mk

mk

Tuesday, January 31, 2012

Lazat : Resipi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

Share it Please


bahan-bahan

1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
Bahan-2 untuk make up ayam :
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam – kite tiru cam kak hana buat, ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam byk.
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar herba campuran-ganti dengan oregano dan basil kering
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega

cara-cara

Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
Perap selama 1 1/2 jam.- hana perap semalaman.
Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.

No comments:

Post a Comment

Designed By xxx |