mk

mk

Wednesday, July 13, 2011

Rindunya seorg umat yang khilaf..

Share it Please
“burn, jom karaoke, nightclub, or disko, boring aaa, malam nie aq nak knalkan ko dgn ssorg, pngaruh bsar dalam dunia sndikit kat mlaysia, sendikit jalan hitam.. jom aaa, sporting skit beb” kata zarul..
“em, malas aaa, aq ltih, xlarat, ko pg jelah” aq mmbalas dalam nada mndatar.
“jangan laa macam nie burn, zarul, cite skit kbaikan g sana.. cecite.. cecite”
“ishh, xhabis2 ngan hantu kak limah, cuba ko bayang ksedapan air syurga tue, kharuman playan2 kat sana, jom aaa” sambung zarul.

(Flashback
“bakar anak mak syang, meh sini jap”
“ala mak, jgn panggil bakar, burn! Burn! Baru macho”
“ok2, mak nak psan sesuatu, jadilah umat nabi Muhammad yang baik tau, smoga dpt syafaat di akhirat kelak”
“ok mak!! Burn janji..)

“weh burn, ko dgr x pe aq cakap nie, tgk dy nie john, mngelamun je”
“ aq sepak kang, nak ikut x?”
“ape2, aaa, aku ikut, aku ikut, jap nak siap”
“ahh, xpayah siap2, kita dah lewat” kata zarul
John “wow, sape tue zarul? Mangsa trbaru ayah ko kew? Datuk kamarul laa katakan?”
“diamlah ko, jom pg skarang”

Dalam kereta, dialog yang pernah trucap dulu trngiang2 dtelinga, bagaikan mghantui hidup aku, mals aq mngingatiya lg, sapa suruh ibu aku mninggalkan aku disini, knapa dy tegar pergi dulu..aq benci!! Sjam kmudian kami sampai di night club.
“hello mr, Michael, ini kawan saya, burn namanya” terang zarul

“hi, nice 2 meet u burn, have a seat”
“nce 2 meet u too”
“bley kamu ceritakan tntg diri kamu sbelum kita truskan?” Michael.
“ bleh, nama aku abu bakar as-siddiq bin datuk kamarul, aku bnci ayah aku sbab dia kaki prmpuan, dan aku bnci mak aku sbab dia tinggalkan aku, cukup??”
“mak ko tinggalkan ko??”
“mati dalam perjalanan ke surau, dia tinggalkan aq, aku bnci dia, sdgkan dia nak suapkan nasi utk aku, dy dah janji, so don’t break ur promise!!!”
“rilek aa burn, jangan tegang sgt” sampuk zarul
“betul tue burn, I belanja 2 org prempuan utk u mlam nie, 2 haa dyorg, pg.. pg laa skunk”

Burn trsenyum girang, wah bleh makan sodap nie, tp tiba2 langkahnya jadi layu, jiwanya jadi sayu, banyangan ibunya bermain di mta, trlintas dgn jelas raup wajah ibunya y sarat dgn penderitaan dek sikap bapanya y kaki perempuan.. arwah datin Fatimah, aktivis masyarakat yang disegani.. “ah, aq jadi begini utk mmbalas dendam… tp… t.. adakah aq betul??” burn bermonolog, “ahh, persetankan i2 semuanya, buat apa ak kira halal haram, asalkan aq puas.. berderai ketawa riang di dalam hatinya..

“weh bro, pe ko tunggu lg, cpat laa” tempik john kpd burn “free pown xnak kew??”
“err, xpelah aq xjadi aa, xde mood, xshat”

Ntah jiwaaku kacau, aku mmbatalkan hasrat utk mndekati wanita i2, biarlah mereka dgn hidup mereka, aku lbih selesa mnyendiri di dalam kereta mnantikan mereka siap bergembira. Ntah kenapa aq asyik mngingati ibuku?? Aku xberdaya.. “oh ibuuuu” betulkah tindakanku…??

