mk

mk
Showing posts with label Sharing. Show all posts
Showing posts with label Sharing. Show all posts

Wednesday, February 24, 2016

Selamat Datang 2016

Assalamu'alaikum, selamat tahun baru kepada semua peminat MK, hohoho (Kekunun ada orang minat, padahal xdak orang baca). Eceh, nama lagi blog peribadi, hanya catatan sekadar mencoret menghisab diri, gittewwwww.. Hurm, orang lain ucap tahun baru pada 1 Januari, MK ni pulak, dah hampir penghujung Februari baru nak bermadah kata, bukan apa, MK terlampau membizikan diri dengan perkara yang MK sendiri tak pasti, haaaaaaa, cenggane tu?

Berdasarkan kepada lipatan sejarah 2015, MK boleh gambarkan bahawa ianya adalah tahun yang dimurahkan rezeki namun 'unexpected event had occur', cewahh, skeaping london. Mengenangkan kembali kisah tue, hati MK akan gundah gulana, pedih, sakit, takut, risau, gusar dan macam-macam lagi. Perasaan yang bercampur baur, maaf MK xdapat kongsikan kisah sadis berkenaan namun cukuplah korang doakan supaya perkara yang sama takkan berulang kembali.

2015 tahun suka dalam duka dan tahun duka dalam suka. MK teringat kata-kata hemonim (xtau eja betul x) atau grandmother dalam drama bersiri korea bertajuk 'Family Is Coming'. Katanya "Kampung kelahirannya adalah tempat yang paling menyedihkan (sebab dia difitnah dan kena halau dari kg, berpisah dengan suami dan anak-anak) namun ianya juga tempat yang paling dia sukai". Haaaa, korang pernah tak hadapi situasi macam ni? Korang suka sgt sesuatu benda dan benda tu juga yang mengguris rasa korang, kalau tukar benda tu dengan orang, mungkin lagi sadis, Maybe korang akan tanya diri korang sendiri, nak gembira atau sedih nie. Kan kan kan? betul x?

Tapi dalam apa jua keadaan, TRUST adalah benda yang paling penting, kesian kat grandma tue, nobody trust her and at last, when the truth is exposed, people can easily admit their mistakes but the scar takkan memudah hilang macam tu je kan? Hayya, this post dah melangut pasal cerita korea pulak dah. Maklumlah, bila sesebuah drama terjadi ala-ala macam hidup korang, mesti korang akan hanyut bersama drama tersebut. but but but, say NO to drama melayu, terlampau plastik dan tidak berpijak di bumi yang nyata.. hohoh

Maybe MK ambil masa jugak untuk melupakan kisah tersebut dan ambil masa jugak untuk mempercayai kata-kata manusia. Bak kata pepatah, "bila dah terkena sekali, takkkan nak memudah percaya lagi" hohohoh. MK akan usahakan untuk melupakan kisah berkenaan sebab buat apa kita buang masa dan stuck lelama pada sebuah sejarah. But as a human being, maybe ambil masa jugak untuk benda tu tak merobek jiwa, aku pun manusia yang ada hati apa.

Tak apalah, benda pun dah berlaku, cuma tinggal MK nak move on, nak marah mcm mana pun, nak sedih macm mana sekalipun, nak geram, menjerit, tengking, menangis mcm mana sekalipun, benda takkan berubah, benda dah jadi, Cuma, maybe kita boleh ambil 1 iktibar, JANGAN PERCAYA MANUSIA SEPENUH HATI LAGI! hah kau, bold siap, hehehehe

ok lah, dah panjang tulis nie, nanti nak cerita pasal rumah sewa, xmboh cerita kat sini, xsyok lerrrr, baik buat entry lain, bertambah jugak bilangan entry, huhuhuhuhu

p/s: cerita ni takkan kaitan dengan salah tanggap korang, kang ada yang merapu kata frust putus cinta segala bagai, ni cerita kehidupan!

Continue Reading...

