mk

mk

Wednesday, February 24, 2016

Selamat Datang 2016

Assalamu'alaikum, selamat tahun baru kepada semua peminat MK, hohoho (Kekunun ada orang minat, padahal xdak orang baca). Eceh, nama lagi blog peribadi, hanya catatan sekadar mencoret menghisab diri, gittewwwww.. Hurm, orang lain ucap tahun baru pada 1 Januari, MK ni pulak, dah hampir penghujung Februari baru nak bermadah kata, bukan apa, MK terlampau membizikan diri dengan perkara yang MK sendiri tak pasti, haaaaaaa, cenggane tu?

Berdasarkan kepada lipatan sejarah 2015, MK boleh gambarkan bahawa ianya adalah tahun yang dimurahkan rezeki namun 'unexpected event had occur', cewahh, skeaping london. Mengenangkan kembali kisah tue, hati MK akan gundah gulana, pedih, sakit, takut, risau, gusar dan macam-macam lagi. Perasaan yang bercampur baur, maaf MK xdapat kongsikan kisah sadis berkenaan namun cukuplah korang doakan supaya perkara yang sama takkan berulang kembali.

2015 tahun suka dalam duka dan tahun duka dalam suka. MK teringat kata-kata hemonim (xtau eja betul x) atau grandmother dalam drama bersiri korea bertajuk 'Family Is Coming'. Katanya "Kampung kelahirannya adalah tempat yang paling menyedihkan (sebab dia difitnah dan kena halau dari kg, berpisah dengan suami dan anak-anak) namun ianya juga tempat yang paling dia sukai". Haaaa, korang pernah tak hadapi situasi macam ni? Korang suka sgt sesuatu benda dan benda tu juga yang mengguris rasa korang, kalau tukar benda tu dengan orang, mungkin lagi sadis, Maybe korang akan tanya diri korang sendiri, nak gembira atau sedih nie. Kan kan kan? betul x?

Tapi dalam apa jua keadaan, TRUST adalah benda yang paling penting, kesian kat grandma tue, nobody trust her and at last, when the truth is exposed, people can easily admit their mistakes but the scar takkan memudah hilang macam tu je kan? Hayya, this post dah melangut pasal cerita korea pulak dah. Maklumlah, bila sesebuah drama terjadi ala-ala macam hidup korang, mesti korang akan hanyut bersama drama tersebut. but but but, say NO to drama melayu, terlampau plastik dan tidak berpijak di bumi yang nyata.. hohoh

Maybe MK ambil masa jugak untuk melupakan kisah tersebut dan ambil masa jugak untuk mempercayai kata-kata manusia. Bak kata pepatah, "bila dah terkena sekali, takkkan nak memudah percaya lagi" hohohoh. MK akan usahakan untuk melupakan kisah berkenaan sebab buat apa kita buang masa dan stuck lelama pada sebuah sejarah. But as a human being, maybe ambil masa jugak untuk benda tu tak merobek jiwa, aku pun manusia yang ada hati apa.

Tak apalah, benda pun dah berlaku, cuma tinggal MK nak move on, nak marah mcm mana pun, nak sedih macm mana sekalipun, nak geram, menjerit, tengking, menangis mcm mana sekalipun, benda takkan berubah, benda dah jadi, Cuma, maybe kita boleh ambil 1 iktibar, JANGAN PERCAYA MANUSIA SEPENUH HATI LAGI! hah kau, bold siap, hehehehe

ok lah, dah panjang tulis nie, nanti nak cerita pasal rumah sewa, xmboh cerita kat sini, xsyok lerrrr, baik buat entry lain, bertambah jugak bilangan entry, huhuhuhuhu

p/s: cerita ni takkan kaitan dengan salah tanggap korang, kang ada yang merapu kata frust putus cinta segala bagai, ni cerita kehidupan!

Continue Reading...

Wednesday, May 20, 2015

Sungai Chiling da BoOm!

