As salam. Laptop. Semua orang ada laptop rasanya kan? Kali ni dah masuk kali ke 8 MK beli laptop, dari high spec sampailah kepada low specs. So, kali ni MK beli laptop untuk adik MK, just a medium level of laptop. Bila tanya kawan MK si Ha, katanya AMD A8 menyamai taraf Intel I3, yeah, hal ini diperakui di laman berikut http://cpuboss.com/cpus/Intel-Core-i3-4030U-vs-AMD-A8-6410. Korang mesti pelik, apa kejadahnya MK ni beli sampai 8 biji laptop, sebenarnya laptop tu semua bukan MK punya, tolong beli untuk orang, setakat ni semua orang gembira, Alhamdulillah. Baik kan MK?
Dalam nak membeli laptop, ada 2 hal utama yang perlu dititik beratkan
1) Bajet (Yang ni super duper penting, xmboh berhutang okey, berpada-pada #gst)
2) Kegunaan korang (korang ni jenis basic, normal or heavy user)
Tapi kalau korang heavy user bukan obes ye, haha lebih baik ambil desktop berbanding laptop, kenapa? Banyak sebab, antaranya setiap komponen desktop boleh ditukar, rasa xsatisfied with dual core pentium, tukar i3, xpuas lg - i5, xpuas lg - i7, xpuas lg? Nampak sangat nafsu kau besar dik! xreti bersyukur! Memory boleh tukar, graphic boleh tukar, eh sebut jelah apa yang nak ditukar, sure boleh. Kalau laptop? Boreh jugak, tukar je komponen terus kena tukar laptop baru. kikikiki
Berbalik kepada Lenovo, apa spec laptop ni ye? Jom kita usha kat bawah;
1. Skrin 14 inch
2. Kapasiti Hard Disk 500gb
3. Graphic AMD Radeon 5 series
4. Processor AMD A8-6410 APU dengan (quad core) 2 GHz, boleh nak sampai 2.5 GHz
5. Ketebalan kurang 1 Inch
6. USB 3.0
By the way, not bad lah kan? HA dah try guna buat main game dia tu hantu cina game, so basically bak kata HA, not bad untuk laptop dalam kelas pertengahan. Macam selalulah, siap je MK mengomel, MK akan sumbat mata korang dengan gambar yang tak seberapa ni. Bersedia x MK nak sumbat mata korang sampai terjojol? hahahaha
erkk, buat xnampak je k ibu jari kaki tu, heheh~
Beg ni kalau saya rembat boleh x?
Belah depan.
Ni logo processor yeah~
Skrin 14 inch!
Sampai di sini sahaja, next post pulak ye. Babai.
No comments:
Post a Comment