Saturday, April 4, 2015

Menangis di Laman Research

As salam. Betul kata orang, belajar master bukan sahaja menghadap jurnal menambah ilmu malah ianya menguji kekuatan mental saat menghadapi hardness of research, repetition of the experiment and failure. Malah, apabila kita menjadi manusia yang paling terkebelakang, rasa rendah diri dan sedih menyelubungi diri. Manusia sekeliling tidak merasai perasaan itu, tapi diri yang menanggung hanya Allah yang tahu. Diri mula meracau mencari arah, akhirnya hanya air mata dan rintihan doa kepada Allah, tuhan sekalian alam.

Dalam saat ini, MK rindu mama MK, tempat MK menangis setiap kali menghadapi kesulitan, masih terasa sisa air mata yang jatuh keriba mama MK menjadi sebuah ketenangan. Mama, MK rindu mama. Maka, malam ini MK hanya termenung mengenang nasib diri, mengatur langkah dan jejak, kadang kala buntu dan kadang kala 1 perasaan hadir "jangan pernah gagal kepada kegagalan" kerana kau pernah mendaki cerunan curam dan pernah dihina pada lembah lidah manusia. Chaiyok MK!

So, MK layan lagu ni je malam ni, Let the rain wash away, all the pain of yesterday!

And the blood will dry
Underneath my nails
And the wind will rise up
To fill my sails

So you can doubt
And you can hate
But I know, no matter what it takes

[Hook]
I'm coming home
I'm coming home
Tell the world I'm coming home
Let the rain wash away, all the pain of yesterday
I know my kingdom awaits and they've forgiven my mistakes
I'm coming home
I'm coming home
Tell the world I'm coming...

[Verse 2]
Still far away
From where I belong
But it's always darkest
Before the dawn

So you can doubt
And you can hate
But I know, no matter what it takes

[Hook]
I'm coming home
I'm coming home
Tell the world I'm coming home
Let the rain wash away, all the pain of yesterday
I know my kingdom awaits and they've forgiven my mistakes
I'm coming home
I'm coming home
Tell the world I'm coming...

I'm coming home
I'm coming home
Tell the world I'm coming home
Let the rain wash away, all the pain of yesterday
I know my kingdom awaits and they've forgiven my mistakes
I'm coming home
I'm coming home
Tell the world I'm coming home

Ya Allah, permudahkan jalan ini. :(
Continue Reading...

Thursday, April 2, 2015

Sehari bersama Jepun


Assalamu'alaikum dan Salam 1 Malaysia, tetibe pulak 1 Malaysia. Semalam Doc Rahman a.k.a doctor kesayangan budak2 membrane naik ke bilik postgraduate, terus jantung dup dap dup dap, rupa-rupanya doktor membawa pengkhabaran bahawa ada delegasi dari Jepun bakal berkunjung ke lab Membrane, Fakulti Sains dan Teknologi USIM. Bila? Hari ni lah, tapi kalau ikut penghabaran maknanya esok, faham x? hahaha, berbelit kau MK.

Maka tugas dibahagi-bahagikan, maaf sebab MK tak pulak ambik gambar suasana lab yang telah dibersihkan. Bermula dari semalam bermulalah operasi menyusun barang-barang lab. Barang yang tak digunakan, diketepikan buat seketika. Cewahhh, santek lab i uolllss, hahaha. Alah, Jepun kan suka amal 5S, seiri, seiton, seiso, seiketsu, and shitsuke. Ni semua menyamar, ni semua POYO. Doktor assign Kak Sarah sebagai PIC dan Kak Sarah bersama Kak Syu akan conduct testing. Saya akan casting, Kak Pae sweet talker akan conduct dope dan Nazmin pula turbidimetric titration. 

Semalam kitorang mula dengan tampal poster-poster yang ada, setup small booth ala-ala pameran untuk barang-barang Doktor. weh, best jugak, macam nak raya raya-raya hari raya, nyanyi la pulak. Eh, lupa nak sebut, sayangnya sorang lagi ahli membrane xada, cer teka sape? Kak Izzah, sbbb dia balik kg halaman. Hummm, xcukup sorang ahli. Ok, xpelah nanti kita photoshop tampal je gambar Kak Izzah ye. hehehe. 