“abu bakar, datang sini nak, hri ini besday kamu yang ke-12, ibu nak ceritakan sesuatu”
Sambil berlari-lari anak abu mndekati ibunya “apa ibu???”
“kamu dah solat? Dah mngaji?”
“dah ibu…”
“alaa, sayang anak ibu.. haaa, dah baca buku tntg rasulallah dan abu bakar yang ibu hadiahkan untuk kamu??”
“itu pown dah ibu”
“alaaaa bagusnya anak ibu, love u.. boleh ibu tanyakan sesuatu?”
“sudah tntu boleh ibu.. bnyak pown xpe asalkan ada upahnya”
Ketawa ibunya memecah kesunyian malam “upah yee.. ok.. haha.. apa nama pnuh kamu??”
“ala simplenye soalan ibu, nama saya abu bakar as-siddiq bin kamarul..”
“wah pandainya.. knal tak sapa abu bakar??”
“kanal2” jawab burn dgn exited
“bley tak ceritakan kat ibu siapa dia? Ibu tak tahu laa…”
 “ alah, y tue pown xtau kew??”
Ibu trsenyum n mngangkt bahu..
“ok, burn cite k…”
“cecite.. cecite..”

“dgr baik2 bakar nak cerita….Dialah manusia yang dianggap paling teragung dalam sejarah Islam sesudah Rasulullah S.A.W. Kemuliaan akhlaknya, kemurahan hatinya dalam mengorbankan harta benda dan kekayaannya, kebijaksanaannya dalam menyelesaikan masalah ummat, ketenangannya dalam menghadapi kesukaran, kerendahan hatinya ketika berkuasa serta tuturbahasanya yang lembut lagi menarik adalah sukar dicari bandingannya balk dahulu mahupun sekarang. Dialah tokoh sahabat terbilang yang paling akrab dan paling disayangi oleh Rasulullah S.A.W.

Abu Bakar as-Siddiq lahir pada tahun 570 Masihi.Nama sebenar beliau adalah Abdul Kaabah Bin Usman.Ibunya bernazar sekiranya mendapat anak lelaki di namakan Abdul Kaabah yang bermaksud ayah unta muda kerana pada masa mudanya beliau suka memelihara anak-anak unta .Mendapat gelaran as-Siddiq iaitu membenarkan kerana beliau sentiasa membenarkan apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.W.T.Ibunya bernama Salma Binti Shakhar atau di kenali sebagai Ummu Khoir bererti Ibu yang baik.Jurai keturunannya bertemu dengan jurai keturunan Nabi Muhammad S.W.T iaitu Abu Bakar bin Usman bin Amir bin Kaab bin Taim bin Murrah bin Kaab bin Luai bin Ghalib bin Fihir bin at Tamimi.

Abu Bakar as-Siddiq di lantik menjadi khalifah Islam yang pertama selepas wafat Nabi Muhammad SAW pada 632H.Beliau meninggal dunia pada 21 Jamadil Akhir 13H bersamaan 23 Agos 634 H)akibat demam.

Abu Bakar as-Siddiq dilahirkan di kota Mekah dua tahun setengah selepas berlakunya peristiwa tentera bergajah Abrahah hendak meruntuhkan Kaabah.Beliau pedagang yang kaya,terpelajar serta dipandang tinggi oleh kaum Quraisy.Selepas Nabi Muhammad SAW menjadi rasul,maka dia lelaki pertama yang memeluk agama Islam.

Abu Bakar as-Siddiq antara pemeluk Islam yang pernah mengalamni penyiksaan daripada orang Quraisy.Semasa berhijrah dari Mekah ke Madinah,Nabi Muhammad SAW memilih Abu Bakar as-Siddiq menjadi teman dalam perjalanan.Mereka bermalam dalam gua Thsur.Anak perempuan Abu Bakar as-Siddiq,Aisyah menjadi isteri Rasullullah SAW.

Ketika Nabi Muhammad SAW sakit,baginda melantik Abu Bakar as-Siddiq menjadi imam.Disebabkan itu,selepas Nabi Muhammad SAW wafat,Abu Bakar as-Siddiq dilantik menjadi khalifah.Ketika itu umat Islam mula berpecah.Ada yang menjadi murtad,enggan membayar zakat dan mengaku menjadi nabi.Keadaan menjadi bertambah tegang apabila ada yang berasa mereka lebih layak menjadi khalifah.Mujur Abu Bakkar as-Siddiq dapat mengatasi masalah itu satu per satu.
Walaupun Khalifah Abu BAkar as-Siddiq memerintah hanya selama dua tahun tiga bulan sepuluh hari sahaja namun sudah berjaya menundukkan mereka yang murtad,enggan membayar zakat dan yang mengaku menjadi nabi.Selepas berjaya mengatasi masalah dalaman,beliau menumpukan perhatian kepada kerajaan Rom dan Parsi yang sekian lama mengancam umat islam.

