mk

mk

Tuesday, March 31, 2015

Kipas Dunia

Share it Please
Assalamu'alaikum; Apa khabar? Hari ini LK teruskan dengan Methyl Blue punya testing, nampaknya membrane Nazmin pula menunjukkan prestasi yang cemerlang selepas membrane Kak Faezah. I'm a little bit disappointed with my membrane performance sebenarnya, result tak cantik macam diaorang, yang depa punya nampak clear. Sob Sob Sob. By the way, xpelah, nama lg research kan? Harapnya tak perlu mula dari Awal, nauzubillah. Membrane, please be nice with me! grrrrrrr. LOL

Ok, sebenarnya LK nak cerita pasal kipas yang sepatutnya tidak perlu diceritakan, tp nama lagi ini adalah MY Journal kan, lantak pi lah nak taip apa pun. ekekekekekekeke. Bilik LK ada lah 1 kipas syiling, tapi ada kipas macam xada kipas, bukan sebab kipas uzur, tapi mungkin sebab cuaca Malaysia yang panas, xtahan lah LK, kulit pun jadi kering, rasa nak duk luar negara (POyo gile). Bila malam menjelma macam cerita hantu pulak kepanasan yang dirasai makin menjadi-jadi, tidur sampai tersedar dan berpeluh-peluh, terpaksa mandi pukul 2-3 pagi.

Beberapa hari yang lalu, kawan LK si HA pinjam teman serumah punya kipas, dengan menggunakan kipas berkenaan, keadaan kembali pulih seperti musim tengkujuh di Kelantan (ayat ni memang tak boleh blah), hehe. Suasana bilik jadi nyaman sangat, bila tutup? oh, kembali menjadi Sahara. Ni rupa kipasnya.

Terima kasih kipas kerana menabur jasa~~~

Dipendekkan cerita, LK terus ke Giant dan Tesko, survey kipas murah-murah, cukup untuk kegunaan harian duit tarak, esok kan gst. Jadi LK jumpa kipas Pansonic, harga kat Giant yang tengah offer RM79.90, harga kat Tesko tanpa offer RM76.60. Uikkks, tak offer lagi murah dari offer, ajaib! Bila tanya pihak Tesko, stock untuk model berkenaan sudah habis, so LK beli je kat Giant, lagipun beza hanya dalam RM3 dengan rm3 boleh beli nasi kot. So, nak tengok tak rupa kipas berkenaan? Layan gambar kat bawah yea.





Yang penting, penggunaan tenaga Suruhanjaya bagi 5 Bintang! hehe~



Ok, sampai disini sahaja, next post lah pulak ye. Babai.

No comments:

Post a Comment

Designed By xxx |