mk

mk

Monday, October 7, 2013

Akuarium vs Fountain..

Share it Please
Akuarium nie salah satu benda yang masuk dalam my wish list, sonok kan tengok ikan berenang bebas dalam akuarium (bebas ke?, hehe). Bila sebut tentang akuarium teringat tentang post Ustaz Fakarorazi, bebas imam Masjid Nilai tentang akuarium beliau. Xpe, yg tue korg boleh jengok sendiri.

Sebenarnya esok LK ada quiz dengan DR Rahman Membrane, namun tanganku gatal untuk menulis blog malam nie.. hehe.. Hero dok gaadoh ore klate sebut..  poyos kan?

Keinginan nak akuarium nie makin membuat-buak apabila tengok post rakan sekuliah LK, Ubaydullah si KK1 (Kuliah Kekasih no.1). Astaghfirullah, termengata pulak. Sori yea Ubay, gurau-gurau manja saja. Cantik je tengok akuarium dia, lengkap dengan lampu, air terjun dan ikan-ikan yg berselerakan. Nie haaaaa.. Santekk sangat kan?



Dipendekkan cerita LK pergi laa ke giant nak survey harga bagai. Rupanya set lengkap mcm kat atas RM100++. Alaaaa, mahal laa pulak kan? So, LK telan balik keinginan LK masuk dalam perut. hehe. Maksudnya pendamlah dulu, xmampu nak beli semahal tue. 

Bukan apa, takut mati pulak ikan yg comel-comel macam kura-kura LK yang dah arwah 2 ekor, nie semua salah masa yang xcukup. hehe, yeke? Rasa mcam setiap org ada 24 jam sehari, sama jelah masa yg setiap org ada kan. Yang nie lue fikirlah sendiri.

Semalam LK balik laaa umah, so LK duk ngasa = mencari barang, LK ternampak fountain yang dah berhabuk, dah xde rupa fountain akibat tenggelam dalam habuk. IShhh3, berapa tahun simpan daaaa.. LK amik fountain tersebut dan LK cuci bersih-bersih, tadaaaaaaaaaaaaaa..




Cantik lagi kan walaupun versi lama? Versi baru ada lampu dan bola bagai. Masalahnya sekarang, motor fountain nie xde, macam mana nak sedut air naik atas. So, LK pergi laa cari motor fountain dekat Selayang Mall, tengok2 ada 1 kedai jual pelbagai fountain terutama fountain Buddha, owner dia Cina. Ada satu fountain yg cantik sangat, ada perigi, timba dan penggiling, tengok harga rm90.. hehe..

Ehhh, dah hampir tersasar niat sebab terpesona dengan fountain yang cantik tue, jauhi godaan syaitan. Haaaa, ini lah motornya, RM15..




LK terus balik ke rumah sambil teruja nak tengok fountain nie berfungsi, hehe. Bila dah sampai terus LK terkam fountain dan pasang motornya. Seronokknya tengok air mengalir. Sahabat LK siap perli, "hah, dah dapat bunyi air, tenang kew?". Nie semua sbb LK cakap seronok dan tenang tgk akuarium Ubay. Hehe.

Taaada. Inilah fountain yang mengalir airnya.







So, apa pengajaran dari cerita di atas.

1) KIta kena pandai bezakan desire and needs. Kena kawal diri kalau sesuatu benda macam mahal bagi kita, insyaAllah. Nanti dapatlah, mulakan dengan menabung.

2) Mungkin kita xdapat sama dgn apa yang kita nak tapi Allah akan gantikan dengan sesuatu yang hampir sama tapi lain laa sikit. Contohnya jauh dilubuk hati LK, Lk nak dengar deruan air sebenarnya, so Alhamdulillah dapat fountain. Allah tahu apa yang terbaik.

3) Sabar dan berserah kpd Allah. InsyaAllah.

4) Nak buat apa-apa dalam hidup mesti ada kira-kira.. rm100-rm15 = rm85.. hehe.. Jimat kan.. (tp lau xbeli lg jimat, ekekeke)

Daaaadaaaa.. Hingga ketemu lagi.. Harap dapat diambil sedikit sebanyak pengajaran yg elok.. Salam kecomelan dari LK c MK.. eherherher

No comments:

Post a Comment

Designed By xxx |