“Atuk dapat hati, bersedekah, kecintaan dan bantuan” Jelas atuk dalam keadaan tersenyum.

“Biar betul atuk, macam tak percaya je. Hebatnya idola atuk. Tapi, boleh Samad tanya sesuatu?” soal Samad.

“Boleh, tanyalah.” Jawab atuk.

“Apa maksud atuk tentang ganjaran hati tu?” Samad kebingungan.

“Atuk merasai ketenangan dan kedamaian”

“Alah tu je? Samad pun dapat, dengan mendengar lagu awan nano, Samad dapat ketenangan dan boleh release tension”

“Tapi ketenangan yang atuk cakap tu lain macam sikit”

“Lain yang macam mana?”

“Halawatul iman”

“Cuba atuk jelaskan, Samad tak fahamlah”

“Begini, jika kamu asyik dengar lagu yang sama setiap hari, pasti kamu akan rasa bosan. Jadi, di mana ketenangan yang kamu uar-uarkan tadi? Jika ada lagu lain yang lebih menyerlah dan kamu meminatinya serta menenangkan dirimu, jadi macam mana dengan ketenangan kamu yang sebelumnya? Adakah kamu perlu bertukar-tukar lagu dan penyanyi untuk mendapatkan ketenangan? Jelas ianya bukanlah ketenangan yang hakiki. Berlainan dengan atuk, atuk cuma perlu mengingati beliau maka kecintaan, ketenangan dan kemanisan iman akan hadir memenuhi hati atuk. Kerinduan akan memupuk mawaddah serta kasih sayang dalam kehidupan.” jelas atuk

“Emm ada benarnya kata atuk, Samad nampak point atuk tue. Macam mana pula dengan sedekah? Bagaimana atuk dapat bersedekah dengan hanya mengingati idola atuk? Samad tak faham”

“Dengan mengingati idola atuk, atuk boleh bersedekah kepada hati dan kepada diri atok sendiri.”

“Apa maksud bersedekah kepada hati?”

“Sedekahkan selawat dan salam. Sudah pasti hatimu akan linang, ketenangan yang tidak mampu dibeli dengan wang, bahkan kamu akan peroleh senang dengan pahala yang menjadi ganjaran..”

 “Wah, dahsyat! Bagaimana pula dengan bersedekah kepada diri sendiri?”

“Ketahuilah, tubuh manusia mempunyai 360 sendi. Kesemua sendiri ini mahu diberi sedekah setiap hari.”

“Maksud atuk??” soal Samad

“Ibarat pengguna kenderaan, mesti bayar cukai jalan atau roadtax untuk sepanjang tahun. Kenderaan itu juga perlu di servis. Begitu juga dengan menyewa rumah. Mereka perlu bayar sewa setiap bulan. Jadi, sendi kita juga perlu diberi sedekah kerana kita menggunakannya”

“Kamu nampak matahari tu, Samad?”

“Nampak atuk”

“Matahari itulah yang akan menjadi saksi atas perlakuan seluruh manusia di atas muka bumi ini kelak. Begitu juga dengan sendi-sendi kita”

“Maksud atuk sendi-sendi kita akan menjadi saksi juga di akhirat kelak?”

“Bukan hanya menjadi saksi bahkan akan menagih hak sedekahnya nanti”

“Dengan apa kita nak membayarnya tuk?” Samad kehairanan.

“Dengan amal kebaikan, tidak kira kecil mahupun besar. Maka, dengan berselawat dan salam kepada idola atuk, atuk juga mampu bersedekah untuk sendi-sendi atuk..”

“Samad makin faham atuk, maka teruskanlah dengan penerangan yang ketiga, iaitu kecintaan”

“Kamu cintakan hafiz AF7?” Tanya atuk.

“Ya tuk, saya peminatnya. Sudah semestinya.” jawab Samad

“Adakah hafiz juga mencintai kamu dan peminatnya?” soal atuk denagn nada sinis.

“Ya, sudah tentu.” Jelas Samad dengan penuh yakin

“Buktinya?” soal atuk lagi.

“Mereka selalu mengucapkan terima kasih dan menghargai peminat. Ada juga aktiviti bersama peminat.” Hujah Samad sambil tersenyum.

“Itu sahaja?” Soal atuk

“Begitulah nampaknya. Kenapa? Atuk dapat lebih daripada itu ke?” Berkerut dahi Samad memikirkan.

“Sudah semestinya. Atuk mendapat kecintaan, yang tidak mungkin dapat diberi oleh orang lain.” Jawab atuk dengan bangga.

“Apa atuk? Bunyinya sungguh menarik.”

“Kecintaan yang tidak berbelah lagi, sehinggakan ketika rohnya hampir bercerai daripada jasad, beliau masih memikirkan atuk, ummati, ummati, ummati. Kecintaan yang agung.”

“Sungguh syahdu bunyinya. Samad percaya kata-kata atuk, tidak mungkin manusia biasa bisa mengingati orang lain ketika ajal menjemput”

“Sudah tentu!”

“Jadi, teruskan dengan yang terakhir. Tak sabar rasanya. Idola atuk cukup hebat.”

“Baiklah. Kamu pasti idola kamu dapat menolong kamu di akhirat kelak?” soal atuk

“Tidak” kata Samad dengan perlahan.

“Idola atuk boleh memberi pertolongan di akhirat, pada hari yang mana tidak ada manusia lain yang mampu memberi pertolongan. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. “Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat”.”

“Apakah di antara syafaat baginda?”

“Banyak. Antara syafaat Nabi ialah membebaskan ummat manusia daripada kedahsyatan Padang Mahsyar, memasukkan suatu kaum ke dalam syurga tanpa hisab dan perhitungan apa pun, syafaat Nabi kepada kaum setelah dihisab dan diputuskan untuk menerima hukumnya yang setimpal agar dicabut hukuman itu, mengeluarkan mereka yang berdosa dari azab neraka dan syafaat untuk menaikkan ke tingkat yang lebih tinggi di syurga.”

“Alhamdulillah, Samad sudah mendapat pencerahan. Mulai hari ini, Rasulullah adalah idola Samad, atuk”

“Aku merindui-Mu ya Rasulullah. Allahumma solli ‘ala Muhammad” Getus atuk dalam hatinya.

