mk

mk

Wednesday, February 1, 2012

Khusus : Khas Buat First Batch dan warga IChemTech,,

Share it Please


Salam ukhwah dan salam penyambung dakwah J

Tak kenal maka tak tahu! Tak tahu maka tak faham! Tak faham maka kita tersalah anggap! Tersalah anggap maka result bad.. hehe.. Ishh3.. ingat ya kengkawan, ini formulanya.. haha.. bagi yang first batch macam mana? Emmm, depa akan mengharungi yang lebih hebat, tak kenal maka tak kahwin! Hohoho..

TAPI kalau tak kenal maka tak sayang macam mana?? tak boleh sayang-sayang laa ek? Boleh! Asalkan kita tahu, kemudian kita faham dan kita tak tersalah anggap.. jap, pening ke? ~ J maka kita kan hargai IChemTech bila kita dah hadam perkara di atas..

Tanpa membuang masa ini adalah entry khas buat kakak-kakak dan abang-abang senior IChemTech.. Terima kasih kerana telah merintis jalan kepada kami, di mudahkan urusan dan tak perlu menjadi “tikus makmal” untuk kos yang baru.. Gurau je ekk, jangan amik hati.. hehe..

Sebenarnya kami sangat berbangga dengan kalian, bukan mudah untuk menjadi perintis, banyak cabaran dan rintangan.. Alaaaa, macam dalam family la kan, anak sulung mesti tunjuk contoh tauladan yang baik, ianya jelas terpancar masa family day IChemTech, perangai budak final year memang tip top, dah boleh jadi papa dan mama! Heheh..






Tapi sayang… kami tak kenal wajah dan nama sorang-sorang.. nampaknye kena buat family tree nie.. kenal yang meletooop letoop je.. hehe.. wah, mesti korang rasa masa pantas berlalu kan? Den pon rasa benda yang sama, waktu makan pun singkat sekarang! Maaf, saya memang suka makan.. heee~





Senior kita ni mesti ada yang dah pergi LI kan?? Apa kata kita kongsi sedikit tip semasa LI.. J

  1. Fahami organisasi syarikat dan kaji fungsi setiap jawatan. Ketahuilah bahawa sesebuah organisasi terdiri daripada kerangka utama iaitu : Organisasi, Fungsi, Politik, dan Budaya. Jika anda memahami setiap satunya, tiada masalah ketika bekerja.
  2. Berkenalan dengan orang sekeliling anda dan lontarkan senyuman anda   . First Impression Makes Everything Possible.
  3. Fahami tugas anda dan laksanakan dengan tekun. JIka anda tidak faham dan tidak berupaya untuk melakukan tugas yang diberikan, segera bertanya atau beritahu kepada penyelia ditempat anda bekerja. Ini mengelakkan anda dimarahi Bos kerana (terutama syarikat swasta) mementingkan kualiti kerja dan dapat menyiapkan tugas yang diberikan tepat pada masanya.
  4. Sentiasa berfikiran positif dan berprasangka baik pada pekerja lain serta fokus pada kerja.
  5. Selalu mengemaskini laporan Latihan Praktikal anda dan peka pada tarikh kedatangan Penyelia (dari tempat anda belajar) ke tempat kerja anda.

Faham tak kakak2 dan abang2 senior?? Kalau faham bagus!! Hohoh.. saya pula nak berlagak jadi senior.. J

Mesti kita sedih bila nak berpisah kan? Yelah, 4 tahun bersama, bukanlah satu jangka masa yang singkat.. kita pon pernah mengalami, berpisah di universiti bukanlah sesuatu yang baru, ianya mungkin kali ke-4 atau lebih, berpisah semasa tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan usim!! Hakikatnya kita akan menghadapi banyak lagi perpisahan, tapi universiti meninggalkan kesan yang lebih mendalam kerana kita lebih matang, secara psikologinya pula manusia akan lebih mengingati waktu sekolah menengah.. hehe

Perpisahan adalah satu kemestian, tidak boleh tidak.. tapi perpisahan bukanlah sebuah penamat, tapi sebuah ujian atas persahabatan.. why?? Sebabnya, kita boleh menilai rakan-rakan kita, yelah mana tahu masa nak berpisah bukan main nangis, tapi bila dah beranak pinak, kita pon dia buat tak kenal! Grrrr, geramnya!!

Setiap yang bermula pasti berakhir, tapi kita blh memilih sama ada nak berakhir dengan baik or x, dan yang berakhir hanyalah tempoh yang di tetapkan oleh manusia, ikatan hati xkan pernah berakhir selagi kta xbuang perasaan 2.. pengakhiran bukanlah sebuah penamat, tapi sebuah permulaan yang makin menarik.. why?? sebab kita dah lepas 1 leval hidup, kita mesi berjuang dan terus berjuang..

Bagi yang masih ada sisa-sisa hidup di usim, teruskan perjuangan anda.. bagi adik2 senior tahun 1 dan 2, dan senior2 tahun 3.. ingat berjuang bukan mengejar kerjaya, tapi untuk menjadi ilmuan! Bawaklah ilmuan lampau ke zaman kita bukan kita pergi ke zaman lampau, jika tidak kita akan menjadi statik dan tidak mahu berubah.. contohnya senang, ramai yang nak mencontohi Jabir Al-Hayyan, mereka telah mengetahui peribadi dan rahsia di sebalik menjadi manusia yang berjaya, tapi mereka terperangkap dalam zaman tersebut.. kenapa saya berkata begitu?? Yelah, kalau kita tak terperangkap kita akan applikasi perbuatan beliau dalam hidup kita dan di sesuaikan dengan zaman semasa, maka kita pastinya akan dapat membuat sumbangan untuk islam seperti beliau..

Dah panjang celotehnya, sampai di sini sahaja ya.. maka dengan ini saya dan seluruh warga IChemTech mengucapkan tahniah kerana anda telah berjaya mengharungi setiap cabaran dalam mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian Teknologi Kimia Industri.. TAHNIAH!! dan selamat ber"intern".. boleh terima ke perkataan tu? hehe.. Sehingga ketemu lagi..

Assalamu’alaikum..

4 comments:

Designed By xxx |