Dibawah kepimpiman Panglima Khalid al-Walid ,tentera islam berjaya mengalahkan tentera Parsi di Syam dan Hirah.Kemudian berjaya mengalahkan tentera Rom di Iraq ,Mesir dan Palestin.

Jasa khalifah Abu Bakar as-Siddiq yang paling besar ialah mengumpulkan semula ayat-ayat al-Quran.Ini berlaku selepas ramai yang menghafal ayat-ayat suci itu terbunuh dalam peperangan.Kerana bimbang umat islam kehilangan ayat-ayat suci itu maka khalifah Abu Bakar as-Sidiiq menyuruh Umar al-Khattab dan sahabat-sahabatnya mengumpulkan semula ayat al-Quaran.Itulah kitab suci Al-Quran yang dikenal sehingga hari ini.

Sebelum meninggal dunia,beliau sempat meninggalkan wasiat dengan melantik Umar al-Khattab sebagai pengantinya.Dengan ini dapat mengelakkan berlakunya perebutan kuasa selepas kematianya."

“wah bijak… baca buku y ibu bagi boleh laaa… apa kelebihannya berdasarkan hadis ya???”
“eh ibu nie, mana abu bakar tahu, abu kan budak lg.. cu ibu cite.. cecite.. cecite..”
“ok, ibu cite tp ibu baca buku gak k..”
“haha, ibu dan anak sama je, abu macam ibu..”
“eh mana sama, ibu prempuan, abu lelaki” haha
“yela2, abu kalah cepatlah cerita.. xsabar nie..

Diriwayatkan daripada Abu Bakar As-Siddiq r.a katanya: Ketika kami berada di dalam Gua Hira’ kami melihat kaki orang-orang Musyrikin berada di atas kepala kami. Aku berkata: Wahai Rasulullah! Sekiranya salah seorang daripada mereka melihat kakinya tentu dia akan melihat kita. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai Abu Bakar! Janganlah kamu menyangka kita hanya berdua. Sesungguhnya Allah adalah yang ketiga. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim : 1367)

Diriwayatkan daripada Abu Said r.a katanya: Ketika Rasulullah s.a.w berada di atas mimbar, baginda s.a.w bersabda: Terdapat seorang hamba, di mana Allah memberi pilihan kepadanya, samada beliau ingin memilih kemewahan dunia atau diberi sesuatu yang ada di sisi Allah. Ternyata beliau memilih apa yang ada di sisi Allah. Setelah itu Abu Bakar menangis dan berkata: Aku menebus kamu dengan bapa dan ibuku. Abu Said berkata: Rasulullahlah yang dipilihnya dan Abu Bakar sendiri yang memberitahu perkara itu kepadaku. Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang sanggup berkorban dengan harta dan dirinya kerana aku ialah Abu Bakar. Sekiranya aku ingin mengambil seorang kekasih, aku akan mengambil Abu Bakar sebagai kekasihku, akan tetapi beliau merupakan saudaraku di dalam Islam. Sesungguhnya di masjid ini terdapat jendela besar di antara dua buah rumah untuk Abu Bakar. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim : 1368)

Diriwayatkan daripada Amru bin al-As r.a katanya: Rasulullah s.a.w mengutus beliau iaitu Abu Bakar r.a untuk menghadapi tentera Zatu as-Salasil. Aku bertanya baginda, siapakah orang yang paling dicintai. Rasulullah s.a.w menjawab: Aisyah. Aku bertanya: Siapakah pula dari orang lelaki? Baginda s.a.w menjawab: Ayahnya iaitu Abu Bakar r.a. Aku bertanya lagi. Baginda s.a.w menjawab: Umar. Selepas itu Rasulullah s.a.w membilang nama beberapa orang Sahabat yang lain. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim : 1369)

Hadis Jubair bin Mut’im r.a: Diriwayatkan daripada Muhammad bin Jubair bin Mut’im r.a daripada ayahnya bahawa: Seorang perempuan bertanya Rasulullah s.a.w mengenai sesuatu perkara, tetapi Rasulullah s.a.w menyuruhnya datang pada lain kali. Lalu perempuan itu bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimanakah sekiranya aku datang, tetapi kamu tiada. Ayahku berkata: Perempuan tersebut seolah-olah bermaksud jika baginda wafat. Rasulullah s.a.w bersabda: Sekiranya aku tiada maka temuilah Abu Bakar. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim : 1370)

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w berkata kepadaku semasa baginda sakit: Panggilkan Abu Bakar dan saudara lelakimu untuk aku. Aku ingin menulis sepucuk surat, kerana aku bimbang terhadap orang-orang yang menentang akan berkata: Akulah orang yang paling berhak, sedangkan Allah dan orang mukmin tidak reda melainkan Abu Bakar. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim : 1371)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika seorang lelaki memukul lembunya yang sedang membawa barang muatan, tiba-tiba lembu itu berpaling dan berkata: Sesungguhnya aku diciptakan bukan untuk ini, tetapi aku diciptakan untuk membajak. Semua orang terkejut dan tidak percaya bahawa lembu boleh berkata-kata. Rasulullah s.a.w berkata: Sesungguhnya aku, Abu Bakar dan Umar mempercayainya. Abu Hurairah berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika seorang pengembala sedang mengawasi kambingnya, tiba-tiba seekor serigala menerkam ke arah kambingnya dan berjaya menangkap salah seekor dari kambingnya. Pengembala itu berusaha untuk menyelamatkan kambingnya itu tetapi tidak berjaya. Tiba-tiba serigala itu berpaling dan berkata kepadanya: Siapakah pada pagi ini yang dapat menghalang dari serangan seekor binatang buas? Sedangkan hari ini tiada penggembala selain dari aku. Semua orang terkejut dan tidak percaya. Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku, Abu Bakar dan Umar mempercayainya. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim : 1372)

Menarik x????????”
“wah menarik sangat..”
“tahu tak knapa ibu namakan abu bakar kpd kamu??”
“tak tahu”
Ketawa berderai “ala tak tahu eaa, nanti kamu msti faham bila kamu rindukan rasulallah, ibu mahu kamu jd seperti abu bakar”..

Tut tut tut.. tut tut tut.. bunyi crmin kereta diketuk..

“wei, mngelamunn lg kew??”
“aaa, hah, ap? Ap?” kata burn..
“bukak pintu aq nak masuk..”
“ok2, pukul brapa skrang?”
“ 3pg aaa, jom balik, ltih aaa..”
“ok”

Dalam perjalanan aq asyik teringat akan kata2 itu,, yaa, bila kamu rindukan rasulullah.. rindukan? Cinta kew? Sayang kew? Pe maknanya eaa.. Emm, bila balik aq mesti cari buku tentang rasululah.. yaa, mesti.. rasulullah, abu bakar.. hmm, fuh.. nafas dihela

30 mminit kemudian.. Ding dong.. ding dong.. loceng rumh berbunyi

“napelaa aq trlupa bawak kunci.. bodoh tol aa aq nie, aq nak cari buku tue..” bentak burn seorg diri..

Hampir 5 minit dia menekan loceng, kmudian keluar sorg perempuan seksi sambil menekan remote pagar.. lalu menypa burn, “masuklah segak, I dah bukakan pintu” bercakap dgn nada gedik dan mggoda.. burn meluru masuk. Yang ad di fikirannya skrg adalah buku tntg rasulallah, dy msti mncarinya.. tiba2 ayhnya menyapa..

“burn, temankan lisa tidur malam nie, ayah nak tmankan suzi”

Rupa2nya ada 2 org dalam rumah nie, ceh, benci aku kpd ayahku.. burn terus meluru naik tanpa bicara.. mana buku tue?? Mana buku tue???.. selepas 1 jam mncari barulah dia tringat akan sesuatu, 1 kotak yang di balut dgn kertas berwarna perak, ada tulisan “kerinduan” pd kotak itu.. mana ya? Haaa, dalam almari lama ibu, dalam stor, lants burn berlari dgn laju kearah stor dan mmbawa kotak itu naik..

Ayahnya yng melihat gelagat burn sedari td trus brkata “ko buang tabiat kew burn? Nak buat ap dgn kotak tue?”

Burn mmbisu, apa yang ada dalam fikirannya skrang hanyalah isi kotak itu, dia ingin cepat2 sampai ke biliknya.. lants dia buka kotak itu dgn perlahan, matanya trtumpu pada sebuah buku “riwayat hidup rasulullah bersama para sahabat”.. dia trus mmbaca dengan lahap dn gelojonya, helaian demi helaian dikaji.. jiwanya berkata “menarik. Tenang”..

Kmudian azan berkumandang..

“apa 2?? Azan eaa??” monolog sndirian.. “syahdunya, tenang dan tenteram.. aq msti ke surau, ya mesti..” lantas burn ke blik air untuk mandi dan bersiap.. kmudian di bergegs ke surau, berbaju melayu lengka dengan samping.. bila dia sampai di surau, semua mata tertumpu padanya.. tiba2 dy terdengar percikan air, budak tengah mngambil wuduk..

