mk

mk

Wednesday, October 12, 2011

cerita sekitar politikk!!!!

Share it Please

Cerita 1: apa itu politik??

“ahmad, apa itu politik??” Tanya Prof. Zain..

“politik itu pas, umno, pkr, dap, snap dan lain-lain”

“ehh, bukan macam tu la ahmad, politik itu kerajaan dan pembangkang, tidak mengira parti” celah amir.

“tidak.. tidak.. tidak.. politik itu adalah keturunan.. jika ayah kamu umno, kamu adalah umno, jika ayah kamu pas, maka kamu pas.. jika mahu berkahwin carilah yang sekufu, same party” kata aminah.

“Siapa cakap begitu?” Tanya Prof. Zain.

“Ayah saya!”

Alahaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..

“maaf prof, pada pandangan saya, politik itu adalah politik.. iaitu mengandungi huruf P,O,L,I,T,I,K……….dan…”

“weh meon, kamu ingat kami bodoh ke?”

“sabar aisyah, biarkan meon menghabiskan bicara” kata Prof.

“terima kasih prof. politik ialah, P=pembohongan, O=Organisasi yamg mempunya kepentingan, L=lalai terhadap kejujuran, I=menjadikan manusia Insane, T=taksub, I=fake Identity (pretend), K=korupsi. Hahaha.. politik adalah sesuatu yang kotor.”

“setuju!!” kata aisyah

Haha..  “tadi dia yang membahtah, tapi sekarang berseuju. Saya tak tahu apa itu politik dan saya tak mahu ambil tahu” jelas farid.

Prof zain menjelaskan “politik sebenarnya adalah kehidupan, bagaimana kamu berhubungan dengan orang lain, politik dalam Negara dan di antara masyarakat itu sendiri, apa yang ada dalam masyarakat adalah politik, politik BUKAN KEPARTIAN semata-mata, politik mrangkumi 5 aspek iaitu, kepentingan manusia, berhubungan dengan orang lain (social activity), munculnya perbezaan (pendapat, keinginan keperluan, kepentingan), adanya konflik, dan keputusan. 5 aspek ini di realisasikan melalui parti politik bagi tujuan pentadbiran (yang mana perkara yang utama  adalah Islam), dan diri sendiri dalam urusan kehidupan”

Kesimpulan,
Oooooo.. jadi politik bukan kepartian semata-mata.. “Parti politik” bertindak atas dasar “politik”, dan “parti politik dan politik” mestilah bertindak atas dasar “Islam”..  contohnya begini, keluarga kamu adalah “parti politik”, kehiduan seharian adalah “politik”, yang menggerakkan keluarga (parti politik) adalah ibubapa kamu iaitu ketua kepada parti politik.. dan yang menggerakkan kehidupan (politik) adalah ibubapa dan kamu sendiri.. tapi, dalam menyelesaikan masalah dalaman @ seharian, berkaitan dengan keluarga (parti politik) ataupun kehidupan (politik) seharian mestilah berdasarkan Islam.. kehidupan tidak boleh dipisahkan daripada Islam.. kerana Islam adalah yang utama..

 Berpolitik adalah kewajiban bagi setiap Muslim baik itu laki-laki maupun perempuan, dalam memilih pemimpin (melalui parti politik) mahupun urusan kehidupan.


Firman Allah SWT yang ertinya:

“Maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang diturunkan oleh Allah SWT dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu” (TQS. Al-Maidah [105]:48)

“Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar. Merekalah orang-orang yang beruntung” (TQS. Ali Imran [03]: 104)

Cerita 2: taksubkah aku???????????????

“weh minah?? Kenapa kamu datang sini? Ini surau umno.. kamu tu pas, pergilah surau hijau sana, dan satu lagi, bagitahu orang pas kamu, jangan memandai nak pasang bendera depan rumah aku walaupun depan rumah aku tu jalan. Buat menyemak sahaja, kau bukannye tak tahu aku ni umno, kalau aku nampak ada pasang lagi, nanti aku cabut tau!”

“erkkkk” aminah

Lalu, malam selepas itu, aminah ke surau lain..

“aminah, pelik benar.. kenapa kamu kesini malam ini?? Kamu kan orang umno, ni tempat org pas berkumpul, janggal bagi kami kamu berada di sini.. inikan surau pas, kamu orang umno tapi mari juga sini, pelik rasanya..! dan ingat, tanah aku hak aku, kamu tahu apa itu hak bukan? Jadi, xsuka laaa tgk bendera umno ni, geli”

“erkkkk” aminah

*p/s: ini adalah kisah benar, memang jelas kelihatan di kebanyakan tempat kejadian begini, kedai kopi, padang bola, dewan orang ramai, pibg, ugutan akan di hantar ke tempat jauh jika kita tidak menyokong parti majikan (kebanyakan yang bekerjaya sebagai guru), di kebun dan yang paling parah masjid dan surau di “hijau” dan di”biru”kan, tempat ibadat tu cik abang oiiiiii, bukan balairaya.. PARAH..

Kekadang aku rasa macam masyarakat ni bodoh, orang bawahan bergaduh bagai nak rak, siap keleweng dan parang kerana memperjuangkan parti (bukan kerana memperjuangkan Islam), sbb kalau mereka memperjuangkan islam, bukan sikap di atas yang di tonjolkan dalam soal tempat beribadat.. tapi orang atasan (calon) yang berlainan parti duduk semeja lagi, rileks an cool, yang bawahan ni je plik.. org yang ada dalam parti tu yang merosakkan nama parti.. dan memilih parti politik adalah sub di dalam politik bagi meneruskan kesinambungan politik dan ianya menjadi kewajipan bagi kamu (penjelasan tentang politik telah di beritahu di atas).. malas komen panjang2, masing2 ada pendirian, nilailah sendiri, qanaah itu penting.. pilihlah parti yang memperjuangkan islam, itu yang utama!!!! Takbir!! Allahu Akbar!! tp jangan taksub ok, tak kiralah parti mana yang anda pilih…!!

No comments:

Post a Comment

Designed By xxx |