mk

mk

Tuesday, April 8, 2014

Journey D China : Hari Kedua

Share it Please
8 April 2013

Memandangkan kami menghadapi kesulitan (Masjid sedang di ubahsuai) pada hari pertama, jadual asal terpaksa di ubah.. Dengan bantuan He Ping dan kawaanya, kami mendapatkan seorang pemandu pelancong berbangsa cina tetapi berbahasa Arab.. Daebak!

7.00 am di Chengdu


8.40 a.m - Bersarapan

Pagi kami mulakan dengan sarapan yang cukup lazat. Di bumi asing ini, makan apa sahaja sudah cukup untuk menahan lapar.. Makan apa? Jeng jeng jeng.. Maggi!






9.30 a.m : Meeting and briefing

Memandangnya perjalanan kami akan berubah, ala-ala backpackers so penerangan dari pengarah program sangat diperlukan.. Lupa nak perkenalkan pengarah, saudara Izzat Fuad Mohd Amin.. tadaaaaaaaa.. hehe

Izzat yang belit-belit leher guna mafla kuning tuh.. kekeke



Tekunnya Prof ambil gambar..
Beliau ada Prof Madya Norita Mad Norwawi, Timbalan Dekan FST.

Kenapa dengan kau Atin? Rindu Malaysia ke? Atin XOXO


10.00 : Bertolak ke CHENGDU RESEARCH BASE OF GIANT PANDA BREEDING atau nama yang tertera di tembok yang menjemput kami ialah Sichuan Giant Panda Sanctuaries. 

Chengdu nie dikenali sebagai Home of Giant Pandas kerana inilah tempat asal usul panda katanya.. hehe.. Perlu ke MK buat citation? hehe.. tak perlulah.. 

Kehsian.. Jurugambar yang keletihan..


10.43 : Panda! Kami dah sampai..

 

 

Bunga yang sedang memekar~




 
Nie lah kereta panda.. comel kan?







huwarghhhh.. bergayanya tidur.. hehe






 

"Tembok besar China yoooo" haha



1.00 p.m : Makan di Restoran (yang erkkk, ada anjing kat belakang, haha)







Makanan yang pasti takkan dilupakan sampai bila-bila.. 






Ehhhhh, makanan China ada jer di Mama Cafe.. ;p






Chopstick please... Apa sudu-sudi nie Haziq..


Aummmmmmmm Pok Jat.. hehe.. Jangan mare..






Jom cari mangkuk makan macam nie lagi.. hehe

2.00 pm : arrived at Masjid Tu Qiau

Info :

Nama Imam : Imam Muhammad Bilal
Populasi : 200 000 orang Islam di Bandar Chengdu (500 orang di sekitar Masjid)













Pengubahsuaian sedang dilakukan..



Imam Muhammad Bilal


Teko yang digunakan untuk mengambil wuduk.. :D

 Panas or Sejuk airnya? hehe



Sesi temuramah dan pemberian sumbangan..

3.30 pm : Rumah Orang Tua Muslim Chengdu

Menempatkan sejumlah 80 orang warga emas.. waktu kami datang kebanyakan mereka sedang berehat dan tidur, jadi hanya dapat beramah mesra dengan sebilangan kecil sahaja.. Cukup sedih bila mengenangkan nasib mereka, muslim di tengah kelopok Buddha dan Tibet, pasti tidak ramai yang datang menjenguk atau menghulurkan bantuan, namun senyuman tetap terukir di wajah mereka.. Saya yakin, jauh di sudut hati mereka, mereka juga gembira dengan kedatangan kami.



Senyuman nan Indah~

Genggaman erat tangan seorang nenek, sungguh syahdu.. Mungkin kerana sudah lama tidak menggenggam erat tangan anak (jika ada) atau merasai secebis semangat dari tangan orang muda..

Tangan tidak dilepaskan...




Perlu dijelaskan bahawa kami perlu menyusul pergi, selamat tinggal nenek~








4.00 pm : bersiar-siar di Kuanxiangzi and Zhaixiangzi Alleys dalam bahasa Melayunya dipanggil (Lorong-lorong lebar dan sempit)

Ini adalah salah satu tempat tarikan pelancong di Chengdu.. Memang terkenal sebagai tempat warisan tradisional setempat bagi bahagian Selatan China..


Gerbang yang menyambut kami :D


Salah satu senibina lama..


Cendera mata, cendera hati dan benda yang menarik tumpuan pancaindera.. hehe

Cute2....

Sikat yang diperbuat daripada tulang..

Nie tempat yang kami akan pergi esok.. nantikan ceritanya..






Bulan nan Indah..


















7.00 pm : Bersiar-siar bersama Prof

Memandangkan malam ini adalah malam terakhir kami di Bandar Chengdu, maka kami ber-9 keluar berjalan di sekitar bandar, ada yang nak try kasut, nak tengok harga telefon, tengok buah-buahan, power bank dan macam-macam lagi.. hehe


Ber-9? Mana seorang lagi? Macam biasa, jd jurugambar.. ekekeke

wah Prof, kalkulator siap.. hehe



Ini salah satu moment yang tak dapat dilupakan, mungkin bukan hanya pada saya, tapi bagi kami ber9.. Penjual satay yang murah hati dan murah budi.. Katanya songkok berkenaan datang dari Malaysia.. Beliau belanja kami makan satay yang beliau jual.. Sedap sangat, bukan sedap sebab free okey.. hehe.. kami memang nak bayar tapi beliau tak mahu terima sambil tangan dihayun-hayun serta berkata "Muslim, muslim".. Maklumlah tak paham bahasa cina, bahasa isyarat dan certain word mampu menghubungkan kita terutama perkataan Muslim..

Semoga makin maju~ Kami sentiasa mendoakanmu..


Jangan jeles.. dapat bergambar secara personal.. hehe



Okey3.. Cukup sampai sini dahulu... next.. hari ketiga..
-Cerita yang panjang dan complete tunggu baca dalam Travelog saya yerrr, sedang ditulis-


No comments:

Post a Comment

Designed By xxx |