“macam mana ambil wuduk eaa? Lupa” monolog “ahh, aq Tanya je bdak tue”
“adik2, bleh ajar abg ambil wuduk?”
“haha, org besa xreti amik wuduk.. haha”

Perasaan malu mnyelubungi hatiku, tapi itulah hakikat, aku perlu telan, nabi pun seorg yang tabah.. yaa.. rasulallah.. tidak aku sedari ada sepasang mata memerhati dan mndengar soalanku, lantas dy mndekatiku dan berkata dgn senang sy ustaz Mansur, meh saya tunjukkan.. dgn perasaan malu dan hina aku belajar dgn dia..

“jom kita solat berjemaah sama2, pahalany lbih bnyk, 27 kali ganda drpd solat sorang diri..
“tapi, saya xreti” kata burn
“xpe, ikut je sy, nanti sy ajarkan”

Satu persatu perbuatan ustaz diikut, slesai saja solat, burn trus bergegas ingin pulang tapi di tahan oleh ustaz Mansur..

“tunggu dulu, kita ada kuliah agama, mesti kamu brminat kan?”
“baiklah” jab burn ringkas..

Ustaz mansur memulakan bicara dgn basmalah, ikrar kpd allah, syahadah dan doa.. sejuk hati yang mndengar..

Dia mneruskan bicara..
Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, saidina Bilal r.a antara sahabat yang tidak mampu lagi bermukim di bumi Madinah. 

Segala-galanya di kiri dan kanannya mengingatkan kembali kepada nostalgia bersama kekasih tercinta, Muhammad s.a.w. Lantas beliau membawa diri ke Badariaan; sebuah tempat berdekatan Syam; untuk mengurangkan kesedihan hati.

Satu hari saidina Bilal r.a didatangi oleh baginda s.a.w dalam mimpi. Baginda s.a.w berkata: 

“Mengapa kamu menyepi wahai Bilal? Tidakkah kamu teringin menziarahiku ketika ini?”.
Tersedar daripada tidur dengan dalam keadaan sedih dan takut, beliau dengan segera menunggang kenderaan menuju ke Madinah dan terus mendatangi kuburan nabi s.a.w. Kesedihan menyelubungi diri, kisah pahit manis perjuangan bersama nabi s.a.w telah meletakkan cintanya kepada Rasulullah s.a.w melebihi daripada segala-galanya. Kini semuanya tinggal kenangan dalam memori.

Sesuai melepas rindunya kepada baginda s.a.w di perkuburan tersebut, dia mencari-cari cucu kesayangan nabi s.a.w, Hasan dan Husin r.a. Mereka dipeluk cium tanda cinta yang tidak berbelah bahagi.

Pinta mereka kepada saidina Bilal r.a; “kami berharap sangat untuk mendengar kembali azanmu yang telah dikumandangkan kepada Rasulullah s.a.w di masjid.”
Bagi tidak menghampakan harapan tersebut, bumbung masjid tempat yang selalu dia berdiri mengalungkan azan dipijaknya kembali. Azan pertama dalam sejarah Islam dari mulut bekas seorang hamba ini merupakan satu penghargaan nabi s.a.w kepadanya.

Nafas ditarik…..azan dilaungkan dengan penuh syahdu. Bila kalimah ‘Allahu Akbar! Allahu Akbar!’ dialunkan, bergegarlah seisi Madinah.

‘Asyahadu an la ilaha ila Allah’, jiwa penghuni Madinah makin bergetar. Suara yang pernah didengari pada waktu dan ketika nabi s.a.w masih hidup kembali memenuhi ceruk-ceruk Madinah.  

Takkala laungan ‘Ashadu an na Muhammadan Rasulullah’ kedengaran, keluarlah para wanita daripada rumah-rumah mereka seraya berkata ; ‘Adakah Rasulullah s.a.w telah dibangkitkan?’.
Seisi Madinah diselubungi hiba, azan saidina Bilal r.a mengingatkan kembali kepada nostalgia manis bersama baginda s.a.w. Tidaklah dilihat satu hari pun yang paling banyak manusia menangis di Madinah selepas kewafatan nabi s.a.w selain daripada hari tersebut, dek kerana rindu dan teringatkan nabi s.a.w.