Nota kaki..
Kelebihan selawat mengikut para ulama
1) Memperolehi limpah rahmat dari Allah.
2) Ditulis sepuluh kebajikan.
3) Dihapuskan sepuluh kesalahan.
4) Diangkat sepuluh darjat.
5) Memperolehi kesempurnaan iman.
6) Menjauhi dari kerugian dan penyesalan.
7) Tergolong sebagai orang-orang yang soleh.
8) Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
9) Memperoleh syafaat Nabi s.a.w.
10) Memperolehi hubungan yang rapat dengan Nabi s.a.w.
11) Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki.
12) Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.
13) Menghapuskan dosa dan menutupkan aib.
14) Terselamat dari kebingungan di hari kiamat.
15) Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu (orang miskin pun boleh dapat pahala sedekah)
16) Terhindar dari kefakiran.
17) Dipandang sebagai orang yang mencintai Nabi Muhammad s.a.w.
18) Memperolehi keberkatan dalam hidup.
19) Terhindar dari orang-orang bakhil.
20) Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah s.w.t.
21) Memudahkan jalan bagi memasuki syurga.
22) Menjadi zakat dan pembersih diri.
23) Memperolehi selawat dari Allah dan para malaikat.
24) Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langit.
25) Memenuhi hak Nabi sebagai suatu tugas ibadah.
26) Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.
27) Tergolong dalam orang-orang yang tidak melupai Nabi Muhammad s.a.w.
28) Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.
29) Dapat meneguhkan telapak kaki ketika meniti Titian Siratul Mustaqim di akhirat.
30) Terkabul segala hajat dan cita-cita.

Salam ukhwah dan salam penyambung dakwah

p/s: maaf kepada peminat-peminat hafiz, ianya hanyalah sekadar penambah rasa


Continue Reading...

Wednesday, February 1, 2012

Khusus : Khas Buat First Batch dan warga IChemTech,,



Salam ukhwah dan salam penyambung dakwah J

Tak kenal maka tak tahu! Tak tahu maka tak faham! Tak faham maka kita tersalah anggap! Tersalah anggap maka result bad.. hehe.. Ishh3.. ingat ya kengkawan, ini formulanya.. haha.. bagi yang first batch macam mana? Emmm, depa akan mengharungi yang lebih hebat, tak kenal maka tak kahwin! Hohoho..

TAPI kalau tak kenal maka tak sayang macam mana?? tak boleh sayang-sayang laa ek? Boleh! Asalkan kita tahu, kemudian kita faham dan kita tak tersalah anggap.. jap, pening ke? ~ J maka kita kan hargai IChemTech bila kita dah hadam perkara di atas..

Tanpa membuang masa ini adalah entry khas buat kakak-kakak dan abang-abang senior IChemTech.. Terima kasih kerana telah merintis jalan kepada kami, di mudahkan urusan dan tak perlu menjadi “tikus makmal” untuk kos yang baru.. Gurau je ekk, jangan amik hati.. hehe..

Sebenarnya kami sangat berbangga dengan kalian, bukan mudah untuk menjadi perintis, banyak cabaran dan rintangan.. Alaaaa, macam dalam family la kan, anak sulung mesti tunjuk contoh tauladan yang baik, ianya jelas terpancar masa family day IChemTech, perangai budak final year memang tip top, dah boleh jadi papa dan mama! Heheh..






Tapi sayang… kami tak kenal wajah dan nama sorang-sorang.. nampaknye kena buat family tree nie.. kenal yang meletooop letoop je.. hehe.. wah, mesti korang rasa masa pantas berlalu kan? Den pon rasa benda yang sama, waktu makan pun singkat sekarang! Maaf, saya memang suka makan.. heee~





Senior kita ni mesti ada yang dah pergi LI kan?? Apa kata kita kongsi sedikit tip semasa LI.. J

  1. Fahami organisasi syarikat dan kaji fungsi setiap jawatan. Ketahuilah bahawa sesebuah organisasi terdiri daripada 4 kerangka utama iaitu : Organisasi, Fungsi, Politik, dan Budaya. Jika anda memahami setiap satunya, tiada masalah ketika bekerja.
  2. Berkenalan dengan orang sekeliling anda dan lontarkan senyuman anda   . First Impression Makes Everything Possible.
  3. Fahami tugas anda dan laksanakan dengan tekun. JIka anda tidak faham dan tidak berupaya untuk melakukan tugas yang diberikan, segera bertanya atau beritahu kepada penyelia ditempat anda bekerja. Ini mengelakkan anda dimarahi Bos kerana (terutama syarikat swasta) mementingkan kualiti kerja dan dapat menyiapkan tugas yang diberikan tepat pada masanya.
  4. Sentiasa berfikiran positif dan berprasangka baik pada pekerja lain serta fokus pada kerja.
  5. Selalu mengemaskini laporan Latihan Praktikal anda dan peka pada tarikh kedatangan Penyelia (dari tempat anda belajar) ke tempat kerja anda.

Faham tak kakak2 dan abang2 senior?? Kalau faham bagus!! Hohoh.. saya pula nak berlagak jadi senior.. J

Mesti kita sedih bila nak berpisah kan? Yelah, 4 tahun bersama, bukanlah satu jangka masa yang singkat.. kita pon pernah mengalami, berpisah di universiti bukanlah sesuatu yang baru, ianya mungkin kali ke-4 atau lebih, berpisah semasa tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan usim!! Hakikatnya kita akan menghadapi banyak lagi perpisahan, tapi universiti meninggalkan kesan yang lebih mendalam kerana kita lebih matang, secara psikologinya pula manusia akan lebih mengingati waktu sekolah menengah.. hehe

Perpisahan adalah satu kemestian, tidak boleh tidak.. tapi perpisahan bukanlah sebuah penamat, tapi sebuah ujian atas persahabatan.. why?? Sebabnya, kita boleh menilai rakan-rakan kita, yelah mana tahu masa nak berpisah bukan main nangis, tapi bila dah beranak pinak, kita pon dia buat tak kenal! Grrrr, geramnya!!

Setiap yang bermula pasti berakhir, tapi kita blh memilih sama ada nak berakhir dengan baik or x, dan yang berakhir hanyalah tempoh yang di tetapkan oleh manusia, ikatan hati xkan pernah berakhir selagi kta xbuang perasaan 2.. pengakhiran bukanlah sebuah penamat, tapi sebuah permulaan yang makin menarik.. why?? sebab kita dah lepas 1 leval hidup, kita mesi berjuang dan terus berjuang..

Bagi yang masih ada sisa-sisa hidup di usim, teruskan perjuangan anda.. bagi adik2 senior tahun 1 dan 2, dan senior2 tahun 3.. ingat berjuang bukan mengejar kerjaya, tapi untuk menjadi ilmuan! Bawaklah ilmuan lampau ke zaman kita bukan kita pergi ke zaman lampau, jika tidak kita akan menjadi statik dan tidak mahu berubah.. contohnya senang, ramai yang nak mencontohi Jabir Al-Hayyan, mereka telah mengetahui peribadi dan rahsia di sebalik menjadi manusia yang berjaya, tapi mereka terperangkap dalam zaman tersebut.. kenapa saya berkata begitu?? Yelah, kalau kita tak terperangkap kita akan applikasi perbuatan beliau dalam hidup kita dan di sesuaikan dengan zaman semasa, maka kita pastinya akan dapat membuat sumbangan untuk islam seperti beliau..