So tadi kira-kira pukul 12 tengah hari, sampailah delegasi Jepun ke lab membrane, yang jepunnye sorang je tau (rujuk gambar atas), tue yang berdiri macam tiang elektrik. Opsssss, jahatnya jari MK, ok MK tukar ayat, yang berdiri ala-ala menyanyikan lagu Negaraku, Tanah Tumpahnya Negaraku. hehehehe. Gurau sajorh. Ni sebenarnya keunikan budaya jepun, tatasusila depa cukup tinggi, budi pekerti yang baik dan sopan, jalan depan kitorang pun tunduk. Budaya Melayu ada tapi bak kata pepatah "Hilang di mamah zaman" - ada ke pepatah ni sebenarnya? ;p


Cewah, bersemangat DR! Cahaiyok DR....



Kak Sarah terrrr, cepat tunjuk skill casting, berdebar x? hehe~


Sekali lagi DR "berpencak silat"


Ni gambar kitorang bersama Dr Rahman dan Dr Hafez, Nazmin dan Kak Izzah xde, xpa, kita photoshop k!


Oh, ada "orang asing" kedua disitu, cer teka siapa?

Akhir kata, rasa best jugak kan kemas-kemas lab reramai, bak kata orang tua-tua kalau kita sambut tetamu, bertambah-tambah murah rezeki yang ada, ameen. InsyaAllah. So, akhir kalam dari MK yang comel sangat-sangat ni mohon muntah dalam tong ye, marilah kita sama-sama doakan supaya ada natijah yang baik dari lawatan ini. Happy selalu dan senyum sokmo, nak balik dah, babai.........oh, Kak Faezah bergambar dengan orang jepun sorang2, hilang kempunan dia, hahaha

~Kenyit Mata~
~Senyum~





Continue Reading...

Laptop Untuk Adik : Lenovo G40 AMD A8-6410


As salam. Laptop. Semua orang ada laptop rasanya kan? Kali ni dah masuk kali ke 8 MK beli laptop, dari high spec sampailah kepada low specs. So, kali ni MK beli laptop untuk adik MK, just a medium level of laptop. Bila tanya kawan MK si Ha, katanya AMD A8 menyamai taraf Intel I3, yeah, hal ini diperakui di laman berikut http://cpuboss.com/cpus/Intel-Core-i3-4030U-vs-AMD-A8-6410. Korang mesti pelik, apa kejadahnya MK ni beli sampai 8 biji laptop, sebenarnya laptop tu semua bukan MK punya, tolong beli untuk orang, setakat ni semua orang gembira, Alhamdulillah. Baik kan MK?

Dalam nak membeli laptop, ada 2 hal utama yang perlu dititik beratkan

1) Bajet (Yang ni super duper penting, xmboh berhutang okey, berpada-pada #gst)
2) Kegunaan korang (korang ni jenis basic, normal or heavy user)

Tapi kalau korang heavy user bukan obes ye, haha lebih baik ambil desktop berbanding laptop, kenapa? Banyak sebab, antaranya setiap komponen desktop boleh ditukar, rasa xsatisfied with dual core pentium, tukar i3, xpuas lg - i5, xpuas lg - i7, xpuas lg? Nampak sangat nafsu kau besar dik! xreti bersyukur! Memory boleh tukar, graphic boleh tukar, eh sebut jelah apa yang nak ditukar, sure boleh. Kalau laptop? Boreh jugak, tukar je komponen terus kena tukar laptop baru. kikikiki

Berbalik kepada Lenovo, apa spec laptop ni ye? Jom kita usha kat bawah;

1. Skrin 14 inch
2. Kapasiti Hard Disk 500gb
3. Graphic AMD Radeon 5 series
4. Processor AMD A8-6410 APU dengan (quad core) 2 GHz, boleh nak sampai 2.5 GHz
5. Ketebalan kurang 1 Inch
6. USB 3.0

By the way, not bad lah kan? HA dah try guna buat main game dia tu hantu cina game, so basically bak kata HA, not bad untuk laptop dalam kelas pertengahan. Macam selalulah, siap je MK mengomel, MK akan sumbat mata korang dengan gambar yang tak seberapa ni. Bersedia x MK nak sumbat mata korang sampai terjojol? hahahaha


erkk, buat xnampak je k ibu jari kaki tu, heheh~

Beg ni kalau saya rembat boleh x?

Belah depan.


