PENDAHULUAN (ceeeeeewahhhh)
Salam.. kawan.. perkataan yang cukup sinonim bagi seorang manusia, tiada seorng pun yang mampu hidup sendiri hatta orang jahat skalipun.. bagi orang yang baik mereka akan merasakan bahawa mereka hanya patut berkawan dengan yang baik sahaja kerana bagi mereka yang jahat tidak layak di jadikan kawan, bagi yang jahat pula mereka merasakan kekuatan mereka ada pada kelompok penjahat yang besar.. apapun perasaan mereka, yang ada pada mereka adalah kawan.. yaa, seorang kawan..
Dalam dunia manusia akan mencuba untuk mencari kawan yang sesuai dengan keinginan dan perwatakan.. ingin mencari yang serasi.. tapi apa ertinya kawan di hati kalian??? Apa??
Aku pernah berkawan dengan golongan yang baik2, aku Nampak mereka mempunyai sikap saling menolong yang kukuh.. lantas aku terfikir, bagaimana pula dengan yang bermasalah?? Haaa, aku cuba mendekatkan diri dgn mereka, apa yang dapat aq lihat?? Mereka saling mnjaga keselamatan, omputih cakap protection.. maknanya, setiap manusia mempunyai kawan yang pada dasarnya adalah untuk berkongsi segalanya.. tp, apa tujuan asal? Apa ertinya kawan pada diri kalian?? Terkadang kita tersalah tafsir pada diri manusia..
Pernahkah anda terasa sepi pabila tidak menatap wajah seorang kawan??
Mesti ada kan.. pernahkah anda terasa ingin rapat dengan seseorang?? Sudah tentu ada.. tp, terkadang hajat itu x kesampaian.. wahai kawan, usah bermuram durja, setiap manusia ada keinginan tetapi tak semua akan di perolehi.. Cuma ingat satu pesan, jangan bila kita terlalu ingin mencari kawan (maknanya terlalu inginkan seseorang) sehingga kita mencari perhatian, nanti lain jadinya.. orang akan muak, loya, menyampah.. cukuplah dgn bersederhana..
ingatlah bahawa kita xpernah merasa puas dgn apa yang kita miliki, kita xpernah menghargai apa yang sudah ada di dlam diri, kita xpernah ingin mencuba untuk memberi yang terbaik kepada yang selalu mendampingi.. tp, apabila mereka pergi kita akan merasa terlalu kesunyian, keseorangan.. aku ingin dia kembali!! Jd, hargai sebelum dia pergi..
Cubalah bertolak ansur bila di landa masalah.. ok?? Slalulah mengambil pendekatan yang baik iaitu, luahkan.. jangan disimpan dalam hati, nanti parah dan bernanah..
HARUS MEMILIH KAWAN YANG BAIK
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)
Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)
“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)
“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”
Dalam Islam, faktor memilih kawan amat dititik-beratkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman-Nya yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.” (Surah at-Taubah, ayat 119)
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadis Rasululah SAW yang bermaksud, “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).
Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”
CIRI-CIRI SEORANG KAWAN YANG BAIK
Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah(seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya, “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”
1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita. Setelah kita dewasa, kita juga perlu berhati-hati memilih kawan kerana kita tidak mahu kawan-kawan yang melalaikan kita terhadap Maha Pencipta.
Dalam kitab al-Hikam ada menyebut, “Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah.” Dalam satu hadis yang bermaksud, “Seseorang akan mengikuti pendirian (kelakuan) temannya, kerana itu tiap orang harus memilih siapakah yang harus didekati sebagai kawan (teman).”
Sufyan Astsaury berkata, “Siapa yang bergaul dengan orang banyak harus mengikuti mereka, dan siapa mengikuti mereka harus bermuka-muka pada mereka, dan siapa yang bermuka-muka kepada mereka, maka binasalah seperti mereka pula.”
HATI-HATI DAN TINGGALKAN KAWAN SEPERTI DI BAWAH
1. Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
2. Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
3. Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.
4. Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.
Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, “Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan.”
Kemungkinan engkau berbuat kekeliruan (dosa), maka ditampakkan kepadamu segala kebaikan, oleh kerana persahabatanmu kepada orang yang jauh lebih rendah akhlak (iman) daripadamu.
