mk

mk

Wednesday, October 12, 2011

Dari kaca mata seorang tua.. secalit ramadhan 2..

Share it Please

salam ramadhan kareem.. selami perbualan di bawah, kata2 tersurat yang membawa banyak makna.. selamat beamal dan membersihkan jiwa..

“datang sini kejap, pak cik nak pesan sebelum pak cik xde, dah lama tersimpan, makan hati, sedih mengenangkan nasib diri, tapi Allah itu ada, Maha Pengasih ke atas diri manusia”

“ada apa yea pak cik??”

“boleh pak cik tanya?”

“sudah tentu boleh.”

“apa erti ramadhan bagi kamu?”

“ramadhan adalah bulan yang mulia, di berikan ganjaran yang banyak oleh Allah kepada hambanya yang beribadat, bulan rahmat”

“apa erti ramadhan bagi diri kamu sendiri??”

“sama seperti yang saya katakan, itulah ertinya..”

“adakah kamu merasakan itu erti ramadhan? Cuba selami diri kamu, apa erti ramadhan kepada kamu? Tanya hati kamu, apa? Apa bezanya dengan bulan2 yang lain? Adakah pada terawihnya,puasa pada siang harinya, atau pada kemeriahan bazarnya? Jika kamu merasakan ianya bulan kerahmatan, maka apa yang kamu lihat dgn jelas manusia lain perolehi”

“berlumba-lumba melakukan ibadat! I2 kelainan pada ramadhan”

“pada bulan ramadhan sahaja @ di teruskan pada bulan yang lainnya?”

“erkkkk”

“mari pak cik cerita, sebelum pak cik masuk ke rumah org tua2 ini, pak cik berniaga kuih muih pada bulan ramadhan, untungnya banyak, tapi pak cik sedih..”

“kenapa?”

“kerana duit manusia terlalu banyak!”

“hah? Bukankah pak cik jugak yang untung?”

“yaaa, betul pak cik untung tapi pak cik lupa bahawa, sepatutnya pak cik kekalkan keuntungan, bukan pak cik berhenti berusaha bila berakhirnya ramadhan, kerana duit kita alpa, aktiviti manusia yang sia-sia, hati pak cik sedih.. pak cik nak gembira bila berakhirnya ramadhan kerana pak cik Berjaya membawa ramadhan dalam jiwa, i2 erti ramadhan”

“kuih pak cik mesti sedap kan??”

“yaaa, kuih pak cik sedap sangat.. i2 orang yang kata.. tapi pak cik xgembira”

“kenapa pula pak cik?”

“ada seorang anak muda nak blajar buat kuih dengan pak cik, bila dia cuba buat luarannya cantik terjaga, tapi rasanya hambar.. pak cik gagal nak! Pak cik menyesal”

“owhhh, pak cik xgagal, cuba ajar lagi.. apa yang nak di sesalkan?”

“pak cik tengok masyarkat kita nak, puasa di siang hari, baik je semua, xponteng, tapi bila sampai bazar, anak tahu apa yang mereka buat?? Mereka suka berasak-asak antara lelaki dan perempuan, makin ramai org di lorong itu makin ramai yang guna jalan itu, p2 mulalah ada yang raba meraba, pakaiaannya xtertutup dgn sempurna, hambar! Luarannya berpuasa, tp rasanya (jiwanya) hambar!”

“emmmm, owhhh, 2 ke sebabnya, kuih oh kuih.. seronok duduk rumah org2 tua nie?”

“seronok nak,tambah2 bila bulan ramadhan”

“kenapa??

"Sebab ramai orang yang datang tapi sayang nak, pak cik terkilan”

“kenapa plop??”

“sebab ramai sangat orang yang datang nak sedekah”

“hah?? pliknya pak cik ni”

“yela, tangannya memberi tapi jiwanya lari”

“xfaham laaa pak cik”

“anak2 tgk shaja kat tv, bila sampai shj bulan puasa ramai yang datang, buat majlis kat hotel2 besar, ahli2 korperat, bukan x bersyukur nak, itulah rahmat, tapi kenapa bulan ramadhan sahaja? Sewa hotelnya sahja sudah beribu-ribu ringgit, adakah mencari nama? Buatlah di tempat yang sederhana, duit lebihnya sedekahkan pada bulan yang lain, ramai yang datang membantu, member pada bulan ramadhan tapi jiwanya lari pada bulan yang lain”

“alah, pak cik, tue pown nak berkira ke? Mereka yang member berhabis duit tau”

“hahaha”

“kenapa pak cik gelak?”

“kerana kamu lupa bahawa ada kuih yang rupanya teruk, tapi rasanya sedap… tapi perencahnya kurang”

“kuih apa pula itu??”

“org yang bersedia menyambut raya, duit raya disediakan mengikut kemampuan, ikhlasnya hti saban tahun, tapi bila bulan lain susah skit nak bagi, maka hatinya perlu di tambah perencah lagi, serbuk iman!”

“oooooooooooo, cerita lagi pak cik”

“alah cukuplah, esok pula yaaaa, pak cik letih.. jentiklah hati, apa erti ramadhan pada diri sendiri??

No comments:

Post a Comment

Designed By xxx |