assalamualaikum.. dengan nama ALLAH y maha pemurah lagi maha mengasihani.. dah lama x tlis note.. tertarik plak pada ayat di atas.. 1 persoalan yang timbul.. adkah ayat "jangan menjaga tepikain org" adalah satu adat melayu atau suruhan agama n adakah ianya bertepatan dengan syariat Islam.. andai tidak.. adakah kita telah tergolong dalam kalangan orang yang gagal????
Ajaran Islam telah menetapkan bahawa aktiviti amar makruf (menyuruh melakukan kebaikan) dan nahi munkar (mencegah melakukan kejahatan) adalah suatu tuntutan atau agenda tertinggi dalam Islam. Berdasarkan keperluan yang amat penting inilah maka Allah SWT mengutuskan Rasul-rasulnya di atas muka bumi ini.Andaikata aktiviti amar makruf dan nahi munkar ini dilengah-lengahkan atau di pandang enteng, maka akan menyaksikan budaya jahiliyah bermaharaja lela, persekitaran kediaman dan tempat kerja tidak selamat serta masyarakat semakin rosak. apakah yang dimaksudkan dgn amal makruf dan nahi mungkar???
makruf bermaksud perlakuan yang bauk
mungkar bermaksud perlakuan yang tercela
kadang kala ada orang di kalangan kita y tidak mngambil kisah apa y berlaku di sekeliling samaada perbuatan jenayah mahupun masalah sosial.. malah kita pernah mndengar kejadian kanak2 dibelasah hingga mati di padang bola sepak.. adkah mata merela tertutp rapat atau hati mereka yang tidak melihat kebenaran?
Persoalan besar timbul ialah mengapa terdapat di kalangan kita tidak mempedulikan dan melingah-lengahkan melaksanakan amar makruf dan nahi munkar itu. Adakah kerana nilai hidup yang berpegang kuat dengan pepatah Melayu “ jangan jaga tepi kain orang”, atau mangsa bukan keluarga kita, maka menyebabkan kita tidak mempedulikan, tidak mengambil tahu apa yang berlaku di sekeliling kita sehingga ada pembuangan bayi, kanak-kanak di dera, pembantu rumah dizalimi, warga emas diabaikan atau jiran di rompak pun kita tidak mempedulikannya.
firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 2, maksudnya :
“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)”.
sebenarnya pepatah melayu “ jangan jaga tepi kain orang”, bercanggah dengan tatacara hidup islam yang sebenar kerana umat Islam itu bersaudara, saling menolong, saling membantu, faham memahami, bertolk ansur, tegur menegur antara satu sama lain..
“Tidak beriman seseorang itu sehinggalah ia mengasihi saudaranya seperti mana ia mengasihi dirinya”.
(Riwayat: Muslim)
ok.. skrang kita nilai pula melalui ayat.. "amal makruf nahi mungkar"
makruf = kebaikan dan ketaatan
mungkar = kejahatan dan kemaksiatan
jadi ayat diatas membawa maksud "MELAKUKAN KEBAIKAN DAN MENCEGAH KEMUNGKARAN"
Berdasarkan peringatan Rasulullah ini maka marilah kita sama-sama melaksanakan amar makruf dan nahi munkar dalam masyarakat dan kehidupan berjiran atau denagan kawan kita kerana akan meningkatkan prestasi keimanan dan ketaqwaan kita. Selain daripada itu, “amalan menjaga tepi kain orang” sebenarnya mampu meningkatkan persaudaraan dan semangat kejiranan. Amalan ini memberi peluang mengenali lebih dekat siapa jiran tetangga, masalah hidup jiran dan dapat mengenalpasti orang-orang yang mencurigakan yang bergerak di sekitar kita.
Dalam keadaan beginilah maka amalan jaga tepi kain orang digunapakai. Bagaimanapun amalan menjaga tepi kain orang yang bertujuan mengumpat dan memfitnah adalah bercanggah dengan prinsip amar makruf dan nahi mungkar.
jadi janganlah kita cepat marah jika kita ditegur oleh sahabat handai kerna mungkin ada sesuatu y tidak terlihat oleh mata kita untuk menegur dan mebimbing kearah kebaikan.. begitu juga dengan ibu bapa, jgan cepat melenting bila anak2 dimarahi oleh org lain..
Jadi tidak salah jika orang lain melihat dan menegur misalnya anak bermain di tepi longkang, anak merayau-rayau di tepi jalan, menagih dadah, mencuri dan sebagainya. Kita sewajarnya bersyukur jika terdapat jiran yang prihatin dan mengambil peduli menegur anak-anak kita kerana memberi manfaat besar kepadanya.
Budaya atau amalan nasihat-menasihati, tegur-menegur adalah unsur penting dalam “amalan menjaga tepi kain orang” kerana ia membawa kebaikan.
Firman Allah SWT dalam surah al-dzaariyat ayat 55; mafhumnya :
“Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang yang beriman”.
saya terangka disini..
kalimah
ولتكن menunjukkan kewajipan amal makrul nahi mungkar, ke atas setiap individu muslim mengikut tanggungjawab yang diamanahkan..
sekali lagi ditekankan disini bahawa..
- Setiap orang wajib menjalankan aktiviti amar makruf dan nahi munkar kerana mewarisi amalan Rasul, para nabi dan orang soleh.
- Kita digolongkan sebagai manusia yang tidak beriman jika bersikap tidak mempedulikaan dan perihatin terhadap jiran tetangga yang jauh dan dekat.
- Amalan menjaga tepi kain orang adalah sebahagian aktiviti amar makruf dan nahi munkar serta berupaya menyelamatkan nyawa dan akhlak manusia.
- Setiap kebaikan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT.
Allah SWT berfirman, mafhumnya : “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah. Dan mereka yang demikian ialah orang yang berjaya”. (Surah Ali-Imran : Ayat 104)
Ambillah iktibar bagaimana prihatinnya seekor kucing dan ular seperti yang diceritakan oleh Imam Malik bin Dinar RA. Menurut beliau ketika hendak makan, tiba-tiba seekor kucing menyambar sepotong daging dari pinggannya. Lalu beliau mengekori ke mana ia dibawa. Rupa-rupanya kucing itu telah mencampakkan daging tersebut ke dalam lubang berbatu yang dihuni oleh seekor ular buta yang kelaparan. Renungilah, betapa prihatinnya haiwan ini walaupun berlainan jenis. Allah SWT sengaja mempamerkan naluri sayang binatang ini untuk menjadi pengajaran buat manusia.
jadi timbang taralah kembali, adakah pepatah “ jangan jaga tepi kain orang”, bertepatan dengan tuntutan agama agar kita tidak mnjadi orang yang gagal..
wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment