mk

mk

Wednesday, May 20, 2015

Sungai Chiling da BoOm!

Assalamua'alaikum, siapa pernah pergi sungai chiling?

yeeeeaa, sep sep siket. sungai chiling ni terletak di Kuala Kubu Baru. Ala, tempat yang terkenal dengan Darul Quran tu, MK pergi bulan lepas, tapi post baru keluar hari ini, ekekekeke pemalas. Best sangat sungai chiling ni, selain airnya yang jernih, udara yang segar, anda jugak dapat berenang, bermain, menyelam, berjinak dan ber'posing' ala-ala ikan duyung jantan dan betina, heheh.

MK sebenarnya tak merancang perjalanan ini, disebabkan MK pulang ke rumah kawan MK di Selayang, idea ni muncuk tiba-tiba sampaikan kasut pun tak bawak, so jalan je dengan selipar. Namun untuk menjamin keselesaan dan kemudahan ketika merentas hutan, seeloknya pakailah kasut ye. 

Merentas hutan? oo yeah! ni bestnya apabila anda mahu ke air terjun Sungai Chiling, anda perlu melalui laluan hutan dan merentasi 7 laluan berair a.k.a sungai. Sungai tu xdelah dalam kalau bukan musim hujan, lagipun kalau musin hujan, pengunjung tak dibenarkan pergi ke kewasan berkenaan,.

Jangan risau ye, laluan dah tersedia ada, anda akan selisih dengan beberapa orang yang turun dari air terjun berkenaan dalam perjalanan, sunyi tapi tak sunyi, hehe peliknya bahasa. So, daripada kaunter pendaftaran ke kawasan air terjun mengambil masa 45 minit dengan berjalan kaki, ye, xkan nak naik motor pulak, nama lagi trek jalan kaki, ye ke idak? 

Walaupun trek ini tidak mencabar kecuali 1 atau 2 rintingan sungai, faktor krsihatan perlulah di ambik kira. Masa MK turun dari kawasan air terjun, ada mak cik yang kejang sehingga RELA perlu membawa mak cik berkenaan turun, jadi kena pastikan kesihatan tip top ye.

MK ringkaskan detail penting

Hari       : Jumaat, Sabtu, Ahad dan cuti Umum (Hari lain tutup)
Waktu   : 8 pagi - 6 petang (Namun kaunter pendaftaran akan tutup pada pukul 3, paling last boleh                     masuk pukul 3, yelah, nak berjalan pon dah dekat sejam, ada pape kan susah)
Parking : Kat kawasan luar, atau tepi jalan. Mula berjalan dari pintu gerbang sampailah ke pintu                         kawasan sungai chiling, pintu kawasan ada boleh tengok bawah ye.


Ni pintu masuk ke kawasan Sungai Chiling, pintu gerbang MK tunjuk last sekali keyh, hohoho


Ni kat kawasan di antara pintu gerbang dengan pintu masuk kawasan sungai chilang, fuh! dekat 800 meter jugak berjalan.



Gambar kat bawah ni pulak adalah kaunter pendaftaran :D Kena isi nama, no telefon



Bila dah daftar, jom mulakan misi menuju ke sungai chiling! Yeay!

Lintasan Pertama : Jambatan Gantung



Lepas je jambatan gantung ni, pastikan anda ambil laluan ke kiri tau, jangan terus, kalau tak sesat lah alamatnya, laluan terus tu untuk laluan hutan yang mencabar, perlukan tour guide. Kalau nampak jalan mcm kat bawah ni, ketahuilah bahawa anda di jalan yang benar, hehe







 Popok tunbang ni salah satu laluan wajib, cerun kecil kat belakang batang pokok ni, :D






Jernih kan airnya? So, jangan risau, ada sign board pada setiap lintasan, MK malas nak tunjuk semua, nanti korang pepandailah posing sendiri bila pergi ye, hehe. (sebenarnya semua gambar lintasan lain MK posing xhingat dunia, malu nak tunjuk, hehe). Apa kata kita layan gambar jelah.







Tahniah! Bila sampai je kat kawan buluh ni, ini menandakan bahawa anda sudah sampai ke kawasan air terjun, tu... kat sana je, hehe












So, nilah kawasan pintu gerbang, nampak x banyak kereta parking kat luar sana. Sampai di sini sahajalah, MK gaduh nak balik rumah ni, jumpa lagi, nanti lain kali MK edit story ni lagi cantik... hehehe, papaiiii....