Dah panjang celotehnya, sampai di sini sahaja ya.. maka dengan ini saya dan seluruh warga IChemTech mengucapkan tahniah kerana anda telah berjaya mengharungi setiap cabaran dalam mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian Teknologi Kimia Industri.. TAHNIAH!! dan selamat ber"intern".. boleh terima ke perkataan tu? hehe.. Sehingga ketemu lagi..

Assalamu’alaikum..
Continue Reading...

Tuesday, January 31, 2012

Khusus : Sem 3 dah berakhir, sem 4 bakal menjelma..

Salam ukhwah dan  salam penyambung dakwah.. J


Nampaknya semester 3 bagi ijazah sarjana muda sains dengan kepujian teknologi kimia industri telah berakhir.. yahoo!! Ada 5 sem lagi, cepat kan masa berlalu.. Tapi patut ke gembira?? Mesti cuak result nak keluar tak lama lagi.. apa kata kita usha gambar seorang mamat ni.. hehe.. tekun gitue.. J




Semester 4 makin mencabar kan? Itu sudah semestinya, ingat ye kengkawan, "mencabar" bukan "susah".. kenapa? Sebab kalau kita setkan pemikiran dengan perkataan “susah”, kita susah untuk menyahut cabaran dalam menggapai kejayaan, tapi bila kita guna mencabar, sudah semestinya kita tercabar!! Teringat pula pada novel 302, Jangan Percaya!! Novel berkaitan psikologi, den yang pernah pegang jawatan sebagai pengerusi kelab kaunseling dan psikologi pun termain minda dengan novel ini, garapan yang bagus..



Macam-macam yang berlaku masa semester 3, tapi saya ada lab partner yang cukup baik.. tadaaa.. ini dia.. huhu.. tak mahu bagi kredit dekat tukang amik gambar sebab tak lawa langsung gambar dia ambil, hodoh! Tapi, daripada tak ada baik ada.. btw, tq.. J



Pe cer lau kita usha subjek semester 4.. tenung dalam-dalam, jangan sampai tembus blog sudah!..

1.pengajian halaqah                                                     2*
2.akhlak & tasawwuf                                                    2
3.statistik                                                                           3
4.teknik pengkomputeran matematik                  3
5.amali kimia tak organik                                             1
6.kimia tak organik                                                        3
7.kinetik kimia                                                                 3
8.kaedah spektroskopi                                                3

*18 jam kredit----->31 jam temu

So camne? Ada berani? Rileks ok, kita belajar dan belayar sama-sama.. wah cakap pasal belayar, teringat program hari keluarga IchemTech.. bagi yang tak pergi night walk kena belayar, best! Nanti cerita di next entry..

Jadi bagi menghadapi semester akan datang, apa kata kita bersiap siaga untuk fighting!

1.      1.  Betulkan niat
2.      2.  Ibadat mesti di perbaiki
3.      3.  Minta restu dengan mak ayah
4.     4.   Jangan lupa syahadah depan mak ayah bagi yang belum masa baligh dulu
5.     5.   Preparation
6.      6.  Hilangkan sengketa
7.      7.  Apa kata kita tambah ilmu agama time cuti nie, bagus jugak kan??
8.      8.  Jangan lupa buat usrah dengan roomate ye! Penting jugak ni..
9.      9.  Kita ubah sikap kita yang malu-malu hamster dulu J
   10. Jangan klorek ilmu ye
11.   11. Jangan belajar sebab nanti nak dapatkan kerja, belajarlah kerana ingin menjadi ilmuan, maka kita akan bekerja dengan sendirinya
12.   12. Kurangkan mengumpat.. hehe.. jauhi sifat mazmumah
13.   13. Kalau ada tak puas hati dengan kengkawan terus terang takut ianya menjadi sebab kita tak boleh belajar dengan elok
14.   14. Doa adalah benda yang utama
15.   15. Quran jangan lupa baca, tau laa dh umur 21, walau dah khatam kena baca lagi ye, n FAHAM!
16.  16.  Kalau ada masalah jangan pendam
17.   17. Pastikan manage nota dengan elok, jangan berterabur
18.   18. Banyakkan memohon dan memberi maaf
19.   19. Kurangkan buang masa
20.   20. Selalu introspeksi diri

      Sampai sini dulu.. kena tolong my mom masak.. hehe.. jika kita kenal Allah, insyaAllah kita akan mudah kenal manusia.. assalamu'alaikum..

ni ntah gambar siapa.. masuk je,, heheh.. jangan lupa Dr Nik dan Organik.. 






Continue Reading...

Wednesday, October 12, 2011

korang tertekan x kalau............................................?????


hah.. slama nie kta sering dgr sal "team work", kerjasama, bersatu tguh, gilap softskill mlalui kerjasama n apa bndalah lg y diorg guna.. perkataan nielh y sering kua dr mlut dyorg, al-mklum dalam persatuan slalu tkankn bnda nie, bgtu gak dgn y join pngurusan.. tp, korang penah x ase trtekan bila perlu wat keje dgn dyorg.. haaa, xyah tipu, msti ada.. aq tlis beberapa situasi n solution..

1. org y suka mngarah korang wat keje..

haa, manusia macam nie lah pling bahaya, contohnya dalam wat assignment arab, die kononnye nak markah tggi, so, nak wat ayat y power2.. nak tau dy wat ayat pe?? ayat dlm bahasa melayu.. n then tetiba suh kita traslate ayat dy.. mnyelirap darah.. ko ingat aq kamus ko kew hah? pemalas, mengarah je reti, wat keje hampeh.. dah laa arah n then lps je hari 2 trus x tny pape, kite je kna wat sorg2, markah nak sme2..

haaaaaaaa.. solutionnya korg pelempang pp org camnie, pandai ckp tp xpandai buat.. lau xleh wat cam2, korg g jmp ustzgtau y korg wat sorg2.. bia padan mka org cm2.. mmg kna ajar skali skala, asyik pjak kpala kta jer.. lau xbleh gak.. sabar jelah..