Ni logo processor yeah~

Skrin 14 inch!

Sampai di sini sahaja, next post pulak ye. Babai.

Continue Reading...

Tuesday, March 31, 2015

Kipas Dunia

Assalamu'alaikum; Apa khabar? Hari ini LK teruskan dengan Methyl Blue punya testing, nampaknya membrane Nazmin pula menunjukkan prestasi yang cemerlang selepas membrane Kak Faezah. I'm a little bit disappointed with my membrane performance sebenarnya, result tak cantik macam diaorang, yang depa punya nampak clear. Sob Sob Sob. By the way, xpelah, nama lg research kan? Harapnya tak perlu mula dari Awal, nauzubillah. Membrane, please be nice with me! grrrrrrr. LOL

Ok, sebenarnya LK nak cerita pasal kipas yang sepatutnya tidak perlu diceritakan, tp nama lagi ini adalah MY Journal kan, lantak pi lah nak taip apa pun. ekekekekekekeke. Bilik LK ada lah 1 kipas syiling, tapi ada kipas macam xada kipas, bukan sebab kipas uzur, tapi mungkin sebab cuaca Malaysia yang panas, xtahan lah LK, kulit pun jadi kering, rasa nak duk luar negara (POyo gile). Bila malam menjelma macam cerita hantu pulak kepanasan yang dirasai makin menjadi-jadi, tidur sampai tersedar dan berpeluh-peluh, terpaksa mandi pukul 2-3 pagi.

Beberapa hari yang lalu, kawan LK si HA pinjam teman serumah punya kipas, dengan menggunakan kipas berkenaan, keadaan kembali pulih seperti musim tengkujuh di Kelantan (ayat ni memang tak boleh blah), hehe. Suasana bilik jadi nyaman sangat, bila tutup? oh, kembali menjadi Sahara. Ni rupa kipasnya.

Terima kasih kipas kerana menabur jasa~~~

Dipendekkan cerita, LK terus ke Giant dan Tesko, survey kipas murah-murah, cukup untuk kegunaan harian duit tarak, esok kan gst. Jadi LK jumpa kipas Pansonic, harga kat Giant yang tengah offer RM79.90, harga kat Tesko tanpa offer RM76.60. Uikkks, tak offer lagi murah dari offer, ajaib! Bila tanya pihak Tesko, stock untuk model berkenaan sudah habis, so LK beli je kat Giant, lagipun beza hanya dalam RM3 dengan rm3 boleh beli nasi kot. So, nak tengok tak rupa kipas berkenaan? Layan gambar kat bawah yea.





Yang penting, penggunaan tenaga Suruhanjaya bagi 5 Bintang! hehe~



Ok, sampai disini sahaja, next post lah pulak ye. Babai.
Continue Reading...

Wednesday, March 25, 2015

Methyl Blue #MarchPost25

#MarchPost25

Methyl Blue

Dalam menempuhi jalan berliku menghadap kerenah master, maka MK sudah sampai ke fasa terbaru iaitu Dyes Testing. O yeah, Methyl Blue tue adalah sejenis dyes. Pada mulanya kami gunakan Acid Red, namun separation nya kurang memuaskan (Skemanya ayat). Metyhl blue? Alhamdulillah keputusannya ada walaupun separation MK tak sehebat kak pae, sape kak pae? oh, dia satu-satunya wanita dikalangan pelajar master membrane untuk 'second batch'.

Nanti kita cuba lagi ye MK.
Continue Reading...

Saturday, January 24, 2015

MisoSMS ~ Bila aku jadi malware analyst

Hai, selamat malam buat diri sendiri...

Kali ini LK nak share tentang MisoSMS, tapi sharing ni bukan berkonsep nak cerita segala benda, cuma nak cakap yang MisoSMS nie sejenis malware, apa itu malware? Pepandailah google yerkk (ciplak sumber dari internet kan teror, haha)... Nak dijadikan cerita, sahabat baik LK tengah stres untuk menulis paper POC, POC stand for Prove of Concept... Sample yang diberikan oleh supervisor beliau tak boleh dikaitkan dengan root exploitation... kena cari sample lain daaaa

So, apa lagi, berbekalkan jari LK, terus LK mengoogle akhirnya sahabat LK yang dah hampir berputus asa kembali ceria, LK bagi sumber berkenaan kepada dia, tapi tapi tapi, apps dalam bentuk apk pulak xada, mcm mana nak buat eksperiment?