Continue Reading...

Friday, April 17, 2015

Jeram Toi Jelebu

Assalamua'alaikum;

Dah seminggu tak buka blog ni, dah berhabuk. fuhhhhh, fuhhhh, fuhhhh. So MK nak sebut kisah yang tersebutnya al-kisah hujung minggu lepas MK ke Jeram Toi di Jelebu, konon nak ber'picnic'lah bagai siap masak spagheti dan sandwich, nak resepi? Bolehh, Nanti MK bagi ye. her her her. Tapi yang mendukacitakan adalah MK xsnap banyak gambar di tempat kejadian, sebabnya MALAS, hohoho.

Tambahan pula, bagi MK, Jeram Toi bukanlah tempat yang menepati citarasa MK untuk bersama alam, cewaaahhh, ayat memang tak boleh blah. Keadaan kolam, kualiti airnya, ohhh, bg MK memang tak selesa untuk bermandi manda, MK datang je Jeram Toi untuk melihat salah satu air terjun berani mati di dalam daerah Negori nie, tapi bila tengok macam hampa, sob sob sob.

Namun, Jeram Toi ni MK bagi jaminan bahawa sesuai untuk yang ada anak-anak, nak bawak berjalan hujung minggu, still boleh datang untuk merapatkan hubungan silaturrahim sebabnya kat sini memang ada kolam kecil khas untuk bebudak mandi, akan tetapi, kalau anda seorang yang tak kisah dengan jarak perjalanan, mungkin boleh ke Hulu Langat kerana airnya lagi peel fresh, hehehehe. MK ada lah snap 2 3 gambar yang tak seberapa, so meh lah kita cuci mata guna air yang tak berapa bersih, kui kui kui, jangan sampai gatai gatai mata sudah, susah pulak, kan ada org ckap "Ni semua salah MK sebab post pasal Jeram Toi!", haruuuuu hidup MK, minta jauh :p







Sampai di sini sahaja, babai...... :D
Continue Reading...

Saturday, April 4, 2015

Jaulah ke Melaka : Coconut Shake Batu Berendam

As salam dan selamat Hujung minggu. Apa khabar? MK mulakan dgn doa Barokallahu lakuma wa baroka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khoir. Khas buat pasangan najihah dan syamsul. So, ketika status ini ditaip, MK masih berada di Melaka. Yeah, majlis Bam (panggilan buat najihah) dibuat di sungai rambai, Kem Modal Insan, info lebh blh tgK kat gmbr di bawah.


Kami, rombongan lelaki seramai 10 org bergerak dari Nilai ke Melaka dalam pukul 9 pagi, menggunakan 2 buah kereta (terima kasih tuan kereta) jasamu dikenang Mcm iklan negara pulak. 10 org tersebut ialah MK, HA, Nazmin, Sofian, Azziq, Saifuddin Syukri, Salman, Najmi dan Farabi. Tuan kereta adalah En Azziq dan En Pud. Hehehe.

So, kami sampai di Taman Botani Melaka pada pukul 10.30 am. Awat kami tggu kat sni? Sbbnya kami perlu menunggu seorang lagi rakan kami iaitu saudara Hafiz, org Melaka, fuh, mudah urusan nak ke tmpt kahwin, ada org Melaka laa katakan. Tp erkk! agakan method merosot, adanya org Melaka juga menyebabkan kami berpusing pd tempat yg sama dua kali. Hohoho. Akhirnya sampai jugak, yeay!


  
Majlis akad nikah yeop~

Nie pulak, gambar kitorang yang poyo dan gambar kawasan, tadi xsnap byk gambar sabab malas~ syuh, syuh, nyah kau hantu malas.





Ni pulak geng selfie~





Kemudian kami bergerak ke rumah Hafiz. Kami berhenti minum coconut shake yg sodap di Batu Berendam, katanya lebh sdap dari Pantai Klebang. MeMang sodap, MK bg 5 bintang.



So, gambar last utk post ni. Gambar group!
Ok, sampai sini sahaja, jumpa lg keyh. Next post please! Mintak dgn diri sendiri, hahaha

Kredit gambo : En Saif Chenko


Continue Reading...
Designed By xxx |