Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanyalah hal yang remeh sahaja. Pada suatu hari, ayahnya telah menghadiahkan seguni paku..
“untuk apakah paku-paku ini ayah?” Tanya pemuda tersebut
“setiap kali kamu marah maka pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahanmu” jawab si ayah..
Pada hari pertama sahaja, pemuda tersebut telah memaku sebanyak 40 batang paku pada tembok batu tersebut. Dia terus memaku tembok berkenaan pada hari-hari seterusnya. Selepas beberapa minggu, dia berjaya mengurangkan kemarahan daripada memukul paku menembusi tembok itu. Maka tibalah satu hari di mana pemuda itu tidak marah, walau sekalipun..
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut paku itu satu persatu pada hari yang telah dia lalui tanpa kemarahan..
Hari berganti hari, akhirnya dia Berjaya mencabut semua paku tersebut. Pemuda itu pantas memberitahu bapanya dengan bangga..
Bapanya terus memimpin tangan anaknya dan berkata :-
“kau telah melakukan dengan baik wahai anakku, tapi lihatlah kesan lubang di tembok tersebut. Tembok itu tidak akan sama lagi seperti sebelumnya, apabila kau melakukan atau menyatakan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tidak kisah berapa kali kamu menyesal dan memohon maaf atas perbuatanmu, namun lukanya masih ada. Luka hati lebih parah dari luka fizikal”
Sahabat adalah permata yang sukar di cari ganti, mereka membuat kamu ketawa dan menggalakkan kamu ke arah kebaikan, berkongsi suka dan duka serta membuka hatinya untuk kita.. maaf dan terima kasih sahabatku..!
Salam ukhwah dan salam penyambung dakwah!!
No comments:
Post a Comment