2. kawan anda y sme2 xske bkrja dgn org y macam di atas tetiba mngarah anda bila anda bekerja dgn die..

huhu.. mst korg xfaham pe y aq nak ckap kan.. cam nie, aq bg contoh.. kawan aq nama dia mamat, mamat nie xske kat si abu sbb abu tue pranganya suka mngarah org, cakap xreti arab n pape lg, nama pown blaja, pelaaa cerdik sgt!!! tetiba kitorg d ltkkan dalam 1 group, maknanya skarang group aq, mamat n abu.. kita dah sdia maklum y abu pndai ckp je tntg kerjasama walaupun hakikatnya die join bdn unifrm.. tetiba bla bg tugasan, si mamat hntr msg suh aq cari bahan n bg kat si abu.. ewah3.. die nak goyang kaki ekk?? cerita nie tiada kaitan dgn y mati ek... haha

solution.. time dy hantar msg xyah jwab, n then wat notes macam aq nie.. haha.. xdelah, gurau je.. 2 ajaran sesat nmanye.. huhu.. emm, korg g cakap dpn2 kat dy bla die tny.. lau die bg alasan y die suh tlong je.. hang jawab "byk laa ko pny tlong.. ko sme jerk, nak lpaskn dri sndri.. jgn laa wat cmnie".. lau xbley wat cm2, hang sabar jelah n wat keje y die suh..

3. bila kita trpaksa bekerja dgn org y angin pasang surut..

faham x ap mksud org y angin pasang surut??? maknanya, bila sesuatu kerja 2 susah bg die, cthnye arab, mulalah die wat baik dgn kita, tp time lau kta tny dy subjek len, jwb acuh xacuh or xjwab trus..tny camne wat calculation, dy jwab buat jelah, mcm org lain wat.. geram aq, ase cm nak ketuk dy dgn pensil,, haha.. dgn pensil dah ckup sbb... ahhh.. xyah ckap aa... emm, trtkan kan layan org camnie, org zaman batu pown xmacam dy.. dielah jnis org y xhormat org lain.. buat utk kpntingn dri sndri..

solution.. korg g ckap kat dy y die 2 hipokrit!!! n ceritakan semuanya, xpown cerita kat org y rapat dgn die dgn harapan org tue gtau.. tp, lau xde org y rapat dgn bdak tue, korang sabar je k...

4. suh korg compile kerja last minute..

nie ada 1 lg jnis manusia yang trlampau cerdik.. korg dah gtau awal2 spaya hantar karangan y dyorg wat kat korg kul 2 or 3 ptg cz nak compile jd 1 karangan panjang cz malam tue kul 8 malam kna hantar.. skali dy bg kul 6 daaaaa... trlampau cerdik kan manusia macam nie!!!!!!! arrrrgghhhhhhhhh.. tgk, aq dah trtkan.. mmberontak jiwa aq... lau bleh aq nak "sembur ats muka dyorg".. (jangan salah tafsir ayat nie, ada org y ska salah tafsir) tp, aq xsampai tahap 2 lg.. tp xmustahil utk jd cam tue..

solution.. macam yang aq ycakap kat atas, sembur je org macam 2.. xpown sabar jelah..

5. bila korg traksa bkerja dgn org y trlampau sbuk or mncari kesibukan dgn join mcm

nie lg satu masalah.. y dy g sbuk dgn bnda lain pesal? sampai org lain  trpaksa wat keje utk dy.. nielah manusia y cerdiknya melampaui adi putra y genius 2.. mmbara n berapi2 dalam dada.. geram gileeeee.. ko dtg sni nak blaja kew nak buat pe hah???????????????????!!!!! pastu mulalah ckap y lmah plajaran stu, lmah plajaran sni.. ase cam nak hentam dgn roti jew org cmnie.. bla ajk nk bncg, mlalah ad meeting laa, ad kje laa..

soluion..ugut dy y korg dah gtau ustz y mna dy xwat keje.. lau xubah gak sabar jelah..

6. bila org lain nak duk 1 group dgn korg juz nak take advantages

hakikatnya mmg ramai manusia cam nie.. pe dy ingt kta nie boneka kew? tp faham2 jelah, org macam nie mmg mulutny manis.. pe gna kawan lau xtlong kawan.. ehh, bleh jalan aaa, bek xyah kawan dr kawan dgn org y jnis kawan mkn kawan.. makan dalam gituuuuuu.. die ingt kita nie apa??? mmg kna bedah otk dy skit..

solution..korg ckap y korg xnak 1 group dgn dy.. lau dy tny nape, trus trang je.. lau xbley gak.. sabar jelah..

7. bla korg 1 group dgn pakar pengkritik bebas

nie pown masalah besar gakk.. dah laa xwat keje, pastu kritik plop.. bleh hentam org macam nie.. bab kondem no.1, tp dy xlaa plop wat keje.. alasannya xpandai laaa, xreti laa, pelat laa.. hmmm, manusia2.. habis bnda dy kritik, lau kita suh dy wat xnak plop.. n then lau kta ubah skit pe y dy wat sdgkan salah, mulalah kta org x appreciate usaha dy.. ewah2, dy ubah kta puny y dah btol bley, dy y salah xbleh.. so, bleh jalan laa..

solution..mula2 tgur, n then lau dy kritik tguran hang cnthny uslub salah or pape sdgkan dy xfikir dri dy camne, maka jalan trbaik adalah sabar byk2...

8. bila korang minx spaya xduk group ngan dyorg (y bgus2 cam d ats) tp x dilayan..

hancur luluh hati ini, sdih meruntun kalbu.. apabla kta shja mngalami nasib sbgini.. mreka xrasa, so mreka xtau.. tp apkan daya.. kita cma manusia biasa, yang mngkut 1 percatrn.. tp, apakah mereka y punya kuasa tp xpunya rasa? xksian kat kita kew? hmmmmmm.. hdup........

solution.. dah3.. nak wat ayat sdih plop.. haha.. pape jelah.. sabar k..

p/s:

aku rasa korang akan mengalami salah satu atau semua situasi di atas,, kalau korang perasan semuanya aku tulis sabar pada akhir solution.. kenapa? sebab sabar yang paling penting dalam menangani krisis macam ni, mungkin ada hikmahnya.. mungkin Allah nak tarbiah korang melalui sifat manusia yang bermacam2, yang pasti org2 macam tue bila duduk dalam situasi korang baru dia tau.. ataupun biarkan diorang duk dgn yang sama2 perangai macam tu, bukan kita kejam, tapi kita nak bagi sedikit pengajaran, bukankah pengalaman itu adalah guru yang paling baik.. papepown sape yang duduk dalam situasi di atas silalah brsabar, besar ganjaran yang Allah nak bagi kat kamu.. lau rasa xbleh tahan, ambil wuduk solat, xpown sekurang2 nye zikir.. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrrgggggggggggggggggghhhhhhhhhh, tp aq ske lau org macam di atas bca, bia dia tau skit.. haha.. hmmm, btw.. hdup kta perlu hadapi dgn positif.. ceria2 sllu n bykkan sabar..