Assalamua'alaikum, siapa pernah pergi sungai chiling?

yeeeeaa, sep sep siket. sungai chiling ni terletak di Kuala Kubu Baru. Ala, tempat yang terkenal dengan Darul Quran tu, MK pergi bulan lepas, tapi post baru keluar hari ini, ekekekeke pemalas. Best sangat sungai chiling ni, selain airnya yang jernih, udara yang segar, anda jugak dapat berenang, bermain, menyelam, berjinak dan ber'posing' ala-ala ikan duyung jantan dan betina, heheh.

MK sebenarnya tak merancang perjalanan ini, disebabkan MK pulang ke rumah kawan MK di Selayang, idea ni muncuk tiba-tiba sampaikan kasut pun tak bawak, so jalan je dengan selipar. Namun untuk menjamin keselesaan dan kemudahan ketika merentas hutan, seeloknya pakailah kasut ye. 

Merentas hutan? oo yeah! ni bestnya apabila anda mahu ke air terjun Sungai Chiling, anda perlu melalui laluan hutan dan merentasi 7 laluan berair a.k.a sungai. Sungai tu xdelah dalam kalau bukan musim hujan, lagipun kalau musin hujan, pengunjung tak dibenarkan pergi ke kewasan berkenaan,.

Jangan risau ye, laluan dah tersedia ada, anda akan selisih dengan beberapa orang yang turun dari air terjun berkenaan dalam perjalanan, sunyi tapi tak sunyi, hehe peliknya bahasa. So, daripada kaunter pendaftaran ke kawasan air terjun mengambil masa 45 minit dengan berjalan kaki, ye, xkan nak naik motor pulak, nama lagi trek jalan kaki, ye ke idak? 

Walaupun trek ini tidak mencabar kecuali 1 atau 2 rintingan sungai, faktor krsihatan perlulah di ambik kira. Masa MK turun dari kawasan air terjun, ada mak cik yang kejang sehingga RELA perlu membawa mak cik berkenaan turun, jadi kena pastikan kesihatan tip top ye.

MK ringkaskan detail penting

Hari       : Jumaat, Sabtu, Ahad dan cuti Umum (Hari lain tutup)
Waktu   : 8 pagi - 6 petang (Namun kaunter pendaftaran akan tutup pada pukul 3, paling last boleh                     masuk pukul 3, yelah, nak berjalan pon dah dekat sejam, ada pape kan susah)
Parking : Kat kawasan luar, atau tepi jalan. Mula berjalan dari pintu gerbang sampailah ke pintu                         kawasan sungai chiling, pintu kawasan ada boleh tengok bawah ye.


Ni pintu masuk ke kawasan Sungai Chiling, pintu gerbang MK tunjuk last sekali keyh, hohoho


Ni kat kawasan di antara pintu gerbang dengan pintu masuk kawasan sungai chilang, fuh! dekat 800 meter jugak berjalan.



Gambar kat bawah ni pulak adalah kaunter pendaftaran :D Kena isi nama, no telefon



Bila dah daftar, jom mulakan misi menuju ke sungai chiling! Yeay!

Lintasan Pertama : Jambatan Gantung



Lepas je jambatan gantung ni, pastikan anda ambil laluan ke kiri tau, jangan terus, kalau tak sesat lah alamatnya, laluan terus tu untuk laluan hutan yang mencabar, perlukan tour guide. Kalau nampak jalan mcm kat bawah ni, ketahuilah bahawa anda di jalan yang benar, hehe







 Popok tunbang ni salah satu laluan wajib, cerun kecil kat belakang batang pokok ni, :D






Jernih kan airnya? So, jangan risau, ada sign board pada setiap lintasan, MK malas nak tunjuk semua, nanti korang pepandailah posing sendiri bila pergi ye, hehe. (sebenarnya semua gambar lintasan lain MK posing xhingat dunia, malu nak tunjuk, hehe). Apa kata kita layan gambar jelah.







Tahniah! Bila sampai je kat kawan buluh ni, ini menandakan bahawa anda sudah sampai ke kawasan air terjun, tu... kat sana je, hehe












So, nilah kawasan pintu gerbang, nampak x banyak kereta parking kat luar sana. Sampai di sini sahajalah, MK gaduh nak balik rumah ni, jumpa lagi, nanti lain kali MK edit story ni lagi cantik... hehehe, papaiiii....




