Assalamu'alaikum dan Salam 1 Malaysia, tetibe pulak 1 Malaysia. Semalam Doc Rahman a.k.a doctor kesayangan budak2 membrane naik ke bilik postgraduate, terus jantung dup dap dup dap, rupa-rupanya doktor membawa pengkhabaran bahawa ada delegasi dari Jepun bakal berkunjung ke lab Membrane, Fakulti Sains dan Teknologi USIM. Bila? Hari ni lah, tapi kalau ikut penghabaran maknanya esok, faham x? hahaha, berbelit kau MK.
Maka tugas dibahagi-bahagikan, maaf sebab MK tak pulak ambik gambar suasana lab yang telah dibersihkan. Bermula dari semalam bermulalah operasi menyusun barang-barang lab. Barang yang tak digunakan, diketepikan buat seketika. Cewahhh, santek lab i uolllss, hahaha. Alah, Jepun kan suka amal 5S, seiri, seiton, seiso, seiketsu, and shitsuke. Ni semua menyamar, ni semua POYO. Doktor assign Kak Sarah sebagai PIC dan Kak Sarah bersama Kak Syu akan conduct testing. Saya akan casting, Kak Pae sweet talker akan conduct dope dan Nazmin pula turbidimetric titration.
Semalam kitorang mula dengan tampal poster-poster yang ada, setup small booth ala-ala pameran untuk barang-barang Doktor. weh, best jugak, macam nak raya raya-raya hari raya, nyanyi la pulak. Eh, lupa nak sebut, sayangnya sorang lagi ahli membrane xada, cer teka sape? Kak Izzah, sbbb dia balik kg halaman. Hummm, xcukup sorang ahli. Ok, xpelah nanti kita photoshop tampal je gambar Kak Izzah ye. hehehe.
So tadi kira-kira pukul 12 tengah hari, sampailah delegasi Jepun ke lab membrane, yang jepunnye sorang je tau (rujuk gambar atas), tue yang berdiri macam tiang elektrik. Opsssss, jahatnya jari MK, ok MK tukar ayat, yang berdiri ala-ala menyanyikan lagu Negaraku, Tanah Tumpahnya Negaraku. hehehehe. Gurau sajorh. Ni sebenarnya keunikan budaya jepun, tatasusila depa cukup tinggi, budi pekerti yang baik dan sopan, jalan depan kitorang pun tunduk. Budaya Melayu ada tapi bak kata pepatah "Hilang di mamah zaman" - ada ke pepatah ni sebenarnya? ;p
Cewah, bersemangat DR! Cahaiyok DR....
Kak Sarah terrrr, cepat tunjuk skill casting, berdebar x? hehe~
Sekali lagi DR "berpencak silat"
Ni gambar kitorang bersama Dr Rahman dan Dr Hafez, Nazmin dan Kak Izzah xde, xpa, kita photoshop k!
Oh, ada "orang asing" kedua disitu, cer teka siapa?
Akhir kata, rasa best jugak kan kemas-kemas lab reramai, bak kata orang tua-tua kalau kita sambut tetamu, bertambah-tambah murah rezeki yang ada, ameen. InsyaAllah. So, akhir kalam dari MK yang comel sangat-sangat ni mohon muntah dalam tong ye, marilah kita sama-sama doakan supaya ada natijah yang baik dari lawatan ini. Happy selalu dan senyum sokmo, nak balik dah, babai.........oh, Kak Faezah bergambar dengan orang jepun sorang2, hilang kempunan dia, hahaha
~Kenyit Mata~
~Senyum~
No comments:
Post a Comment