Pejam celik dan celik pejam. Nampaknya tahun ini sudah menginjak kepada tahun ke-5 Lot Kubur berada di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).. LK rasa dah ramai yang kenal USIM, bukan seperti 5 tahun yg lalu.. Mengimbau kembali ke zaman muda-muda (bajet tua skunk), apabila di sebut USIM mesti ada yang tanya;
"Apa tue? USIM?"
"IPTS or Kolej?"
"Ceruk mana USIM tue duduk?"
"Yeke IPTA?"
"Tak pernah dengar pon"
Masa tue sibuk laaa LK buat penerangan macam bahagian perhubungan korporat.. hehe.. Tp skunk, bila sebut USIM, insyaAllah kenal, lau xkenal jugak sah2 hidup dalam fantasi dunia sendiri, dah tak main tempurung skunk tau! :p
5 tahun bukanlah sata jangka waktu yang singkat bagi LK yang jenis anak emak nie, hehe.. Xkisah pon ngaku anak emak sebab memang kita lahir dari emak apa, kan3? Banyak pengalaman, rintangan, dugaan, gembira, kenangan manis, senang cakap, LK belajar banyaaaaaaaaaaaaaaaak benda. Alhamdulillah, Allah panjangkan umur dan memberi kesempatan utk LK berada di tahun akhir pelajaran.
Dalam tempoh 5 tahun, 2 orang insan yang LK sayang pergi meninggalkan LK.. Semoga dosa mereka diampunkan oleh Allah.. (Kita stop dulu part cite sedih nie)
LK dahulukan dengan ucapan terima kasih kpd insan yang banyak membantu LK sepanjang LK berada di Universiti terutama LL (Liang Lahadku) dan Mak Cik Ma (Mak saudara LK yg duduk kat Putrajaya). Kepada kawan-kawan sekelas LK terutama Sofian, Rasyid, Kucai, Farabi, Syukri, Ubaydullah, Izzat, Salman, Azziq, Adham, Nazmin dan Ajmal. Tidak lupa juga yg perempuan tapi maaf coz LK xingat nama depa semua (Teruk kan?) hehe.
Terima kasih kepada semua yang pernah hadir dalam hidup. Yelaaaa, mana tahu lepas nie LK mati dan xsempat nak ucap tq kan? Yeeeee, mati xkira umur dan usia.. Ehhh, bukan ke sama je istilah umur dan usia? hehe.. Btw, sambung lain kali yeah, nie posting testing selepas lama tak update blog.
Kenangan itu indah, tapi lebih indah jika hubungan berkekalan. :D
No comments:
Post a Comment