mk

mk

Wednesday, October 12, 2011

teka teki.. jom releks jap..

Share it Please

SYARAT UNTUK MENJAWAB:
diWAJIBkan bg anda untuk mengucapkan seperti berikut:
jika betul ucaplah ALHAMDULILLAH, jika salah ucaplah SUBHANALLAH, jika ragu2 ucaplah ASTAGHFIRULLAH..

  1. Apa dia ayam di luar, ikan di dalam?
  2. Bebanyak tempat, dimanakah air tidak pernah cerah?
  3. Kalau semua binatang jadi ikan, ikan jadi apa?
  4. Bebanyak ikan, ikan apa yang selalu sakit perut?
  5. Lembu apakah yang selalu dicari?
  6. Bom apakah yang tak pernah meletup?
  7. Kereta apa yang orang tak pernah panggil kereta?
  8. Burung  apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
  9. Gajah  lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak?
  10. Limapasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu  berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi  kepada semua stoking tersebut?
  11. Dalam  banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila  dipanaskan?
  12. Dalam  banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja?  Tengahnya tidak dimakan.
  13. Apabila  ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?
  14. Aku  berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku  toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa?
  15. Seekor  lembu menghadap utara, kemudian pusing kekanan 180 darjah, kemudian  270 darjah kekiri. Kearah mana lembu itu menghadap sekarang?
  16. Bila  loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu?
  17. Apa  bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?
  18. Kenapa  doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup ?
  19. Mana lebih panjang;  ekor tikus atau ekor kuda?
  20. Lampu  apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?
  21. Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi  bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu.
  22. Mengapa  guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan  profesor dibahagian depan?
  23. Kalau  manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok  nampak apa?
  24. Apakah  benda bertali  yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi  bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan  lama-lama?
  25. Apabila  suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri  yang dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah perkara itu?
  26. Tulang  seperti ikan, jinjang seperti zirafah. Kadang di atas, kadang di  bawah. Kalau salah kedudukan boleh kabur pandangan, kurang  pendengaran
  27. Bila  makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang  apa?
  28. Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu  getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah  pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa  tumbuh dulu? 
  29. Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu  suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan  lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa  ? 
  30. Negara  apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
  31. Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku  disapu bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah  selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?
  32. Haiwan  apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya  juga di kepala?
  33. Apakah  hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan  bila tua pula berkaki 3?
  34. Haiwan  apakah yang paling tidak sopan?
  35. Seorang lelaki memakai pakaian  serba hitam, seluar hitam,  kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata  hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong  itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu  yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan  lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan  itu boleh melihat lelaki serba hitam itu?
  36. Badannya keras tapi kurus, Berbadan tapi tidak bertangan dan berkaki. Berkepala  hitam, tapi tiada bermata, hidung, telinga. Apakah itu?
  37. Cuba teka, mouse komputer , jantan ke betina?
  38. Kenapa pokok kayu balak ditebang???
  39. Apa benda jatuh kebawah tapi orang tercari-cari diatas?

Jawapan..
  1. ikan sardin cap ayam
  2. ayer hitam (air hitam)
  3. ikan jd bnyak
  4. ikan kembung
  5. lembu apa lagi.. lembu hilang laa
  6. kuih bom
  7. teksi
  8. penguin
  9. patah balik laa.. titi dah patah
  10. jadi basah
  11. telur
  12. donut
  13. pengail yang dapat ikan
  14. aku berjalan secara mengundur
  15. menghadap ke bawah
  16. speedometer
  17. Jatuh  pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru  naik
  18. Kalau  matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat!
  19. ekor tikus sbb mencecah tanah.. haha
  20. Lampu  jiran tetangga kita. Cobalah pecahkan, nanti akan keluar  orangnya
  21. Tapak  kaki kitalah.
  22. Kerana  guru sejarah memikirkan masa lampau,sedang profesor memikir untuk  masa depan.
  23. Nampak  pembohongannya, Sebab kura-kura mana boleh panjat pokok
  24. Gasing!  Tak kiralah gasing cina ke gasing melayu ke semuanya  sama
  25. Gelaran  Dato, Bila Suami mendapat gelaran Dato, Isteri akan dapat gelaran  Datin, Tetapi bila Isteri mendapat gelaran Dato, suami tidak  mendapat sama.
  26. Antena  TV. Kadang orang pasang kat atas bumbung, kadang pacak jer kat  tanah, kalau kedudukan tak betul, gambar pun kabur, suara pun tak  ada....
  27. Buang  tebiat
  28. Dua-dua  tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je. Hehehe!!
  29. Sebab  anak dia tu perempuan
  30. Bahrain- bah tu banjir, 'rain' tu hujan...
  31. pisang goreng
  32. Kutu  kepala ler...Sebab memang dok kat kepala orang
  33. Manusia! (Tidak Termasuk Special Case)
  34. Kutu,  kerana sering memijak-mijak kepala orang
  35. Waktu  itu adalah siang hari bukannya malam
  36. Anak  mancis daaa.
  37. BETINA.... sebab dia pakai pad.
  38. Abis dah tak boleh di cabut, di tebanglah!!
  39. Bumbung rumah yg bocor dek air hujan...!

kesimpulan:
haaa, kengkawan.. berapa banyak anda sudah berzikir?? ikut tak peraturan di atas.. hmmm, begitulah kehidupan seharian, kadang2 kita sudah jelas dengan ssuatu perkara, tapi kita still langgar lagi.. contohnya dalam bab aurat.. dan byk lg bab lain, solat, puasa, etc.. jom tenung dalam2..  tanyalah diri sjauh mana keikhlasan hati.. semoga dalam rahmat Allah.. ameen.. assalamu'alaikum..

No comments:

Post a Comment

Designed By xxx |