mk

mk

Wednesday, October 12, 2011

Secalit Ramadhan.. "UBAH SEBELUM PARAH, UBAH SEBELUM PUNAH"

Share it Please

Sebelum ramadhan

Emmm, seminggu lagi ramadhan, tahun lepas banyak yang lompang.. ala, xpeeeeeeeeeeeeeee.. tahun ini ada lagi, xgitu?

Apa aku nak buat ramadhan kali ni ya? Nak buat list laa..

LIST AKTIVITI RAMADHAN KALI INI.

1 – nak puasa betul-betul (tahunl lepas kurang sikit betulnya, dah tak nak hidu makanan @ pape)
2 – terawikh tak nak tinggal ( tahun lepas ada tinggal, tp sbb ltih, 2 yang xpergi, di maafkan)
3 – nak tolang mak kemas rumah, kesian wat kerja sorang2, puasa lagi
4 – nak tolong mak basuh inggan, nanti senang nak berbuka
5 – nak tolong ayah buat kerja, gi ambik adik dekat sekolah
6 – nak sedekah byak2
7 – nak bangun awal waktu sahur, nak tlong mak masak
8 – alang2 dah bangun awal, maka nak tahajjud
9 – nak cepatkan berbuka, xnak jadi macam dulu, asyik main game msa org nak buka
10 – nak solat di awal waktu
11 – nak mengaji al-quran, habis 30 juzuk dalam msa sbulan (dulu xngaji langsung)
12- nak buat macam2 lagi

Semasa ramadhan

Malam terawikh pertama selepas pengumuman puasa – alaaaaa, dah kena terawikh kew??? Semangat2!! Ingat azam
ramadhan baru. Jom

Hari puasa 1 – letihnya, hari ni panas. Paksa diri untuk buat kerja. Solat kat masjid 5 waktu

Hari puasa 3 – letihnya nak solat kat surau,  solat kat rumah jelah.. xpeeeeeeeeeeeeeeeeeeee lagipun esok ada lagi, leh solat jemaah

Hari puasa 5 – emmm, ngaji baru 2 muka surat, hari ni xlarat nak ngaji, haus, xpeeeeeeeeeelah esok ada lagi.

Hari puasa 7

“abang, bangun tolong mak masak sahur”
“ ngantuk laa mak, xlarat”
“kata nak tahujjud”
“xpeeeeeeeeeeeeeeew, mak kejut esok ye”

Hari puasa 9

“ maaf mak, tadi tertidur, puasa, sebab tu xsapu rumah lagi, napa mak balik awal keje??”
“mak pun puasa juga, balik nak sambung kerja!”
“errrrkkk”

Hari puasa 11

“bang2, ikhlas derma bang, xada duit nak buka puasa, kalau xnak bagi saya tak paksa”
“pergi, duit aku nak beli juadah puasa, xcukup 10 juadah xsah”

Hari puasa 15

“along, mak suruh masuk awal ke dapur, semua dah sedia nak buka”
“jap2, sikit lagi, dah level 32 angry bird ni”

Malam terakhir terawikh – yeye, lusa raya, tp xlarat nak gi surau malam ni, pegi malam esok sajalah, nak solat 23 rakaat, pasti!

Malam raya

Alahai.. dah xde terawih..
Alahai.. puasa xbetul2 gak
Alahai.. buka puasa lambat
Alahai.. xbangun tahajjud
Alahai.. ngaji xsampai 1 juzuk
Alahai.. xtolong mak
Alahai.. kedekut nak sedekah, bayak bazir makanan

Hahahahahahaha.. alaaaaaaaaaaaaa, XPPPPEEEEEEEEEEEEEEEEE, esok raya, janji cukup puasa lagipun nanti ada puasa 6.. nak puasa betul2

Selepas raya..

Hah?? Dah hari last, xsempat puasa 6, baru puasa satu hari, biskut sedap sangat, berjalan rumah saudara mara, kawan-kawan ramai datang…

Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa… XpEEEEEEEEEEE, ramadhan tahun dpn ada lagi, aku lebih baik pe daripada org lain yang buat ibadat dalam bulan puasa, bulan lain xjejak masjid, macam ibadat sebulan untuk satu tahun.. tahun depan nak ubah!!


UBAH SEBELUM PARAH, UBAH SEBELUM PUNAH. RAMADHAN KAREEM.

No comments:

Post a Comment

Designed By xxx |