Allah Ta’ala berfirman:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kalian dan kuatkanlah kesabaran kalian dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negeri kalian) dan bertakwalah kepada Allah supaya kalian beruntung.” (Aali ‘Imraan:200)


Dan Allah Ta’ala berfirman:
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الأَمْوَالِ وَالأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepada kalian, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah:155)

Dan Allah Ta’ala berfirman:
إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ


“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (Az-Zumar:10)

Dan Allah Ta’ala berfirman:
وَلَمَنْ صَبَرَ وَغَفَرَ إِنَّ ذَلِكَ لَمِنْ عَزْمِ الأُمُورِ

“Tetapi orang yang bersabar dan mema`afkan sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan.” (Asy-Syuuraa:43)


Dan Allah Ta’ala berfirman:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) shalat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah:153)


Dan Allah Ta’ala berfirman:
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّى نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنْكُمْ وَالصَّابِرِينَ

“Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kalian agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar diantara kalian.” (Muhammad:31)

"Dari Anas bin Malik bahwa Ummu Rubayyyi’ binti Bra’ yaitu ibunya Haritsah bin Suraqah, datang kepada Nabi saw, alau dia berkata;" Wahai Nabi Allah, hendaklah engkau memberitakan kepadaku tentang (nasib) Haritsah; dimana ia terbunuh pada perang Badar terkena anak panah yang asing ( tidak diketahui siapa pemanahnyadan dari mana datangnya). Jika ia di surga maka aku bersabar, dan jika tidak demikian maka aku hendak bersungguh-sungguh menangisinya." Beliau bersabda: "Wahai ibunya Haritsah, sesungguhnya itu derajat-derajat di surga, dan sesungguhnya anakmu mendapat surga Firdaus yang luhur."
(HR: Bukhari)

"Dari Abu Sa’id Al Khudryi ra. Bahwasanya orang-orang Anshar minta kepada Rasulullah saw., lalu beliau memberi kepada mereka. Kemudian mereka minta kepada beliau, lalu beliau memberi mereka sehingga habislah apa yang ada di sisi beliau. Lalu beliau bersabda : "Di tempatku, tidak ada harta, aku tidak akan menyimpannya terhadapmu. Barangsiapa menjaga diri, maka Allah menjaganya. Barangsiapa yang memohon kaya kepada Allah, maka Allah menjadikannya ia kaya, dan barang siapa yang mensabarkan diri maka Allah akan memberinya kesabaran. Tidaklah seseorang dikaruniai pemberian yang lebih baik dan lebih luas daripada kesabaran."
(HR: Bukhari)

Dari Ibnu Abbas, dari Nabi saw., beliau bersabda : `Siapa yang membenci penguasanya terhadap sesuatu (urusan agama) maka bersabarlah; karena sesungguhnya orang yang keluar dari (kepatuhan kepada) penguasa barang sejengkal maka dia pasti meninggal sebagai meninggal ala Jahiliyah (dalam kesesatan, perpecahan dan kekosongan imam yang dipatuhi)".
(HR: Bukhari)

Sabar adalah separuh iman dan keyakinan adalah seluruh keimanan.(HR. Athabrani dan Al Baihaqi)

Tidak ada suatu rezeki yang Allah berikan kepada seorang hamba yang lebih luas baginya daripada sabar. (HR. Al Hakim)

Sabar yang sebenarnya ialah sabar pada saat bermula tertimpa musibah. (HR. Al Bukhari)

Ada tiga hal yang termasuk pusaka kebajikan, yaitu merahasiakan keluhan, merahasiakan musibah dan merahasiakan sodaqoh (yang kita keluarkan). (HR. Athabrani)

Orang yang bahagia ialah yang dijauhkan dari fitnah-fitnah dan orang yang bila terkena ujian dan cobaan dia bersabar. (HR. Ahmad dan Abu Dawud)
Continue Reading...

Wednesday, July 13, 2011

muti'a, oit, gemuk, debab, dugong, doggy... cantikkah?

masa zaman sekolah dula sudah mnjadi kebiasaan memanggil nama orang dengan perkataan yang pelik2 dan tidak disukai, bahkan mnukarkan nama mereka yang begitu cantik disusn oleh ibu bapa kepada nama yang langsung tidak mggambarkan identiti seseorang yang mghormati orang lain, bahkan hal ini berlarutan hinggalah ke peringkat universiti sekalipun.. ejek mngejek bagaikan perkara biasa dan rutin seharian, bahkan jika dipanggil dgn nama yang sebenar sudah pasti orang tidak akan mngenalinya.. adakah ini sudah mnjadi satu budaya?

mari kita sama2 teliti amaran Allah dalam Al-quran..
Dan Allah berfirman :
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain.Boleh jadi mereka yang diolok-olok lebih baik daripada mereka yang
mengolok-olok. Jangan pula para wanita mengolok-olok wanita-wanita lain. Boleh jadi wanita-wanita yang diolok-olok lebih baik daripada para wanita yang
mengolok-olok. Janganlah kalian mencela diri kalian sendiri. Jangan pula kalian
saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah
(panggilan) yang buruk sesudah iman. Siapa saja yang yang tidak bertaubat, mereka itulah orang-orang yang zalim "(Al-Hujurat[49]: 11).

Saya rasa budaya ni akan terus berterusan terutamanya golongan pelajar selagi mereka tak dikeluarkan mereka dari satu penyakit, iaitu 'penyakit' jahil (tak tahu). p/s: jangan serang sy plop bla bca statement ni sbab hakikatnya mmg kita berasal drpd jahil kpd tahu.." tiap kali Allah menambah ilmuku, bertambahlah aku faham akan kejahilanku."

Dari ayat ini,dapat kita simpulkan bahawa etika bersahabat itu ada 3 perkara.

Pertama : Janganlah kita mengejek-ejek kaum/orang lain.Secara naluri,manusia memang tidak suka diejek dan perkara tersebut boleh menimbulkan kemarahan.

Kedua : Janganlah mencela saudara sendiri meskipun celaan itu ialah fakta.Biasanya,cela dan ejek ini berpangkal apabila orang yang mencela menganggap dirinya lebih sempurna berbanding dengan orang yang diejek,yang dianggap lebih rendah dan lebih buruk.Padahal,mana tahu,orang yang disangka lebih rendah itulah yang paling tinggi kedudukannya di hadapan ALLAH.

Ketiga : Janganlah memanggil saudaramu dengan panggilan yang tidak disukainya.Jadi,tanyalah sahabat anda panggilan apa yang patut digunakan untuk memanggilnya.