Sekali lagi LK menggunakan jari LK yang gemuk + comel nie untuk menggoogle dan tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, LK jumpa! clap, clap, clap, tahniah untuk diri LK sendiri... hahaha

Moral of da story;

Kalau kita lain bidang, tapi kalau kita ada keinginan untuk menolong, kita boleh mencuba dan usaha, bukan just simply ckap "hmmm, xtaulah, bukan bidang aku"... mungkin Allah nak mudahkan urusan orang melalui kita, betul x?

Positif~
Continue Reading...

Thursday, January 22, 2015

SOUR Memories kekadang adalah SWEET Memories

Selamat pagi, gud monink, sobahal khoir... Bila LK tengok gambar header blog lotkubur.blogspot.com nie, LK tersenyum sorang2, duduk sesama 4 tahun dan ada jugak yang menjengah 5 tahun wajiblah meninggalkan tanda dan bekas... Rasa macam nakp depan depa or sms sorg2 dan cakap
"Aku rindu kau wehhh"

Percaya atau tidak, orang yang selalu kita gaduh zaman dedulu rasyid, pian, farabi hehe yang akan selalu kita ingat, orang yang banyak tolong, kawan sama-sama nangis dan macam2 lagi... wahhh, betapa cepat masa berlalu kan... Mesti kita ada mcm2 pengalaman dengan depa semua ini;

pengalaman pahit
pengalaman masam
pengalaman pedas
pengalamaman sooo soooo
pengalaman masin

dan mcm2 perisa lagilah (korg tambah sendiri nak vanilla, choc or pape yg tidak mengikut selera, hehe)

tapi... tapi... akhirnya menjadi kenangan yang cukup indah, iyer tersangat indah... Jom senyum sama-sama bersama LK sambil mengimbau MEMORI...

SeNyUm~~
Continue Reading...

Wednesday, January 21, 2015

BlOg buat aku Pening!!

Bila aku cuba "setting" blog ni balik, serius aku jadi pening...

tulisan dia, warnanya, bentuknya, kenapa tulisan sini jadi lain, sana jadi lain...

Ini dinamakan ilmu tanpa amal xdak guna...

Sama jugak dengan pepatah ciptaan aku sendiri "ada ilmu, tinggal lama-lama, akhirnya otak jadi huru hara"

hohoiii, pon boleyyy~~
Continue Reading...

Bila aku mula BERfikir

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

okeyyyy, hari ini tanggal 21 Januari 2015 aku mula menekan papan kekunci laptop Acer yang cikai nie... Jari jemari aku kaku sebenarnya, xpasti apa yang perlu ditaip...

Sekadar berceloteh menunggu waktu balik, aku mahu kembali berfacebook, mahu kembali bertwitter, mahu kembali berblog namun ideaku seperti buntu...

erghhh, apa yang telah berlaku sebenarnya, adakah neuron dan saraf otakku sudah putus atau mungkin juga daya fikiranku sudah merudum...

waktu berhibernasi sudah TAMAT~


Continue Reading...

Tuesday, April 8, 2014

Journey D China : Hari Kedua

8 April 2013

Memandangkan kami menghadapi kesulitan (Masjid sedang di ubahsuai) pada hari pertama, jadual asal terpaksa di ubah.. Dengan bantuan He Ping dan kawaanya, kami mendapatkan seorang pemandu pelancong berbangsa cina tetapi berbahasa Arab.. Daebak!

7.00 am di Chengdu


8.40 a.m - Bersarapan

Pagi kami mulakan dengan sarapan yang cukup lazat. Di bumi asing ini, makan apa sahaja sudah cukup untuk menahan lapar.. Makan apa? Jeng jeng jeng.. Maggi!



Continue Reading...

