Semua orang bercakap tentang bersih, so kawe nak bercakap tentang bersih jugak..
Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir Subhaanallah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya. (Hadith riwayat al-lmam Muslim)
Marilah kita tenung makna tersirat di sebalik bersih..
BERSIH DIRI..
Dalam maksud membersihkan diri, bersih dalam bentuk fizikal dan rohani. Sebagai seorang manusia, fitrah kita menyukai sesuatu yang bersih, kerana membawa kepada ketenangan hati. Bercakap tentang hati, ramai dalam kalangan kita yang ada masalah hati, PhD (perasaan hasad dengki), Ba (banyak angan-angan), prof. (perasaan riak or fasik), Ma (mengumpat anyone), Dr (dendam rahsia), pk.ko (pencinta kerja korupsi), Sr. (suka riak), SUK (suka ujub kagum diri), Ir. (Irresponsibility) dan banyak lagi masalah hati lain. Jadi, yang nie mestilah dibersihkan dulu..
Sedikit riya' itu adalah syirik. (Riwayat Ibnu Majah)
Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta. (QS 2:10)
Imam Syafi'e menjelaskan tentang ujub:Barangsiapa yang menaikkan harga dirinya di atas daripada harga yang sesuai untuk dirinya, maka Allah akan mengembalikannya kepada harga yang sesuai.
BERSIH KELUARGA..
Sekarang, bermula pula fasa kedua iaitu membersihkan keluarga. Pada hakikatnya, wujud banyak konflik dalam keluarga sendiri, antara anak dengan ibubapa, antara adik beradik, sanak saudara dan kaum kerabat. Kadang kala, kita hanya menjadi penonton kepada maksiat. Ewah, macam tonton bola pula ek?? Pandai tengok bahkan tumpang bersorak, sedangkan kita tidak menyumbang kepada apa-apa perubahan, kerana kita hanyalah penonton, bukan pemain (memainkan peranan memberi nasihat). Jadi, lakukan pembersihan dalam keluarga.
Wahai orang-orang beriman! Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu" [Surah al-Tahrim, ayat 6].
BERSIH MASYARAKAT..
Fasa ketiga dalah dengan masyarakat, perhubungan kita dengan jiran tetangga, kawan-kawan , sahabat handai, orang sekampung dan masyarakat setempat. Jika kita perhatikan saban hari, makin banyak gejala maksiat, pembuangan bayi, seks luar nikah, masalah moral dan banyak lagi penyakit masyarakat yang lain. Kenapa benda ini terjadi? Salah satunya adalah sikap masyarakat itu sendiri yang mementingkan diri sendiri dan terlalu berpegang terhadap pepatah “jangan jaga tepikain orang”. Jadi, kita perlu berusaha membersihkan masyarakat drpd amalan sia-sia..
Sila tengok note ini.
http://www.facebook.com/note.php?note_id=176272032413762
BERSIH NEGARA..
Inilah fasa penghujung tapi bukan terakhir, kita juga mestilah membersihkan Negara daripada amalan yang tidak baik seperti rasuah, menyalahgunakan amanah, menyalahgunakan kuasa, tidak meletakkan amanah pada tempatnya, tidak melaksanakan undang-undang yang adil, sikap berat sebelah, dictator versi baru, dan banyak lagi. Benda sebegini juga perlu dibersihkan, di Malaysia salah satu caranya adalah melalui pilihan raya, cuba kita tenung dalam-dalam dan buka minda supaya kita melihat mana yang benar dan mana yang tidak, usah lagi menjadi masyarakat minda kelas ketiga yang sempit dalam segala hal. Mulakan perubahan!!
Firman Allah SWT yang ertinya:
“Maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang diturunkan oleh Allah SWT dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu” (TQS. Al-Maidah [105]:48)
“Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar. Merekalah orang-orang yang beruntung” (TQS. Ali Imran [03]: 104)
KESIMPULAN:
Jika kita mahu bersih, biarlah ianya bersih dari segala aspek.. bermula dari dasar hati, insyaAllah ianya akan terpamer sendiri melalui tindakan fizikal.. semoga dalam rahmat Allah.. amen..
No comments:
Post a Comment