Rasulullah pernah bersabda:
Ada tiga perkara yang menggambarkan kecintaanmu kepada saudaramu: kamu
mengucapkan salam kepadanya ketika bertemu dengannya; meluaskan tempat untuknya dalam majlis; memanggilnya dengan nama yang paling disukainya (HR al-Hakim )

Oleh itu,sebagai ringkasan,ikutilah adab2 dalam pergaulan yang sememangnya amat berguna dalam kehidupan seharian kita.

akan tetapi timbul pula 1 persoalan lain? bagaimana jika orang itu mnyukai gelaran y diberikan hatta gelaran yang itu mmbawa maksud yang buruk atau tidak mmbawa apa2 maksud.. contahnya dipaggil dugong.. sdangkan nama asalnya adalah ikmal, yang mmbawa maksud kesempurnaan ataupun kelengkapan.. yang mana lbih baik? bukankah kata2 itu satu bntuk doa? alangkah baiknya kita mmanggil org dgn nama yang baik supaya sifatnya mnjadi sebaik namanya.

dalam konteks ini, kita perlu mmpersoalkan diri kita sndri jika orang yang kita panggil dgn nama yang buruk tidak endah.. try to put urself in that situation.. adakah anda ingin dipanggil sedemikian rupa? andai tidak knapa lidah anda bgutu lancang trhadap orang lain? tambahan pula jika dihadapan orang ramai..

kadang2 ada segelintir yang trikut dengan kata2 dr guru atau pnsyarah mereka y mggunakan kata2 yang tidak baik.. persoalannya kanapa kita yang berilmu tegar untuk mngikut apa y salah?ambilllah apa yang baik, buanglah apa yang buruk.. walaupun niatnya hendak bergurau, niat tidak sesekali mghalalkan cara, lagipula sudah ada firman Allah didalam Al-Quran..

akhir sekali renungilah hadis ini, betapa indah dan mudah mmbuat kbaikan..

Diriwayatkan dari Adi bin Hatim ra. : ketika aku sedang duduk bersama Rasulullah Saw, dua orang laki-laki menemui Rasulullah Saw ; salah seorang dari mereka mengeluhkan kemiskinan dan yang lainnya mengeluhkan mewabahnya perampokan. Rasulullah Saw bersabda, “mengenai pencurian dan perampokan, dalam waktu dekat akan ada sebuah kafilah yang menuju Makkah (dari Madinah) tanpa pengawal. Dan mengenai kemiskinan, hari kiamat tidak akan datang hingga salah seorang dari kalian berkeliling untuk menyedekahkan kekayaannya dan tidak akan menemukan seorangpun yang menerimanya. Dan salah seorang dari kalian akan berdiri di hadapan Allah tanpa penghalang atau pun penterjemah, dan Allah akan bertanya kepadanya, ‘bukankah telah Kuberikan kekayaan kepadamu?’ ia akan menjawab membenarkan.lebih jauh Allah akan bertanya kepadanya, ‘bukankah telah Ku kirimkan seorang Rasul kepadamu?’. Ia akan menjawab dengan membenarkan. Kemudian ia akan melihat ke sebelah kanannya dan yang ia lihat api neraka, dan ketika ia melihat ke arah kirinya yang ia lihat api neraka. Maka selamatkanlah diri kalian dari api neraka, meskipun dengan memberikan separuh kurma (sebagai sedekah). Dan seandainya kalian tidak memilki separuh kurma pun (sebagai sedekah) maka bicaralah dengan kata-kata yang menyenangkan.” (Sahih Bukhari)
Continue Reading...

“mama!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Maafkan kami mama”

trruut,, trruutt,,trruutt, sms!!!!!! (bnyi rgtone hp)

inbox:
"abang, jangan laa hantar msg kat ma kata blaja susah, xde bnda nk makan n pape, buat susah hati ma jer, aq bukan nk marah tp cma nk bgithu.. ma xshat aa"

arrrggggg (geram), so dgan pantas tgn aq mnaip:
"ahhhh, ko tue xwat sakit hati ma kew? ma slalu gtau aq yang ko xhabis2 wat hal"

5minit slpas itu, adik aq mnjwab "eleh, adik ko bkan ada sorang, ada 3 la"... aq mlas nak jwab, trus baling je hp 2 kat atas tilam.. ptg tue aq send msg kat mama, buat dy susah hati, sdgkan aq xde pape sbenarnya pown..

seminggu kmudian adalah hari cuti, maka aq blik k kmpung, 8 jam dalam bas cukup memenatkan, almaklumlah blik k pantai timur laa ktakan...

ringtone msjqu berbunyi.....
sender: <mama>"</mama>dah sampai mane?"

<reply>"aikkk??? baru nak tny??"</reply>

Sender: <mama> "kan tdy mama dah hantar msj tny, siap call lg" (dalam kadaan tnang brckap,. lmbut suaranya)</mama>

<reply>"bla plak?????"</reply>

Sender: <mama> "ada syg, dah sampai mana?"</mama>

<reply>"dtg jelaa ambil cpat, dah sampai nie" (dgr suara yag agak tgang)</reply>


1 jam kmudian mama sampai dgan papa.. dengan wajah yang ceria ingin mnjmputku dari stesyen bas, biasa aa... ibu bapa, bila anak blik msti gembira kan.. tapi, berlainan dgan aq, aq muncungkan mulutku, ada dalam 1 meter kot, (hyperbola).. yelaa, letih tue, 1 jam.. mama mndekatiku dengan lemah lembut, maaf yaa lambat skit, papa bru blik keje lagipun jalan jammed dr billion lgi.. jom.. aq trus mnuju ke kereta tanpa mnyahut atau mberi sekelumit senyum untuk mama dan papa..

dalam kereta: 
 "ok x dalam bas smalam???" tanya mama.

"dahsyat!" jawab aq ringkas.

"knapa?" tny mama lg..

"kan dah bagitahu smalam yang bas tue nk trbalik masa lalu kat kawasan leburaya bukit tujuh, kawasan atas bukit tue"
(sbnarnya aq sj je ckap mcm tue smlam kat mama spaya dy ambil brat tentangku)
"owhh, mama baca msj tue smlam, tp mama xdpat blas, out of kredit" kata mama.. tp pada hakikatnya mama risau, xkeruan sampai xdapat buat pape lantas dy mnunaikan solat hajat tanpa henti shggalah pg tdy, msa dy bertanya dimana aq berada..

Sampai je kat umah aq trus msuk blik dan mngunci pintu, bukan niatku untuk derhaka, tapi sdikit untuk mmberontk, so aq bukan buat dy sakit hati, xderhaka laa kan, Cuma buat dy bimbang supaya dy syg aq jerk..