Sunday, April 6, 2014

Journey D China : Hari Pertama

Assalamu'alaikum peminat setia dan rahsia LK.. hehe.. Mood merapu dan perasan.. Kali nie LK nak kongsikan salah satu pengalaman LK dalam hidup LK setakat nafas yang terhembus.. Journey to China.. Panjanggggggggggggggggggggggggggggggg lebar kalau LK nak cerita satu2, LK pon bukan rajin sangat nak menulis, sekadar melepaskan gian dan sebagai rujukan di masa hadapan.. Sebenarnya, kami rancang untuk pergi ke Lanzhou, akan tetapi nasib tidak menyebelahi kami apabila tiket train sudah kehabisan, maka kami terpaksa menukar haluan pada saat2 terakhir, ke CHENGDU.. Ohhhh, chengdu, mu tunggu aku datang! Haha, mungkin akan cakap begitu jika cerita Ustaz Mu tunggu Aku dtg dah keluar masa tue.

Member kitorang mintak dana sampai masuk paper tau.. hehe


Sebenarnya LK malas tulis panjang2, korang layan gambar jelah ok.. hehe
Continue Reading...

Monday, October 7, 2013

Akuarium vs Fountain..

Akuarium nie salah satu benda yang masuk dalam my wish list, sonok kan tengok ikan berenang bebas dalam akuarium (bebas ke?, hehe). Bila sebut tentang akuarium teringat tentang post Ustaz Fakarorazi, bebas imam Masjid Nilai tentang akuarium beliau. Xpe, yg tue korg boleh jengok sendiri.

Sebenarnya esok LK ada quiz dengan DR Rahman Membrane, namun tanganku gatal untuk menulis blog malam nie.. hehe.. Hero dok gaadoh ore klate sebut..  poyos kan?

Keinginan nak akuarium nie makin membuat-buak apabila tengok post rakan sekuliah LK, Ubaydullah si KK1 (Kuliah Kekasih no.1). Astaghfirullah, termengata pulak. Sori yea Ubay, gurau-gurau manja saja. Cantik je tengok akuarium dia, lengkap dengan lampu, air terjun dan ikan-ikan yg berselerakan. Nie haaaaa.. Santekk sangat kan?



Dipendekkan cerita LK pergi laa ke giant nak survey harga bagai. Rupanya set lengkap mcm kat atas RM100++. Alaaaa, mahal laa pulak kan? So, LK telan balik keinginan LK masuk dalam perut. hehe. Maksudnya pendamlah dulu, xmampu nak beli semahal tue. 

Bukan apa, takut mati pulak ikan yg comel-comel macam kura-kura LK yang dah arwah 2 ekor, nie semua salah masa yang xcukup. hehe, yeke? Rasa mcam setiap org ada 24 jam sehari, sama jelah masa yg setiap org ada kan. Yang nie lue fikirlah sendiri.

Semalam LK balik laaa umah, so LK duk ngasa = mencari barang, LK ternampak fountain yang dah berhabuk, dah xde rupa fountain akibat tenggelam dalam habuk. IShhh3, berapa tahun simpan daaaa.. LK amik fountain tersebut dan LK cuci bersih-bersih, tadaaaaaaaaaaaaaa..




Cantik lagi kan walaupun versi lama? Versi baru ada lampu dan bola bagai. Masalahnya sekarang, motor fountain nie xde, macam mana nak sedut air naik atas. So, LK pergi laa cari motor fountain dekat Selayang Mall, tengok2 ada 1 kedai jual pelbagai fountain terutama fountain Buddha, owner dia Cina. Ada satu fountain yg cantik sangat, ada perigi, timba dan penggiling, tengok harga rm90.. hehe..

Ehhh, dah hampir tersasar niat sebab terpesona dengan fountain yang cantik tue, jauhi godaan syaitan. Haaaa, ini lah motornya, RM15..




LK terus balik ke rumah sambil teruja nak tengok fountain nie berfungsi, hehe. Bila dah sampai terus LK terkam fountain dan pasang motornya. Seronokknya tengok air mengalir. Sahabat LK siap perli, "hah, dah dapat bunyi air, tenang kew?". Nie semua sbb LK cakap seronok dan tenang tgk akuarium Ubay. Hehe.

Taaada. Inilah fountain yang mengalir airnya.







So, apa pengajaran dari cerita di atas.

