mk

mk

Wednesday, October 12, 2011

meh blaja dr pengalaman part 1!! pengajaran dr kisah nabi adam

Share it Please

kawan2 ingat lagi tak kisah Adam & Hawa yang memakan buah terlarang. lalu dicampakkan ke dunia. Kisah tersebut diceritakan dalam surah Al-Baqarah (34-36) yang bermaksud:

Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat, ” Sujudlah kamu kepada Adam!” Maka mereka pun sujud kepada Adam kecuali Iblis. Ia menolak & menyombongkan diri, dan ia termasuk golongan yang kafir.

Dan Kami Berfirman, “Wahai Adam! Tinggallah engkau & istrimu di dalam syurga, & makanlah dengan nikmat (berbagai mknn) yang ada di sana sesukamu. (Tetapi) janganlah kamu dekati pohon ini, nanti kamu termasuk org2 yang zalim!”

Lalu syaitan pun memperdayakan kedua2nya dari syurga sehingga kedua2nya dikeluarkan dari (kenikmatan) ketikak keduanya di sana (syurga). Dan Kami berfirman, “Turunlah kamu! Sebahagian kamu menjadi musuh bagi yang lain. Dan bagi kamu ada tempat tinggal & kesenangan di bumi sampai waktu yg ditentukan”

Kisah nabi Adam a.s juga tersebut dalam surah Taha (118-123) . Apa yang saya dapat rumuskan: betapa egonya si syaitan yang berazam utk menyesatkan umat Islam agar ingkar daripada mentaati ajaran Allah. MasyaAllah, contoh2 kejayaan syaitan ada di mana2 sekarang.

Ada yang lalai dalam menunaikan solat. Tidak menjaga aurat. Tidak menjaga batas pergaulan. Tidak menghormati ibu bapa. Memfitnah, menipu & pecah amanah. Ya Allah moga Kau jauhilah kami daripada segala sifat mazhumah yang Engkau benci. betapa tipisnya iman kita untuk menangkis segala godaan syaitan.

Namun betapa sayangnya Allah kepada kita, setiap kebaikan diberi ganjaran yang berlipat ganda.
Cthnya:

1. solat berjemaat 27x ganjaran drpd solat sendirian.

2. ibadah di bulan Ramadhan mendapat ganjaran yang berlipat ganda.

3.ibu yang melahirkan anak dihapuskan dosa2 kecilnya

4. Ganjaran 10 Kali Ganda Pahala Bagi Orang Sabar

5. mereka yang melakukan ibadat di Masjidil Haram Makkah akan diganjar dengan 100,000 ganjaran

6. Manakala orang yang dapat beramal di malam qadar pada bulan Ramadhan diberi oleh Allah dengan pahala yang lebih baik dari seribu bulan

7. orang yang membaca al-Quran, akan diganjar dengan 10 kebajikan pada setiap huruf yang yang dibunyikan.


dan sebagainya. kerana Allah tahu umatNya nanti setelah ketiadaan Rasulullah SAW akan berdepan dengan dugaan yang berat untuk mempertahankan keimanan. Namun, tidak semua yang mengambil iktibar daripada kisah nabi Adam. Sedangkan pada masa kini, wujud manusia yang menutup aurat  dicemuh tapi yang tidak menutup aurat bangga dengan kecantikan yang ditayangkan kepada yang bukan muhrim. org yang menunjukkan kebenaran di balas balik dengan kemahuan nafsu. teguran di anggap penghinaan. menubuhkan sesuatu hanya untuk informasi dan sebagainya.

Pemimpin yang bertakwa di ketepikan tetapi pemimpin yang tidak islamik diagung-agungkan. Manusia sudah lupa apa itu persaudaraan & tidak lagi mempedulikan umat Islam yang lain kecuali mereka yang berkepentingan. Nauzubillah.

No comments:

Post a Comment

Designed By xxx |