Mama aq nie jnis yang xske anak2 dy kuar malam, tp tba2 kwan2 skol dlu ajak aq kluar laa plop. Pe agy, darah muda laa katakana, ska mlawan skit tapi bukan mksd nak mlawan, alaaa bg alas aaaaaaaaaa skit, aq kan fikir pe y aq buat semuanya btol, aq kan plajar university, bijak ann.. org tua pe tahu..

“ma.. along nak kua g wakaf che yeh jap, tgh malam skit ore blik laa”

“xpayah pg laaa, dah malam, ma takut duk sorg2, ramai pncuri kat kwasan umah nie..” jawab mama 

Aku dengan nada berlembut trus memujuk utk kpntgn aq laa ktakan, biasa aa ank muda lau nk msti cuba sampai dapat, “alaaaa bleh laa kejap je, bleh k, along kan baru blik dr u, nak aa jmp kawan2, ma kan pandai jaga dr sendri, bleh ya????”
“Oklaaaaaa, coz kamu sorg anak y patuh pada perintah Allah, mama pcayakan kamu” jwab mama 
“Tq…”  Wah, bersorak gler dalam hati aq..

Pada satu ptang mak sdare aq dr Pahang datang, mama n papa p jemput.. hmm.. dyorang duduk dalam 2 hari, masa tue aq ngah siap2 nak p surau, almaklumlah kna jadi imam kat surau atuk aq lpas dy mninggal pd 27 rejab y lalu.. mgkin nak bg kuliah agama tntang “mghormati ibubpa dalam keadaan patuh n taat di dalam hati”, power gak tajuk dy nie, berbekalkan ilmu yang ada msa skol arab tue n blaja kitab ngan atok dlu, bley aa slow2 kot..
2 hari lpas tue tibalah masa dyorang nak blik, tbe2 mama n papa xbley p hantar, ad meeting aa plop. So ada kew mama n papa aq suruh adik aq yang hantr sdgkan aq dah lama ngidam nk drive, mmg aa pd mulanya adik aq y plawakan diri dlu.. tapi yang aq gram ngan mama aq nie, nape dy bagi? Sdgkan aq mama suh p mane2 ngan basikal je, diskriminasi btol aaa, mnyampah gler aq, so aq pown mula aa prsoalkan kat mama

“Nape lau ikmal snang2 je mama bg drive kete? Kalau along mama xbg plop?” aq bukan men geram adik aq bley plop snyum sinis.. mak sdare aq plop macam trpinga2, tp mama aq ileks je.. cool  ktakan..

“Alaaa, bia laa dy p hantar dah dy nak p, along bley tgkkan umah n adik2”

“Ahhhh, alasan mama je, nape ikmal bley p hantar plop?”  jwb aq

“Mama xbley nak wat pape along, bukan kamu xknal angah tue, kalau dy xdapat apa y dy nak mulalah nak mngamuk, pecah barang sana, pecah barang sni, lagipun dy ska pukul adik2 kamu y msih kecik  tue, xbley dharap lau bnda yang dy xske, lain dgn kamu, kamu penyabar, redha lau xdapat pape n caring ngan bdk2”  terang mama dgn nada y memujuk

“…………….………” aq trdiam, xtau nk ckap apa, bangga pown ada bla mama ckap camtu, tapi macam ada sekelumit was2 dalam hati aq, mama nie ikhlas or x eaa, kew dy s jer nk sdapkan hati aq, isshhh aq nie walaupun plajar agama cam xblaja agama kan, berburuk sangka.. ahhhh, pe kisah, hati aq camne? Trsiksa jiwa raga, batin n jasad.. n trus aq p kat adik bongsu aq, lbih bek men ngan bdak2, aq mmg suka bdak2, cu bagi bdk y tgh nangis kat aq, sure snyap aa lpas tue, org ckap lau bdak snyp ngan kita maknanya hati kita elok, tp ntah nape bla aq dukung baby sjak kblakangan nie, dyorg asyik nangis je, hmm, xde pape kowt.. mragam sakit perut kot.. or ada mslah ngan bdak 2 aa..

n 1 hal lagi y aq plik, anak mata sblah kiri aq bergerak2, org tua2 ckap lau mata kiri bergerak msti ada hal xbek nak blaku.. ehhh, mlas aq fkir, bukan leh pcaya sngat bnda2 mcam tue. Kbetulan je..

ptg tue aq sakit pale, ase cam berat sangat, aq pown msuk blik.. duk2 atas katil..
tibe2 mama aq panggil, kita xbleh ckap uhhh or lawan kannn??? So aq mlangkah aaa dgn kaki berat n malas..

“ad  apa ma??” tny aq dalam nada kmalasan

“ngah watpe? Tlong mama jap bley?” jwb mama

Aq nie jnis pantang bila dgr perkataan tlg, susah or sakit camne pown aq akan usaha jgak utk buat.. “bleh, ap ma???” dalam nada y ingin tahu..

“Tlong pg kdai jap, bli minyak masak..bley?”  kata mama..

“Orait” ……

Aq pun bersiap2, salin pakaian.. tiba2 mama ckap yang motor xde.. papa bawak, so terpaksalah p dgn basikal.. bila aq nak pg tiba2 ikmal n adikku yang bongsu, iqbal, nak ikut gak.. so, ok aa.. p ramai2 sonok gak kan.. mula2 aq tuju ke kdai pak cu, kira2 200 meter dr umah, tp malangnya minyak semua habis, katanya harga minyak dah nk naik mulai esok, so
ramai yang datang beli, kmudian aq pergi kdai s-r-l-y tp xada gak.. habis kdai kawasan rumah aq xde jual minyak, kehabisan stok.. so, terpaksalah pergi 1 kedai yang agak  jauh, 5 km drpd umah aq..

“Weh, minyak msk habis aa” kata ikmal.. “so, camne?”

“kita pergi kedai hasan jelah, ok? Tp ko y kayuh basikal, aq dah ltih..” sahutku

“Ok2, minyak punya pasal, nanti leh makan ayam cincang masak kicap”

Ikmal pown memulakan kayuhan dengan pantas, maka tibalah di satu kawasan selekoh yang agak bahaya, berhadapan sekolah menengah long yunus..

“weh, hati2 skit, aq risau aa, xsedap hati” kataqu

“ahhh, xde pape aa, kendong adik tue baik2, jatuh baru tau”

“Yela2.,kayuh jelaa, dah lambat  nie”

30 minit kmudian sampailah aq di kedai hasan, mulanya nak beli minyak je, akhirnya aq borak2 ngan dy sampailah iqbal  tertidur, lpas 2 bru aq tersedar yang aq dah lambat.. ikmal pown ktika itu asyik berborak dengan kawan dy, sekelas, adik hasan..