1) KIta kena pandai bezakan desire and needs. Kena kawal diri kalau sesuatu benda macam mahal bagi kita, insyaAllah. Nanti dapatlah, mulakan dengan menabung.

2) Mungkin kita xdapat sama dgn apa yang kita nak tapi Allah akan gantikan dengan sesuatu yang hampir sama tapi lain laa sikit. Contohnya jauh dilubuk hati LK, Lk nak dengar deruan air sebenarnya, so Alhamdulillah dapat fountain. Allah tahu apa yang terbaik.

3) Sabar dan berserah kpd Allah. InsyaAllah.

4) Nak buat apa-apa dalam hidup mesti ada kira-kira.. rm100-rm15 = rm85.. hehe.. Jimat kan.. (tp lau xbeli lg jimat, ekekeke)

Daaaadaaaa.. Hingga ketemu lagi.. Harap dapat diambil sedikit sebanyak pengajaran yg elok.. Salam kecomelan dari LK c MK.. eherherher
Continue Reading...

Thursday, October 3, 2013

Testing post D Sharing Moment

Pejam celik dan celik pejam. Nampaknya tahun ini sudah menginjak kepada tahun ke-5 Lot Kubur berada di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).. LK rasa dah ramai yang kenal USIM, bukan seperti 5 tahun yg lalu.. Mengimbau kembali ke zaman muda-muda (bajet tua skunk), apabila di sebut USIM mesti ada yang tanya;



"Apa tue? USIM?"

"IPTS or Kolej?"

"Ceruk mana USIM tue duduk?"

"Yeke IPTA?"

"Tak pernah dengar pon"



Masa tue sibuk laaa LK buat penerangan macam bahagian perhubungan korporat.. hehe.. Tp skunk, bila sebut USIM, insyaAllah kenal, lau xkenal jugak sah2 hidup dalam fantasi dunia sendiri, dah tak main tempurung skunk tau! :p

5 tahun bukanlah sata jangka waktu yang singkat bagi LK yang jenis anak emak nie, hehe.. Xkisah pon ngaku anak emak sebab memang kita lahir dari emak apa, kan3? Banyak pengalaman, rintangan, dugaan, gembira, kenangan manis, senang cakap, LK belajar banyaaaaaaaaaaaaaaaak benda. Alhamdulillah, Allah panjangkan umur dan memberi kesempatan utk LK berada di tahun akhir pelajaran.

Dalam tempoh 5 tahun, 2 orang insan yang LK sayang pergi meninggalkan LK.. Semoga dosa mereka diampunkan oleh Allah.. (Kita stop dulu part cite sedih nie)

LK dahulukan dengan ucapan terima kasih kpd insan yang banyak membantu LK sepanjang LK berada di Universiti terutama LL (Liang Lahadku) dan Mak Cik Ma (Mak saudara LK yg duduk kat Putrajaya). Kepada kawan-kawan sekelas LK terutama Sofian, Rasyid, Kucai, Farabi, Syukri, Ubaydullah, Izzat, Salman, Azziq, Adham, Nazmin dan Ajmal. Tidak lupa juga yg perempuan tapi maaf coz LK xingat nama depa semua (Teruk kan?) hehe.



Terima kasih kepada semua yang pernah hadir dalam hidup. Yelaaaa, mana tahu lepas nie LK mati dan xsempat nak ucap tq kan? Yeeeee, mati xkira umur dan usia.. Ehhh, bukan ke sama je istilah umur dan usia? hehe.. Btw, sambung lain kali yeah, nie posting testing selepas lama tak update blog.

Kenangan itu indah, tapi lebih indah jika hubungan berkekalan. :D
Continue Reading...

...Pening...

Sudah agak lama LK xmembuka blog yang sudah berkulat nie.. tup tup bila bukak, alamak! Kebanyakan benda yang belajar dan pandai (eleh, pandai laa sgt!) dulu TAK tertangkap di ingatan.. Alahai, banyak benda kena belajar balik. Inilah dinamakan ilmu tanpa amal kan? Terkena laa batang idung LK sendiri kali nie, sebelum ini asyik fire orang je.. Mulai hari ini kena fire diri sendiri..


Dah2, pergi main jauh-jauh, LK nak edit2 blog.. :p
Continue Reading...
Designed By xxx |