Mengapa Allah tidak mengubah nasib kita
Ibrahim Adham seorang ulama terkemuka pada abad ke-7 berkunjung ke Basrah, Iraq. Di sana, beliau diajukan pertanyaan oleh penduduk Basrah.
Suatu persoalan yang berkaitan dengan doa.
Tanya mereka, “Wahai syeikh, kami selalu berdoa kepada Allah kerana kami yakin pada firman Allah yang berbunyi ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya Aku akan kabulkan doamu.’ Tetapi mengapa Allah tidak mengubah nasib kami?”
Lalu Ibrahim mengemukakan 10 perkara seperti berikut:
1.Kamu mengaku mengenal Allah tetapi hak-Nya tidak kamu penuhi (melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.)
2.Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak melaksanakan isinya.
3.Kamu mengaku mencintai Rasulullah tetapi sunahnya tidak kamu kerjakan.
4.Kamu mengaku bahawa syaitan itu musuhmu tetapi kamu tetap patuh kepadanya.
5.Kamu berdoa agar kamu dilepaskan daripada seksa api neraka tetapi kamu tetap melakukan dosa.
6.Kamu selalu berdoa agar dimasukkan ke dalam syurga tetapi tidak mahu beramal soleh.
7.Kamu mengakui kematian itu pasti datang tetapi kamu tidak pernah menyiapkan diri menghadapinya.
8.Kamu selalu membicarakan aib saudaramu tetapi kamu lupa akan aib dirimu sendiri.
9.Kamu selalu memakan nikmat Tuhanmu tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
10.Kamu kuburkan orang yang meninggal dunia tetapi kamu tidak mahu mengambil iktibar daripada peristiwa itu.
No comments:
Post a Comment