“eh hasan, skunk kul baper?”

“hmm, bru kul 6.50 pm..”

“Hah???? Bia btul..”

“Yela, alaa rileks aa, awal lg”

“banyak laa ko punya awal, aq blik dlu k, nasib baik kdai ko ada minyak masak lagi, kdai lain semuanya sold out… ikmal, jom balik!!!! Dah lewat nie..”

“k.. jumpa lg” hasan mgakhiri kalam

“Ye2. Jom aaa” sahut ikmal

“Hmm, nape mu xgtau y dah lewat ikmal?”

“ntah, aq pown xperasan”

“ko bwak aa, basikal 2, nk cpat nie…

Aq trus mengendong adik bongsuku manakala ikmal mengayuh basikal, sebenarnya basikal nie dah diubah suai oleh papaku, laju cam basikal lumba aa gak.. kira2 500 meter daripada selekoh tadi aq rasakan yang macam adik bongsuku mahu terlepas dari kendonganku.. sedikit demi sedikit tangan nya ingin terlepas dari  jari jemariku..

“ikmal.. ikmal.. perlahankan skit kayuh basikal nie, adik nak jatuh aa, tangan aq tetiba je jd licin” kataqu

“ camne nak perlahan srta merta, jalan licin aa, nanti terbalik, lagipun banyak kereta kat tepi jalan nie”

“Alaaaa, cepatlah sikit, nanti adik jatuh”

“k2, nanti aq berhenti kat jalan sebelah sana, tmpat selekoh dpat smk long yunus.. ada rumput, cepat sikit berhent” kata ikmal

“ja…………….ja..” belum lagi aq habis bicara ikmal dah melintas jalan ke sebelah sana, tepat di tempat selekoh.. tp nasib baik dapat mndarap dengan selamat.. aq trus memandang adik bongsuku y agak terkejut kerna basikal hampir terbalik,, bila aq mengangkat wajahku tetiba ada sebuah kereta berwarna putih menuju tepat kearah kami.. aq trus mndukung adik bongsuku..

“ikmal!!!!!!!!!!!! cepat lari” laungku..

Ikmal cuba lari kearah seberang jalan bertentangan dengan tempat kami duduk, aq trus mnggapai tangannya dan mmbawa kea rah tempatku berlari.. kereta tadi trus menekan brek denagan cepat sehingga kereta itu berpusing beberapa kali kearah kami2..

Tiba2,… “paaaaaaaaaaaaaaag” kereta tadi menuju kearah seberang jalan, tempat yang ikmal ingin tuju tadi lalu merempuh trailer, kereta itu melambung dan terbakar,seorang penumpang perempuan tercampak keluar n sekelip mata memandang kereta itu menuju kearah kami, ingin menghempap dari atas, ketika itu terbayang wajah mama.. “ikmal. Tunduk!!!!!!!!!!!!!”… buat kali keduanya aq bernasib baik, kami terselamat, aq terbayang yang aq terhempap dan tidak sempat meminta maaf kpd mama.. syukur.. aq trus menuju kearah perempuan tadi.. aq menatap badan itu, mirip seseorang yang aq kenali.. adakah dia.. adakah dia.. yaa… btul, dia ialah..

“Tidak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” kulaungkan sekuat hatiku..
-------------------------------------------------------------------------------------------------

“kamil, ikmal.. bangun aaa, apa yang tidak2 nie? Serentak lagi laungannya, g solat maghrib” kata papa..

“hah? Dah pkul brapa? “ Tanyaku

“Dah 7.30, g solat skarang”        

“mana mama? Mana mama?? Tanyaku dalam keadaan cemas”

“ mama p kedai xbalik lagi, mama kejutkan kamu tadi tp kamu cakap malas pg?”  kata papa

“Uaaaaaaaa… tidak, nak mama skarang”

“Dah jangan mengarut p ambil wuduk solat sekarang, dah lewat nie”  kata papa

Aq trus kebilik air ambil wuduk, tiba2 ikmal bertanya.. “abg, aq mimpi y mnakutkanlah tadi.. tp nape ko pown jerit sama dgn aq?”  tny ikmal

“aq mimpi kmalanganlah” jawabku ringkas kerna qu masih dalam keadaan cemas

“sama!!!!”

“Kereta warna putih”

“sama jugak”

“mungkinkah???? Mama… cepat ambil wuduk.. solat n then ikut aq” kataku..

Aq trus mngangkat takbir, memohon ampun dr Allah mungkin itu adalah peringatan dariNya kepadaku.. kini aq tunduk rendah diri mghadap ilahi, seribu penyesalan y berbuku dijiwa.. kutangiskan semuanya..

“jom ikmal., cepat, kita cari mama” kataku

“ok, kemana dulu?

“Kedai pak cu” jawabku ringkas.. fikiranku kacau trbyang semua y tlah kulakukan kpda mamaku… kmudian aq sampai d kdai p cu “p tgk jap ikmal”..

“pak cu, mama ada x?

“xdalah, dy ada dtg tadi, cari minyak katanya, tp minyk kat kdai p cu dah hbis” jawab p cu..

“macam mna? Mama ada?” tnyaqu kpd ikmal

“p cu ckap tdy dy mama ada adatang cari minyak, tapi dy dah pergi”

“Hah? Cari minayak? Habis tue mama kemana?”

‘Ntah” jwb ikmal

“ jom kita p kdai lain”

Tp malangnya semua pnjaga kdai d sekitar rumahqu mmberi jawapan y sama iaitu mama ada berkunjung tp dah pergi
“mana mama ye?” tny ikmal kpdku

“mungkin…………………..”

Ikmal faham akan mksudku dan trus mnjawab..” mungkin!!”

Kami trus menuju kearah selekoh di smk long yunus,,,  pabila kami tiba disana, kami dapati terdapat satu kmalangan.. tiba2………………….

“abg!!! Itu kereta mama!!!”

‘Yaaa, dan kereta putih itu macam dalam mimpi abg, terbakar”

“Mana mama?”

Kami trus mncari dan ternampak sekujur badan perempuan, terdampar di tepi jalan.. kami trus berlari mendapat sekujur badan itu..

“abg, ini bukan kew????? Badan dia sama dengan badan……………………..” kata ikmal terhenti

“aku melaung disitu.. tidak!!!!”

Tiba2 ada suara dari blakang.. “along, angah, buat apa kat sni????”

Eh, aq knal suara itu.. yaa, itu suara mama… “mama!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Maafkan kami mama” laung kami serentak lants berpelukan dan memohon maaf… yea ” maafkan kami mama”………..

p/s: pengajaran adalah satu drpd akar2 khidupan..

Continue Reading...
Designed By xxx |