Continue Reading...

Friday, April 17, 2015

Jeram Toi Jelebu

Assalamua'alaikum;

Dah seminggu tak buka blog ni, dah berhabuk. fuhhhhh, fuhhhh, fuhhhh. So MK nak sebut kisah yang tersebutnya al-kisah hujung minggu lepas MK ke Jeram Toi di Jelebu, konon nak ber'picnic'lah bagai siap masak spagheti dan sandwich, nak resepi? Bolehh, Nanti MK bagi ye. her her her. Tapi yang mendukacitakan adalah MK xsnap banyak gambar di tempat kejadian, sebabnya MALAS, hohoho.

Tambahan pula, bagi MK, Jeram Toi bukanlah tempat yang menepati citarasa MK untuk bersama alam, cewaaahhh, ayat memang tak boleh blah. Keadaan kolam, kualiti airnya, ohhh, bg MK memang tak selesa untuk bermandi manda, MK datang je Jeram Toi untuk melihat salah satu air terjun berani mati di dalam daerah Negori nie, tapi bila tengok macam hampa, sob sob sob.

Namun, Jeram Toi ni MK bagi jaminan bahawa sesuai untuk yang ada anak-anak, nak bawak berjalan hujung minggu, still boleh datang untuk merapatkan hubungan silaturrahim sebabnya kat sini memang ada kolam kecil khas untuk bebudak mandi, akan tetapi, kalau anda seorang yang tak kisah dengan jarak perjalanan, mungkin boleh ke Hulu Langat kerana airnya lagi peel fresh, hehehehe. MK ada lah snap 2 3 gambar yang tak seberapa, so meh lah kita cuci mata guna air yang tak berapa bersih, kui kui kui, jangan sampai gatai gatai mata sudah, susah pulak, kan ada org ckap "Ni semua salah MK sebab post pasal Jeram Toi!", haruuuuu hidup MK, minta jauh :p







Sampai di sini sahaja, babai...... :D
Continue Reading...

Saturday, April 4, 2015

Menangis di Laman Research

As salam. Betul kata orang, belajar master bukan sahaja menghadap jurnal menambah ilmu malah ianya menguji kekuatan mental saat menghadapi hardness of research, repetition of the experiment and failure. Malah, apabila kita menjadi manusia yang paling terkebelakang, rasa rendah diri dan sedih menyelubungi diri. Manusia sekeliling tidak merasai perasaan itu, tapi diri yang menanggung hanya Allah yang tahu. Diri mula meracau mencari arah, akhirnya hanya air mata dan rintihan doa kepada Allah, tuhan sekalian alam.

Dalam saat ini, MK rindu mama MK, tempat MK menangis setiap kali menghadapi kesulitan, masih terasa sisa air mata yang jatuh keriba mama MK menjadi sebuah ketenangan. Mama, MK rindu mama. Maka, malam ini MK hanya termenung mengenang nasib diri, mengatur langkah dan jejak, kadang kala buntu dan kadang kala 1 perasaan hadir "jangan pernah gagal kepada kegagalan" kerana kau pernah mendaki cerunan curam dan pernah dihina pada lembah lidah manusia. Chaiyok MK!

So, MK layan lagu ni je malam ni, Let the rain wash away, all the pain of yesterday!

And the blood will dry
Underneath my nails
And the wind will rise up
To fill my sails

So you can doubt
And you can hate
But I know, no matter what it takes

[Hook]
I'm coming home
I'm coming home
Tell the world I'm coming home
Let the rain wash away, all the pain of yesterday
I know my kingdom awaits and they've forgiven my mistakes
I'm coming home
I'm coming home
Tell the world I'm coming...

[Verse 2]
Still far away
From where I belong
But it's always darkest
Before the dawn

So you can doubt
And you can hate
But I know, no matter what it takes

[Hook]
I'm coming home
I'm coming home
Tell the world I'm coming home
Let the rain wash away, all the pain of yesterday
I know my kingdom awaits and they've forgiven my mistakes
I'm coming home
I'm coming home
Tell the world I'm coming...