SEBAIK-BAIK KAWAN
Bersahabat dengan orang yang rendah budi dan imannya sangat berbahaya, sebab persahabatan itu saling pengaruh-mempengaruhi, percaya-mempercayai sehingga dengan demikian sukar sekali untuk dapat melihat seseorang memperbaiki kesalahan sahabat yang kita sayangi, bahkan kesetiaan sahabat akan membela kita dalam kesalahan dosa kekeliruan itu, yang dengan itu kita pasti akan binasa kerananya. jadi, persahabatan itu mesti di dahului atas dasar takwa kepada Allah.. berkata benar kepada kawan, itulah tanda kasih dan sayang.. sebaik-baik kawan adalah ikatan kerana Allah, bertemu kerana Allah, bersama kerana Allah dan berpisah kerana Allah..
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah SWT untuk mencari redha-Nya.
Panduan Dalam memilih Kawan Buat Pejuang Islam. RENUNGILAH……….
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Mekah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah dia dari jalan yang betul.[1]
Jika mereka dapat menguasai kamu, nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka).[2]”
[ Surah Al – Mumtahanah : Ayat 1 – 2 ]
3 prinsip umum dalam Islam yang perlu kita cek setiap masa sebelum mahu melakukan sesuatu ialah:
1) Akidah yang betul- yakni percaya hanya Allah tuhan yang satu serta menerima sepenuh hati syariatNya dalam apa jua bidang kehidupan seperti politik, ekonomi, pergaulan, rumahtangga, kehakiman dan lain-lain.
2) Menepati sunnah Rasulullah s.a.w (atau kita sebut juga syariat Allah) – contoh solat 5 waktu sehari semalam, bercinta selepas kahwin, menjaga lisan dari berkata keji, menghormati orang lain dan lain-lain.
3) Niat semata-mata kerana Allah.
Ya, betulkan niat berkawan kerana Allah, bukan kerana perasaan suka.. dalam konteks ini, yang perlu berubah adalah diri sendiri.. cubalah bermonolog seperti ini..
“ Ya Allah, sebelum ini aku suka bercakap perkara yang menyakitkan hati kawan, sekarang aku sudah meninggalkan kata-kata yang tidak baik itu keranaMu, Ya Allah!
Ya Allah, aku lakukan ini semua kerana mengharapkan belas kasihan dan redaMu.
Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku selama ini. Lembutkanlah hati kawan-kawanku agar mereka dapat menerimaku.
Wahai Tuhan yang memiliki hati-hati manusia dan berkuasa membolak-balikkan hati-hati manusia, tetapkanlah hatiku dan kawan-kawanku di atas agamaMu dan mentaatiMu.
Wahai Tuhan yang Maha Mendengar rayuan hamba-hambaNya, Engkaulah yang Maha Memahami diriku dan usaha-usahaku selama ini untuk memperbaiki diri.
Sekiranya perkara yang menyakiti hati dari kawan-kawanku itu boleh mengkaffarah dosa-dosaku, maka aku reda Ya Allah dengan apa jua ketentuanMu.
Ya Allah, adakah Engkau reda dengan apa yang kulakukan?
Sekiranya Engkau memandangku dengan reda dan penuh kasih sayang serta sudi mengampunkan dosa-dosaku yang lalu, maka cukuplah Engkau bagiku.
Ya Allah, sekiranya Engkau tidak murka atasku atas perbuatan mereka yang menyakitiku, maka aku tidak peduli lagi apa sahaja tindakan mereka.
Ya Allah, cukuplah Engkau sebagai sebaik-baik temanku.”
Ingatlah………………………………………………….
kalau banyak kawan dan disanjung tapi Allah benci… tak guna… macam firaun, haman dan qarun.. kalau tak banyak kawan, dikeji, dihina tapi Allah sayang… alhamdulillah… macam nabi isa dan nabi2 yg lain.. kalau banyak kawan, disanjung dan Allah juga sayang… subhanalllah… macam nabi kita, nabi Muhammad
tapi nasib orang lain2… ujian setiap orang juga beza2… apupun yg paling penting ialah kita berdiri di jalan yg benar! tak kira orang benci atau orang sayang! yg penting ialah taat perintah Allah dan rasulnya! dan selalu muhasabah diri.. INTROSPEKSI DIRI!!!!
CAIYOK..
LOT KUBUR..
25/05/2011
1.03AM
No comments:
Post a Comment