(Adaptasi daripada riwayat ibnu asakir daripada sanad junaid)

Pesan Imam Hassan al-Banna

“Duhai manusia, datanglah kepada kami. Sesiapa yang tidak boleh menziarahi Rasulullah s.a.w datanglah kepada kami. Kami adalah pengemis di pintu Rasulullah s.a.w. Sesiapa yang tidak pernah mendengar kisah hidup Rasulullah s.a.w, patut sekali datang mendengarnya daripada kami.”

 ‘Baginda Rasulullah s.a.w hidup di dalam hati kami dan baginda mendengar segala-galanya. Rasulullah s.a.w hidup di dalam hati-hati yang mempertahankan Islam dan juga di dalam hati yang penuh dengan kasih sayang serta iman yang datang daripada ajarannya.’

“subhanallah” kata2 itu trpacul drpd mulut burn, dia bertekad untuk berubah.. yaa, berubah..
Bila dia ingin melangkah balik, dia trdengar budak2 menyanyi..

˙·٠•● Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ●•٠·˙
Nabi Muhammad, nabi Muhammad.. dilahirkan di mekah.. 12 rabiulawal, hari isnin tahun gajah.. aminah nama ibunya, abdullah nama ayahnya.. ketika nabi 6 tahun ibunya ula mninggal.. tinggallah nabi dengan datuknya.. mngembala kambing kerjanya.. ˙·٠•● Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ●•٠·˙

Telefon burn berbunyi, terpamer nama john yag memanggil..

“assalamualaikum..” ucap burn
“weh, buang tabiat kew? Bila masa bg salam nie? Slalunya guna yoo, wassup.. jgn bikin lawak aa” kata john
“jawab dulu salam aq”
“yela pak ustaz.. waalaikummussalam.. ewh jom keluar”
“minta maaf ya, aku ada hal, lain kali sj”
“waduh manisnya ayat ko.. haha.. bila jd baik nie??”
“smalam”
“kahkahkah, dah2 jgn mimpi lg, jom kua”
“aku xnak ada usrusan”
“urusan pe? Ko bukannya kerja, mak bapak ko yang tanggung. Eh silap ko mana ad mak.. haha”
“ko jg sikit kata2 ko, aq sayang mak aq!!!”
“weh ko ok x?? slalunya ko ok je lau ak mngata arwah mak ko”
“dah jangan mngata dia lg, aq berdosa, aku sayangkan dia..” dalam nada sayu
“weh burn, jgn men2 aaa…”
“aq xmen2, aq sayangkan ibu aq, aku dah faham skrg.. aq rindu..”
“ko rindu sape??”
“rasulallah”
“hahahahahahahahaha, jangan buat lawak bodoh aaa..”
“au xmelawak dan aq sayangkan ibuku”
“please aa burn”
“ahh, jangan panggil aq burn lg, panggil aq abu bakar”
“kuang3, ko wat lawak”
“x.. aq serius dan ingat, nama ko bukan john tp johan, mak ko ltak nama 2, hargailah, nama johan i2 lbih cantik”

Talian di putuskan.. bakar cepat2 bersiap, dia ingin mndalami ilmu agama.. dia merindui rasulallah.. dia ingin merantau mncari ilmu…dia mnuntut ke klantan, Syria, Jordan, mesir..

Masa trus berlalu.. setahun kemudian, dia kmbali kerumah, dia bnci dgn gelagat ayahnya, mnjengkelkan.. xberubah sepeninggalannya., kaki perempuan..ayahnya trkejut dn trgamam dengan penampilannya yang baru.. dia kini rindu, rindu untuk ketemu rasulullah.. dia kuat beribadat dan selawat.. malam itu dia bngun utk bertahjjud dan qiamullail.. sblum tidur dia tringat akan ibunya lantas menitiskan air mata.. sebelum tidur dia berniat untuk ketemu rasulullah dan para sahabat.. lantas dia tidur.. subhanallah.. malam itu dia mimpikan rasulallah dan para sahabat trmasuk abu bakar..

Bila dia trsedar lantas dia sujud syukur dan menitiskan air mata.. tangannya trus mncapai telefon bimbit..

“assalamualaikum, pihak pncegah maksiat jakim, saya abu bakar, anak kpada datuk kamarul sya ingin melaporkan tentang ayah sy yang tengah berkhalwat di  villa Fatimah, minta datang segera yaa..
Telefon diletak dan abu bakar as-siddiq bin kamarul tersenyum puas…

˙·٠•● Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ●•٠·˙


Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

˙·٠•● Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ●•٠·˙

No comments:

Post a Comment

Designed By xxx |