I'm coming home
I'm coming home
Tell the world I'm coming home
Let the rain wash away, all the pain of yesterday
I know my kingdom awaits and they've forgiven my mistakes
I'm coming home
I'm coming home
Tell the world I'm coming home

Ya Allah, permudahkan jalan ini. :(
Continue Reading...

Thursday, April 2, 2015

Sehari bersama Jepun


Assalamu'alaikum dan Salam 1 Malaysia, tetibe pulak 1 Malaysia. Semalam Doc Rahman a.k.a doctor kesayangan budak2 membrane naik ke bilik postgraduate, terus jantung dup dap dup dap, rupa-rupanya doktor membawa pengkhabaran bahawa ada delegasi dari Jepun bakal berkunjung ke lab Membrane, Fakulti Sains dan Teknologi USIM. Bila? Hari ni lah, tapi kalau ikut penghabaran maknanya esok, faham x? hahaha, berbelit kau MK.

Maka tugas dibahagi-bahagikan, maaf sebab MK tak pulak ambik gambar suasana lab yang telah dibersihkan. Bermula dari semalam bermulalah operasi menyusun barang-barang lab. Barang yang tak digunakan, diketepikan buat seketika. Cewahhh, santek lab i uolllss, hahaha. Alah, Jepun kan suka amal 5S, seiri, seiton, seiso, seiketsu, and shitsuke. Ni semua menyamar, ni semua POYO. Doktor assign Kak Sarah sebagai PIC dan Kak Sarah bersama Kak Syu akan conduct testing. Saya akan casting, Kak Pae sweet talker akan conduct dope dan Nazmin pula turbidimetric titration. 

Semalam kitorang mula dengan tampal poster-poster yang ada, setup small booth ala-ala pameran untuk barang-barang Doktor. weh, best jugak, macam nak raya raya-raya hari raya, nyanyi la pulak. Eh, lupa nak sebut, sayangnya sorang lagi ahli membrane xada, cer teka sape? Kak Izzah, sbbb dia balik kg halaman. Hummm, xcukup sorang ahli. Ok, xpelah nanti kita photoshop tampal je gambar Kak Izzah ye. hehehe. 


So tadi kira-kira pukul 12 tengah hari, sampailah delegasi Jepun ke lab membrane, yang jepunnye sorang je tau (rujuk gambar atas), tue yang berdiri macam tiang elektrik. Opsssss, jahatnya jari MK, ok MK tukar ayat, yang berdiri ala-ala menyanyikan lagu Negaraku, Tanah Tumpahnya Negaraku. hehehehe. Gurau sajorh. Ni sebenarnya keunikan budaya jepun, tatasusila depa cukup tinggi, budi pekerti yang baik dan sopan, jalan depan kitorang pun tunduk. Budaya Melayu ada tapi bak kata pepatah "Hilang di mamah zaman" - ada ke pepatah ni sebenarnya? ;p


Cewah, bersemangat DR! Cahaiyok DR....



Kak Sarah terrrr, cepat tunjuk skill casting, berdebar x? hehe~


Sekali lagi DR "berpencak silat"


Ni gambar kitorang bersama Dr Rahman dan Dr Hafez, Nazmin dan Kak Izzah xde, xpa, kita photoshop k!


Oh, ada "orang asing" kedua disitu, cer teka siapa?

Akhir kata, rasa best jugak kan kemas-kemas lab reramai, bak kata orang tua-tua kalau kita sambut tetamu, bertambah-tambah murah rezeki yang ada, ameen. InsyaAllah. So, akhir kalam dari MK yang comel sangat-sangat ni mohon muntah dalam tong ye, marilah kita sama-sama doakan supaya ada natijah yang baik dari lawatan ini. Happy selalu dan senyum sokmo, nak balik dah, babai.........oh, Kak Faezah bergambar dengan orang jepun sorang2, hilang kempunan dia, hahaha

~Kenyit Mata~
~Senyum~





Continue Reading...
Designed By xxx |