Assalamu'alaikum peminat setia dan rahsia LK.. hehe.. Mood merapu dan perasan.. Kali nie LK nak kongsikan salah satu pengalaman LK dalam hidup LK setakat nafas yang terhembus.. Journey to China.. Panjanggggggggggggggggggggggggggggggg lebar kalau LK nak cerita satu2, LK pon bukan rajin sangat nak menulis, sekadar melepaskan gian dan sebagai rujukan di masa hadapan.. Sebenarnya, kami rancang untuk pergi ke Lanzhou, akan tetapi nasib tidak menyebelahi kami apabila tiket train sudah kehabisan, maka kami terpaksa menukar haluan pada saat2 terakhir, ke CHENGDU.. Ohhhh, chengdu, mu tunggu aku datang! Haha, mungkin akan cakap begitu jika cerita Ustaz Mu tunggu Aku dtg dah keluar masa tue.
Member kitorang mintak dana sampai masuk paper tau.. hehe
Sebenarnya LK malas tulis panjang2, korang layan gambar jelah ok.. hehe
5 April 2013
Nie masa solat hajat.. hehe
Yeay~ Jom kita ke LCCT..
Terbang.. terbang.. terbang.. haha (duk kat sayap, gini jelah panoramanye.. ;p)
Alhamdulillah selamat mendarat pada 1.25 pm waktu Malaysia 7 april 2013
Ok, mulai sekarang LK akan bercerita mengikut masa dan tarikh pulak wokeh.
7 April 2013
1.25 pm : Safely arrived at Chengdu International airport
Mk pakai topeng coz kononnya udara tak bersih.. xtahan rimas akhirnya topeng ku buang.. berkuburlah engkau di China.. ;p
Bersih kan bandar Chengdu nie.. Masa kitorang pergi nie, awal musim bunga maknanya musim sejuk baru berakhir.. :D Musim sejuk tahun 2013 berakhir agak lewat, jadi tak pelik kalau masih terasa kedinginannya..
3.50 pm hari yang sama (lambat sampai hostel sebab xjumpa orang yang jemput padahal depa dah tunggu depan mata kat airport.. Depa tulis banner dalam bahasa cina, manalah kami paham.. hehe)
Nie tempat menginap kami yang pertama, Sim's Cozy Garden Hostel
Nie cuaca Chengdu, ala-ala air-cond gitu tapi air cond semula jadi.. :)
Tempat rehat, tak sempat duduk sangat :D
Nie keadaan dan suasana di Sim's Cozy.. Cantik jugak kan? Bunga teratainya cun, bentuk love... hik hik hik.. Romantik..
Pandangan dari atas
Nie baru dinamakan anak Melayu di bumi China.. Sejuk..
5.45 pm : Bertolak ke masjid pertama : Masjid Huangcheng
Naik bas dari hostel ke stesyen kereta api bawah tanah di stesyen Renmin Rd. North ke stesyen Tianfu Square.. Kemudian kami berjalan ke Yongjin Street tempat di mana masjid ini berada, namun sedikit kesedihan melanda kami kerana................................... masjid sedang di ubahsuai..
6.50 pm : Dengan perasaan hampa kami ke restoran berdekatan bagi menikmati makan malam. Restoran penuh sebab ada delegasi Avon yang juga dari Malaysia. Pukul 7.30 pm baru kami mengambil tempat dan makanan dihidang, alhamdulillah.. Depa keluar sambil berkata kepada saya "nak makan kew? xsedap!" sambil buat mata keatas dan tangan di bahu.. alahai mak cik.. haha..
Tak tahu nama restoran (translator please =D)
Banyakkan? hehe
8.30 pm : Kami bertolak pulang ke hostel, sambil2 mengambil gambar suasana malam chengdu di Tianfu Square.
Nota : Saya tak cerita lagi tentang ibrah perjalanan ini.. nanti akan di buat dalam satu post khas.. tengok dulu gambar + perjalanan masa.. hehe
Gambar Tambahan
Tunggu sambungan ke 2.. lebih menarik.. :D
Esok genap setahun pi ke Chengdu.. hehe.. sambungan ke 2 mungkin tahun depan, sempena 2 tahun ke sana.. haha :p
Esok genap setahun pi ke Chengdu.. hehe.. sambungan ke 2 mungkin tahun depan, sempena 2 tahun ke sana.. haha :p
Thorbaik
ReplyDelete