mk

mk

Wednesday, July 13, 2011

hadis pilihan dan ayat al-quran berkaitan dengan lidah..

Share it Please
Rasulullah menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, "Wahai
Rasulullah, apakah itu ghibah?" Lalu jawab Baginda, "Menyebut sesuatu yang
tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!" Kemudian Baginda ditanya
lagi, "Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan ltu benar?" jawab Baginda,

"Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah,
tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah
melakukan buhtan (pembohongan besar)." (Hadis riwayat Muslim, Abu
Daud dan At-Tarmizi).

"Seseorang hamba yang
membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan
akibatnya), akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat."
(Riwayat Muslim)

Al-Quran dalam surah al-Hujuraat ayat 12 dengan jelas menghuraikan persoalan
fitnah.
"Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya
kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya
sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu
mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan
janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain.
Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?
(jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi maha Pengasihani".

Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada
Allah dan hari Kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan
yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Hadis riwayat Ahmad dan Tharani; "Barang siapa yang mengetahui ada
orang mukmin dihina di depannya, ia harus membelanya,
mempertahankan nama baik si mukmin itu. Apabila ia tidak mahu
melakukan pembelaan itu, maka Allah s.w.t. akan menghinanya di depan orang
ramai''.

Rasulullah s.a.w. ditanya tentang kelakuan apakah yang paling banyak
memasukkan seseorang ke dalam syurga. Jawab baginda: "Taqwa kepada Allah
dan keindahan akhlak, dan ketika baginda ditanya: "Apakah yang paling
banyak memasukkan orang ke dalam neraka?" Baginda menjawab:
"Kejahatan mulut dan kemaluan".

Allah memberi amaran kepada golongan yang suka berbohong dan berdusta di
dalam firman-Nya bermaksud: "Maka nyatalah bahawa tidak ada yang lebih
zalim daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta
terhadap Allah, dan mendustakan kebenaran sebaik-baik sahaja
kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa)
dalam neraka jahanam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang kafir?" (Surah
az-Zumar ayat 32)

Allah berfirman bermaksud: "Mahukah Aku khabarkan kepada kamu, kepada
siapakah syaitan-syaitan itu selalu turun? Mereka selalu turun kepada tiap-
tiap pendusta yang berdosa, yang mendengar bersungguh-sungguh (apa
yang disampaikan oleh syaitan-syaitan itu) sedangkan kebanyakan
beritanya adalah dusta." (Surah asy-Syuaraa' ayat 221-223)

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:
"Tidak beriman seseorang itu dengan sempurna sehingga ditinggalkan
pembohongan sama ada semasa senda gurau atau semasa bersengketa
atau perbalahan."

Riwayat Muslim, "Seseorang yang sudah cukup disebut pendusta (pembohong)
jika ia berbicara hanya atas dasar setiap apa yang ia dengar."

Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesiapa mengawal lidahnya (daripada
memperkatakan kehormatan orang) maka Allah akan menutup
kecelaannya (hal-hal yang memalukan). Sesiapa yang menahan
kemarahannya, Allah akan melindunginya daripada seksa-Nya. Dan sesiapa yang meminta kelonggarannya kepada Allah, maka Allah akan menerima permintaan kelonggarannya.” (Hadis riwayat Ibnu Abib-Duanya).

Hadis diriwayatkan oleh Ibnu Abid-Dunya bermaksud: “Tidak akan lurus iman
seseorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tidak akan lurus
hatinya sehingga lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak akan masuk
syurga selagi tetangganya belum aman daripada kejahatannya.”.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah telah bersabda:
"Jauhilah tujuh perkara yang boleh membinasakan kamu iaitu menyebabkan
kamu masuk Neraka atau dilaknati oleh Allah." Para Sahabat bertanya: Wahai
Rasulullah! Apakah tujuh perkara itu? Rasulullah bersabda: "Mensyirikkan Allah
iaitu menyekutukanNya, melakukan perbuatan sihir, membunuh manusia yang
diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak, memakan harta anak yatim,
memakan harta riba, lari dari medan pertempuran dan memfitnah perempuan-
perempuan yang baik iaitu yang boleh dikahwini serta menjaga maruah
dirinya, juga perempuan yang tidak memikirkan untuk melakukan
perbuatan jahat serta perempuan yang beriman dengan Allah dan
RasulNya dengan fitnah melakukan perbuatan zina."

Hadis Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: "Janganlah kamu saling benci-
membenci, dengki-mendengki dan sindir-menyindir. Jadilah kamu
sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang muslim
berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya.

Memperkatakan sesuatu bermaksud buruk amat ditegah. Ini dinyatakan dalam
Firman Allah yang bermaksud: “Allah tidak suka kepada perkataan buruk
yang dikatakan terang-terang. Kecuali (hanya di muka pengadilan saja)

oleh yang dianiaya.” (Surah an-Nisa, ayat 12)

Hadis Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Huzaifah r.a katanya: Aku telah
mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak masuk Syurga orang yang
suka menabur fitnah."

Allah meletakkan dosa membuat fitnah lebih buruk kesannya daripada
membunuh. Firman Allah bermaksud: “...fitnah itu besar (dahsyat) dari
melakukan pembunuhan...” (Surah al-Baqarah, ayat 217).

No comments:

Post a Comment

Designed By xxx |