mk

mk

Thursday, March 8, 2012

Aku vs Dia (HIJAB)

Share it Please
Dia : Saya sudah letih..

Aku : Mengapa?

Dia : Letih dengan semua orang yang menghukum saya..

Aku : Menghukum yang bagaimana?

Dia : Ada seorang perempuan menyuruh saya berhijab..

Aku : Bukankah hijab itu telah menjadi perkara biasa?

Dia : Ya, saya tahu..

Aku : Lagipun elok awak berhijab..

Dia : Siapa kata!?

Aku : Allah kata dalam Al-Quran..

Dia : Ya. Perempuan itu juga cakap begitu, dalam surah an-nur dan surah al-ahzab.. tetapi ia Cuma dosa kecil

Aku : Dosa besar semuanya bermula daripada dosa kecil..

Dia : Apa yang lebih penting daripada hijab ialah asalkan hati baik.

Aku : Tetapi, mengapa awak habiskan masa berjam-jam untuk bersolek? Mengapa awak habiskan banyak wang untuk kelihatan cantik?

Dia : Saya tidak suka hijab. Ia merampas kebebasan saya.

Aku : Apa makna kebebasan bagi awak?

Dia : Kebebasan ialah, saya boleh melakukan apa yang saya suka.

Aku : Tidak!! Kebebasan ialah bebas melakukan apa yang baik tanpa mempedulikan apa yang orang lain kata.

Dia : Saya lihat ramai orang yang berhijab tapi berperangai buruk.

Aku : Jadi, wanita yang tidak berhijab dan kaki botol itu baiklah?

Dia : Saya tidak mahu jadi fanatic!

Aku : Awak fanatic pada secular dan ekstrimis.

Dia : Sekiranya saya berhijab siapa yang akan berkahwin dengan saya?

Aku : Seseorang lelaki yang sedar bahawa berhijab adalah perintah Allah.

Dia : Katakan suami saya tidak suka saya memakai hijab, bagaimana?

Aku : Lelaki itu tidak patuh perintah Allah dan tidak layak di kahwini.

Dia : Siapa yang akan terima saya bekerja?

Aku : Syarikat yang menghormati pekerjanya, ramai wanita yang bekerja di hospital dan sektor koperat masih berhijab..

Dia : Tetapi hijab bukan fesyen.

Aku : Hijab bukan setakat pakaian tetapi perintah. Jadi baju sendat dan seluar ketat awak itu fesyen?

Dia : Lelaki mahu kawal wanita dengan hijab.

Aku : Spesifiknya?

Dia : Lelaki mengatur apa yang perlu wanita pakai.

Aku : Jadi, bukan lelaki yang menyuruh awak berpakaian begini? Ingat, fesyen di cipta oleh lelaki malah menggunakan wanita sebagai komoditi.

Dia : Maksudnya?

Aku : Tv dan majalah mengawal apa yang perlu awak pakai, bahkan mereka mengawal pasaran. Mereka membuat majalah supaya wanita kelihatan kurus kering dan anoreksia agar muat dengan fesyen. Islam datang dengan menyatakan yang dalaman lebih penting.

Dia : Tetapi ia tidak sesuai dengan kehidupan sekarang.

Aku : “Dan rugilah bagi orang yang mengotorkan jiwanya” (surah al-Syams ayat 10)



No comments:

Post a Comment

Designed By xxx |